3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 October 2011

Mencari Dalam Gelap: Dont Be Afraid of The Dark

Bila gelap malam menyelubungi, keberanian saja belum cukup untuk mendepankan kita dengan apa yang kita belum nampak : Pakcik Din (bukan nama sebenar)
25/10/2011:Premier Screening Dont Be Afraid of the Dark. Inilah kali pertama  kedua saya berjaya mendapat hadiah contest berbentuk public, dan rasa sangat teruja nak berkongsi. Secara peribadi saya sangat berterima kasih buat Nisa Kay atas kesudian berusaha sama ^^

Tiba di Midvalley sekitar jam tujuh malam, setelah saya dan kawan istimewa blogger berjaya menemui lokasi solat, kami terus kan perjalanan ke tingkat atas untuk minum dan makan, sebelum mengambil ticket di Kaunter Nuffnang , GSC.

Jam 9.10, kami masuk ke cinema hall. Jom kita tengok cerita Don't Be Afraid of The Dark!


Plot Cerita
Kisah ini berkisar sekitar sebuah rumah agam yang designnya menarik hati seorang duda yang memiliki seorang anak yang mengalami tekanan perasaan, yang juga berkerja sebagai arkitek dan cuba menjadikan rumah itu sebagai asset untuk future career stepping nya.
Katie Holmes sebagai Kim

Tanpa disedari, basement rumah itu sebenarnya  dihuni makhluk lagenda yang hidup seawal 1900, atau mungiin 100 tahun lebih awal dari itu. Keseraman (apekah ayat ni) datang dari reaksi gnomes bertemu manusia-manusia dalam penceritaan.

Secara amnya, tema seram cerita Don't Be Afraid of The Dark ini disetkan sewaktu awal penceritaan. Seorang dari watak penting dalam cerita, iaitu Mr Blackwood, pemilik asal rumah agam tadi, telah membunuh maid terakhir dalam rumahnya untuk mendapatkan gigi.

Mr Blackwood sendiri, mati, dalam usahanya untuk membawa anaknya naik ke atas semula (bila dia percaya anaknya akan diserahkan semula apabila dia membekalkan gigi secukupnya buat gnomes di bawah rumah).




(Kenapa gigi, Fahmi? )
(Abis tu, takkan gigih pulakkk #soritakkelakar ) Okay sambung cerita

Kisah ini , secara peribadi, saya tidak anggap seram-seram hantu seratus peratus ,tapi lebih kepada thriller.
Disamping mengupas misteri di sebalik rumah agam tadi, Don't Be Afraid of The Dark memberikan kita suatu yang akhir-akhir ini sangat berleluasa dalam filem terbitan mereka, iaitu elemen kekeluargaan.

Perceraian dan Kesannya
Dalam Don't Be Afraid of The Dark, Kita mampu melihat kesan perceraian yang agak mengesankan, yang dibawa oleh watak kanak-kanak bernama Sally, Baily Madison. Dengan Alderol, (pill penenang antidepressant yang sama diambil oleh watak utama FlyPaper), Sally terkesan dengan perceraian, dan dikenali ayahnya sebagai anak yang bermasalah, selalu cari pasal, dan mengada2kan perkara yang tidak ada.

Karier yang Melalaikan
Karier yang menyebabkan si ayah gagal melihat tujuan kariernya yang satu, iaitu untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka bertiga berdua sekeluarga.

Marah yang Gagal 
Ayah (lakonan Guy Pearce) gagal melihat betapa reaksi anaknya bukanlah marah, tapi sebetulnya takut. Dan reaksi Sally masih tidak mampu mengembalikan kewarasan ayah untuk mempercayai nya tentang apa yang berlaku di basement.


Tarikan Utama
Selain pseudo sejarah berkaitan Blackwood, berpusing sekitar folklore predator tahun 1900, yang berada di bawah tanah, dan naik ke permukaan untuk mencari mangsa yang mampu membekalkan gigi, tulang dan anything yang berkalsium, dalam Don't Be Afraid of The Dark, CGI yang berkesan, juga 'menghidupkan' gnomes yang nyatanya merupakan villain utama cerita ini.

Dari aspek sains (mungkinlah , kan), gnomes ini, memerlukan kalsium yang hanya boleh diperoleh dalam kuantiti yang banyak, dari manusia yang tinggal di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari, tidak seperti mereka yang hidup di bawah tanah.
 
Babak Cemas
....
Tiba-tiba terasa malaslah nak dedahkan semua, apa kata korang datang dan jenguk2 di pawagam, ;)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails