3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 October 2011

Mencari Diri :Johnny English Reborn

rowan atkinson as Johnny English
Teka Teki:
Apakah yang berwarna oren, menjerit, dan melompat-lompat?


Jawapannya: Johnny English dalam baju Sami Buddha selepas ditendang di pangkal peha. :D

Jumaat lepas adalah antara hari spontan yang menyeronokkan bagi saya. (apa yang sronok tu, Fahmi?)

Menerima panggilan pertolongan dari Yadz, (somewhat like, Tolonggg tolong... ade kecemasan) untuk ke Maxis Melaka ketika Maxis Muar mengatakan mereka tidak ada bidang kuasa untuk menyahmilikkan Broadband Percuma Ecah Amicable, adalah segala-galanya yang memulakan pelan tindakan inpromptu ini. ^^

Bergerak dari Muar sekitar jam3.45, kami sampai di Melaka kira-kira 4.45, dan masuk ke Mahkota Parade. Dari pintu masuk KFC, kami terus ke Maxis Center dan mengambil nombor cabutan bertuah giliran  3021. Sementara menunggu, saya meronda sebentar di tingkat satu.

Selesai urusan, kami terus ke tingkat tiga untuk membeli tiket Johnny English Reborn. Tayangan bermula 6.30.

Sebaik saja masuk, "okay, tak ramai" dan tertinggal 3minit sudah. =_=

(Apa yang best sangat tentang Johnny English kali ini, Fahmi?)

Watak dan Jalan Cerita
rosamund pike
Watak dan jalan  cerita kali ini, saya rasa, lebih menyeronokkan. Pegasus, dipegang oleh pemegang watak Dana Scully dalam Xfiles. Hero, tentulah Rowan. Dan Heroin.. Oh My God, bijak, cantik, playful, perfect package. What a Rosamund Pike. =D

Simon Ambrose yang sedari awal menimbulkan keraguan saya, terbukti adalah double agent dalam MI7. Watak dipegang oleh Dominic West
Kisah berlegar di sekitar apa yang membuatkan pembunuhan presiden Mozambique (dikaitkan dengan sejarah sebenar, somehow) bukan sepenuhnya silap Johnny, kita dibawa perlahan-lahan menelusuri siapakah Vortex, dalang sebenar di sebalik pembunuhan itu.

Yang menariknya, MI7 berfungsi pada tingkat underground bangunan, Toshiba Intelligence Agent. Ttoshiba memang dah dibeli oleh UK ke? Atau ini sengaja dibuat untuk promosi jenama Toshiba? :D



Dari awal lagi, kita sudah nampak adegan melucukan tanpa pengaruh Mr Bean dalam storyline. Menariknya, Perdana Menteri mereka memiliki muka yang seakan sama dengan lelaki yang selalu jadi mangsa keadaan dalam Mr Bean. :D

Di cinema kami, penonton gelak paling kuat dalam babak pegang kucing, main golf, helikopter berjalan menggunakan laluan darat (ni paling kuat gelaknya! hahahh), dan watak 'kematangan mengatasi tenaga' (sewaktu Johnny mengejar pencuri Vortex Key bahagian kedua), spesifically sewaktu mata Johnny juling buat kali pertama dia mengingati nasihat tok guru. :D


Menarik
Behavioural Psychologist adalah antaran jawatan yang sangat diimpikan oleh lepasan Psikologi. Dengan asas nya forensic psychology, cerita bersiri seperti Lie to Me, yang sebelum itu dipseudo-ilhamkan oleh siri penyiasatan CSI, ahli Psikologi Tingkah Laku  'membaca' manusia melalui apa yang dipaparkan menerusi kelakuan.

Dengan bantuan kamera super-canggih, Micro-Expression yang menjadi antara titik penting kajian Behavioural Psychologist, dikesan, oleh watak Heroin, seterusnya membantu mengenalpasti apa yang berlaku di Mozambique.

Timoxy Barbibutenol, bahan beracun yang membunuh manusia dalam 15 minit (samada khayalan atau fakta), adalah suatu yang menarik untuk digunakan dalam cerita ini.  Satu jenis sedatif yang membenarkan otak bawah sedar mengawal keseluruhan tingkahlaku, ia menjadi sebab mengapa pembunuhan Mozambique boleh terjadi.

Roll Royce versi Kitt-perempuan.
Okay, ini paling cool. :D Ia memecahkan 5 speedtrap dalam jarak 200KM setiap satu, kurang dari 10 saat. :D Mengeluarkan laser di kepala 'angel' Royce, dan ada CPU sendiri yang berkata-kata.

Eksperimen lagenda tentang kuasa otak, dalam kelas Psikologi kami satu ketika dulu, (pernah diulas banyak kali oleh pensyarah kami seperti Dr Hj Alizi Hj Alias, di kelas Islam n Psychology, Dr Shukran Abdul Rahman, dan semestinya Dr Mariam Adawiyah Dzulkafli sebagai pensyarah neurology, cognitive psychology), dimuatkan dalam cerita ini.

Eksperimen asal melibatkan elektrod yang disentuhkan pada otak bahagian kiri (yang mengawal kanan tangan) mengakibatkan tangan kanan akan automatik ternaik (terjungkir) ke atas. Dalam masa yang sama, otak kanan pula menerima arahan agar jangan naikkan tangan kanan.

Apa yang berlaku, seperti dalam cerita Johnny, tangan kiri memegang tangan kanan dari menembak gincu-pistol-wuteva. Dalam eksperimen asal, tangan kiri memegang tangan kanan dari terjungkir.

Meter Lawak
dari 10, saya bagi 8.5! :D lawaknya difahami hampir semua penonton, dan saya rasa, andai kita duduk di sebelah warga antarabangsa atau Pelancong dari UK, mereka pasti akan  gelak lebih awal dan lebih banyak dari kita =D

Siapa yang tak tengok lagi... carilah di Internet. =D



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails