3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 December 2008

Pelan Bailout US: Bagaimanakah reaksi rakyat mereka?

Amerika sebagai negara yang "mengawal" ekonomi dunia, mengatakan bahawa bank-bank mereka tidak dapat memberitahu (baca:tidak AKAN memberitahu) para pembayar cukai bagaimana duit mereka akan digunakan untuk menyelamatkan Amerika.

Ia adalah perkara yang perlu diketahui oleh umum. Bank (pemberi pinjaman)akan beria-ia mendesak kita untuk mengetahui bagaimanakah duit yang kita pinjam akan digunakan. Sebab itu kita perlu membuat proposal, menunjukkan surat pengesahan, dan melalui pelbagai redtape dalam proses ini. Dan sebab itu jugalah makin banyak Along yang muncul sekarang..

Namun, setelah menerima berbillion2 dolar dari cukai2 yang dikutip daripada rakyat, bank2 terbesar Amerika Syarikat mendakwa bahawa mereka tidak dapat memberitahu bagaimana sebenarnya duit yang mereka pinjam dari rakyat, telah digunakan, atau dengan mudahnya menolak untuk memberi komen. tak ke pelik tu..?



"Kami dah pinjamkan sebahagian", "Kami tak pinjamkan sebahagian", "Kami tak buat pengiraan yang sebenar", "Macam ni sebenarnya..." adalah antara respon2 yang diperolehi dari spokeperson untuk bank JP Morgan Chase, yang menerima 25billion US dolar dalam pelan bailout ekonomi mereka. "kami tidak akan memberitahu orang ramai mengenainya, dan kami tidak akan sekali-kali memberitahunya."

Persatuan Media Rasmi Amerika telah menghubungi 21 buah bank yang menerima sekurang-kurangnya $1 billion dari wang cukai rakyat Amerika. 4 soalan ditanyakan kepada bank2 ini :
1)"Berapa banyak yang dibelanjakan?"
2)"Untuk apakah ia dibelanjakan?"
3)"Berapa banyakkah pula yang digunakan untuk simpanan?"
4)"Apa rancangan seterusnya untuk baki pinjaman tadi?"

Tidak ada satu bank pun yang memberikan jawapan yang spesifik, apatah lagi memuaskan hati.

"Kami tidak akan memperincikan tiap keluar masuk duit yang kami terima," ujar Barry Koling, seorang spokeperson untuk Bank SunTrust, Atlanta. Bank ini menerima $3.5 billion dari wang cukai rakyat.

Ada bank yang tidak tahu langsung ke mana wang tersebut telah mereka gunakan.

"Kami menguruskan aset dan kapital kami dengan baik," kata Regions Financial Corp. spokeperson Tim Deighton. Menurut beliau, syarikat Birminghamnya tidak membuat penelitian mendalam terhadap bagaimana ia membelanjakan $3.5 billion yang telah mereka terima sebagai sebahagian dari rancangan bailout mereka.

Jawapan yang berlegar disekitar rahsia yang mencecah $700 billion (lebih kurang saiz ekonnomi Netherland)— untuk menyelamatkan industri perbankan.
Pengurusan Dana Negara US telah menggunakan duit tersebut untuk memberli stock2 dalam bank US. Ia dijalankan dengan harapan bahawa, pergerakan wang yang banyak secara serta merta akan membolehkan bank2 menghulurkan pinjaman.

Para pengkaji ekonomi dan penggubal undang-undang mahukan siapa2 pun tidak menyalahgunakan duit tersebut untuk pembelian@penggunaan jet2 peribadi, atau apa saja yang tidak berkaitan dengan bailout. Tetapi tidak ada sesiapa yang akan tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Elizabeth Warren, salah seorang daripada orang atasan dalam financial bailout, menegaskan, Ia adalah sangat penting bagi rakyat Amerika untuk mengetahui bagaimanakah duit mereka digunakan kali ini."

Namun, buat masa ini, mereka tidak akan dapat mengetahuinya.

Dua tahun lepas, apabila mereka bercerita mengenai perbelanjaan $100 million untuk sesuatu yang tidak begitu pasti, ia adalah skandal bagi setiap rakyat Amerika. Sekarang?


Soalan cepu emas:Itu adalah jawapan bagi negara yang mengawal ekonomi dunia. Bagaimana pula jawapan negara yang dikawal oleh pengawal ekonomi dunia? Jeng Jeng Jeng

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails