3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

13 December 2008

CicakMan 2: Cak Cak Cak!


CicakMan. Cak Cak Cak.

Saya diminta membuat review filem ini untuk seseorang. Jadi, selepas menonton CicakMan 2: Planet Hitam semalam di Mahkota Parade Melaka, berikut adalah apa yang saya dapat simpulkan:

1) Jalan cerita : Lebih menarik daripada filem pertama (pedulikan apa yang orang kata kalau mereka kata ada unsur2 peniruan dari Spiderman 3 dalam citer ni. cakap balik kat diorang, ini bukan peniruan, ini inovasi Malaysia, huhu.)
2) Watak dan pengembangan: Watak Hairi lebih seimbang aksi dan emosinya tak seperti filem pertama. Ada watak baru seperti Rrama yang bercakap dua tiga bahasa. Ada watak adik kepada Danny (lupa namanya) yang mengelirukan walaupun agak misteri. (Buta dia tu buta radioaktif ke?)
3) Babak2 terputus: mungkin kerana potongan2 yang tidak begitu tepat, lompatan dari babak ada yang kurang kemas.
4) CGI:yang paling penting untuk filem superhero. Mm, byk improvement dari yg sebelumnya. Namun masih mungkin perlu lebih banyak outsourcing. CGI antoo fighter lebih meyakinkan.

Jadi, untuk nilai RM10 harga tiket GSC, ia berbaloi untuk ditonton bersama rakan2 anda yang :

a) memang minat citer Malaysia
b) tak kisah tengok superhero Malaysia
c) suka tengok lakonan saiful Apek, Fasha Sandha, atau Aznil Nawawi
d) mencari kelainan dalam citer2 komedi Malaysia - lain la sikit, ada aksi2 lompat dengan lidah

dari 10 mata, saya berikan 7.5. Anda bagaimana? Selamat Menonton!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails