28 October 2011

Movie Video Game : Ra-One

Agama sebagai motif plot cerita, bukanlah sesuatu yang asing lagi, dalam industri filem mana-mana produksi.


Namun, menggabungkan video game dengan unsur agama, adalah suatu yang agak baru , nyatanya.


Teknologi yang cuba dimanifestasikan dari Artifical Intelligence dan Interactive Imaging System, yang digabungkan dengan manipulasi gelombang berbit (bermaklumat), dikatakan bakal menghubungkan dunia digital @ (digital frontier) dengan dunia realiti kita.

Ra-One, as the name suggests, mempunyai double meaning, dalam kaitan antara dua-dua unsur. Dalam Video game yang dihasilkan oleh Barron Industries ini, RA-One juga (kalau tidak silap saya,) direfer sebagai Random Access Version One. Menarik, kan?  Apa lagi, jom...




Dalam kepercayaan Hindu pula, Ra-one disebut sebagai Raavan, adalah dewa pemusnah, yang diiltizamkan pembakarannya setiap tahun, bagi manifestasi melawan kejahatan dan keganasan.

G-One, hero dalam cerita ini. G-one, diilhamkan dari Goodness Version One. Dalam kepercayaan Hindu , ia disebut Jivaan, merujuk kepada dewa yang mengawal aliran kehidupan.


Secara terperinci, filem Ra-One tidak terlepas dari mengambil beberapa isu dan mesej penting dalam movie keluaran US yang lain.


Tron dan Tron Legacy, contohnya, menunjukkan konsep video game dan kekeluargaan antara ayah dan anak, yang mengandungi kurang isu agama,sebaliknya padat dengan isu dan nilai kemanusiaan.


Bezanya, melalui Tron , movie ini cuba menyampaikan konsep digital frontier yang mampu memberikan solusi kepada banyak perkara dalam dunia sebenar, termasuklah makhluk khayalan yang katanya mampu memberi definisi sebenar dalam dunia perubatan.

Double Meaning yang Biasa2
konsep dan penggunaan HART, (dipanggil Heart) , merujuk kepada hati, apabila developer menjadikan hati sebagai elemen utama sama ada suatu hero itu akan kekal dengan kebaikan atau mengambil jalan kejahatan. Dalam surah As-Syams, kita juga ada konsep ini.

Juga, watak utama game hanya akan mati apabila ia dibunuh bersama hatinya sekali.

Double Meaning yang Bahaya.
penamaan Lucifer dalam G-One, bakal mengelirukan penonton bawah umur, walaupun ia dari asalnya merujuk kepada kesamaan username Prateek yang terlalu sukakan keganasan, dan rebel. Lucifer , dalam Christian katolik, adalah nama Iblis.

Plot Cerita
Prateek cuba untuk meyakinkan ibunya dalam menuntut bela atas kematian ayahnya yang juga merupakan Ra-One video game developer, iaitu Sashekar (dibintangi SRK).

Hidup dalam generasi video game, plot cerita mula menjadi suspensed dengan Prateek dengan nama Lucifer, mengalahkan Ra-One dengan mudah hingga ke stage 2, sebelum Akashi (watak yang kemudiannya dihidupkan oleh Ra-One) pause game tadi.

Tarikan Utama
Kesan Khas yang sangat awesome! Nak tahu macamana awesomenya? Haa, kenalah tengok sendiri! :D Antara yang hebat adalah waktu minibots bercantum dan grown into fullfleshed Ra-One. ;)


Trivia
Tiba-tiba ada lah pulak superhero Chitti dari cerita Robot lakonan MGR@Sivaji  dan Aishwarya tu, interframe. Hahaha sumpah kelakar meyhhh~!! Kami dalam pawagam gelak macam nak terguling-guling, dengan penonton2 India yang lain. :D


Meter Review
9/10.. Jadi,apa tunggu lagi, jom, terjahhh~ :D


Disclaimer

Balik dari tengok cerita ini, anda wajibkan lah diri anda untuk syahadah seberapa banyak yang mungkin. Kenapa? ada dua kali mesej untuk subconscious mind anda diprogramkan untuk ayat THERE IS NO GOD. Jaga2! ayat ini keluar selepas babak G-One di hadapan temple berdoa, dan juga sewaktu Ra-One telah duplikat Arjun Rampal di papan iklan.

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails