16 October 2011

Upin dan Ipin : Mari Bercerita



Upin:Penatnya lari. Ipin, jom kita duduk jap.

Ipin:Haa. Korang, nak dengar tak satu cerita? Tak, tak.. Ni bukan Hikayat Merong Mahawangsa, Merong Mahasuasa pun bukan.
Upin: Betul-betul-betul!

Ipin:Macam ni... time main CONGKAK, Upin dan Ipin selalu cakap kat Kak Ros, JANGAN PANDANG BELAKANG FLAT 3A tu, sbb dorang tahu, petang-petang memang HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH dia.

Upin:Tapi tak sangka jugaklah Kak Ros, walau Upin dan Ipin dah pesan, tapi Kak Ros degil.

Ipin:Ha semalam Kak Ros tu dah demam, kena BULI lah tu, dah lah malam semalamnya tu  sibuk minta Opah bukakkan AL-HIJAB dia. petang esoknya pula saja main lalu-lalu di flat tu. Kan dah susah?

Dari nak sarapan NASI LEMAK 2.0, sebab Kak Ros dah demam, tak sihat, kitorang pun terpaksa lah makan KARIPAP-KARIPAP CINTA yang tak berapa nak sedap tu.. alah, yang 2 seringgit tu lah, kawan kitorang  yang jual tu.

Ipin: Haaa.. betul betul betul!
Upin:Eh, korang, korang, nak pegi mana tu? Ada lagi cerita ni!

Flash Based Content Kami di FlashFave.com telah dicalonkan dalam Social Media Business di Social Media Awards 2012. Tunjukkanlah sokongan anda kepada industri design tempatan di sini!

Upin:Tak lama kemudian, lepas Kak Ros dah Opah bawak pergi jumpa Imam, Upin dengan Ipin, kitorang pergi main video game baru Ehsan beli.. Best! Game CicakMan lawan-lawan. Kelakar! Tengok Professor Klon kena LIBAS!

Ipin:Dalam perjalanan tu pulak, abang Sally yang lembut tu ajak kami borak-borak. Eh, tak nak lah Ipin. Kak Ros cakap, lelaki kalau lembut macam abang Sally tu, nanti dapat Bini-Biniku Gengster. Kalau tak nak, kenalah keraskan diri macam lelaki dalam KL GENGSTER tu. KL GENGSTER tau,  bukan GERAK KHAS THE MOVIE!

Upin:kalau tak boleh pun, tunjuk hero macam ADNAN SEMPIT tu pun okay. Kan Ipin kan?
Ipin: Betul- betul-betul!

Upin:Eh, okaylah, kitorang nak sambung pengembaraan ni. Lama pulak borak dengan awak. Raju, Mei-mei, jommm!!
Upin + Ipin:GENG: PENGEMBARAAN BERMULA!

Entri ini ditulis untuk kumpulan entri JueStan Mari Bercerita. tiap cerita perlu membariskan beberapa judul movie, antaranya,
Nasi Lemak 2.0. | Karipap Karipap Cinta | Congkak | Flat 3A | Al-Hijab | Buli | Libas | Bini Biniku Gangster | Cicakman | Adnan Sempit | KL Gengster | Gerak Khas The Movie | Hikayat Merong Mahawangsa | Geng : Pengembaraan Bermula | Jangan Pandang Belakang | Hantu Kak Limah Balik Rumah






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails