24 October 2011

Mencari Jawapan Hati : Real Steel

Perjalanan mencari satu yang merungkai jawapan hati, kadangkala hanya meninggalkan kita dengan persoalan-persoalan yang lebih banyak. Yang kadangkala hanya mampu dilihat bila mata dipejam dalam mimpi.

Saya beruntung kerana, semalam, jawapan hati saya dijumpai. Dan silaturrahim yang baik dihubungkan.

(apa yang berlaku semalam, Fahmi?)



Dengan Kunci Locker, kami ke Mahkota Parade dari Muar, berjumpa salah seorang Blogger yang currently sedang di Melaka, stadi. Amalina Zainal.

Itulah antara jawapan hati yang saya cari.

Dalam banyak tahun kehidupan, Melaka adalah antara lokasi yang memiliki makna yang tersndiri bagi saya. Terutamanya 2-3 tahun terakhir ini.

Akhirnya saya sedar , memori yang lama-lama dulu, dah pun completely overwritten, terima kasih untuk kawan2 yang happening macam mereka. TQ kawan. =)

Jalan-Jalan Baru
Saya belajar jalan baru untuk ke Pulau Gadong, satu mukim dalam Klebang. Sekarang rasanya dah semakin yakin untuk rentas AMJ untuk sampai ke Melaka.

Untuk ke pusat bandar Melaka dari Muar, hanya perlu terus, hingga nampak flyover ke atas.
Tidak perlu naik ke atas, sebaliknya, ambil susur ke kiri, dan kita akan masuk ke pusat bandar.

Bila nak teruskan perjalanan ke pulau Gadong, kita jalan terus, dan cari signboard hala ke Klebang. Untuk tujuan ini, kita perlu teruskan perjalanan hinggalah nampak mahkota parade di sebelah kanan kita. Terus, dan naik flyover,turun.

Setelah turun, kita dah pun masuk ke area Klebang. Hanya perlu terus, akan nampak simpang. Terus lagi, dan nampak simpang kedua, dengan signboard Pulau Gadong. Masuk ke kanan. Dan teruskanlah perjalanan. Kita telah sampai di destinasi.

=)


Karaoke yang Sangat OK

Semalam, kami karaoke macam hape. Ada yang dirakam dan ada yang tak dapat dirakam. Maklumlah , phone saya tak berapa banyak cas baterinya.

Karaoke kali ini best, kerana, semua orang yang terlibat, memang tahu and ada ilmu tentang key lagu. I likeee~ Sangat-sangat seronok!

Karaoke, Amalina Zainal dan saya kongsi-kongsi untuk kami nyanyi bertiga. Kasihan Kunci Locker, dia tak sihat. Tidur lewat, tapi still ikut dan nyanyi.. walaupun kelihatan berpeluh peluh juga.

Then, kami dibelanja Kunci Locker dengan mcFlurry Milo. Wallawey memang sedapppp! Kunci Locker makan Sundae Chocolate. Turns out, McFlurry Milo di sini rasa macam lebih coklat berbanding di Wetex. Kenapa ea? Mesin dia rosak kut?

Real Steel yang Cool

Ingatkan, setelah karaoke, cerita seronok ni akan berakhir. Rupanya tak. Sebab... Amalina Zainal belanja pulak tengok Real Steel. Pehhhhhh!

Real Steel bukan sekadar cerita robot. Tapi, disebalik reunion seorang anak yang tak pernah kenal siapa ayahnya , dengan seorang lelaki yang mencari kemenangan untuk kembali menaikkan self-esteem, ia menceritakan perjuangan mencari siapa diri yang sebenar.

Ia menceritakan betapa kedegilan adalah berbaloi andainya kita tahu dan benar-benar tahu apa yang kita perjuangkan.

Ia mengajar, betapa apa yang kita tahu dan rasa betul, sangat berkaitan dengan tahap umur kita.

Dan ia mengajar, umur tak semestinya menemukan kita dengan kematangan, untuk melihat perkara yang benar-benar betul untuk dilakukan.

Kenapa? Dalam hidup, yang paling betul untuk dilakukan adalah , berhenti berfikir dahulu sebelum meneruskan apa2 yang mahu dilakukan, tidak hanya perlu larung dan layan apa yang bergelojak dalam hati.

Kalau Charlie Kenton tahu berfikir sebelum teruskan Noisy Boy untuk challenge the biggest robot dalam Warzone, selepas hilang Robot dalam tandukan bison, dia dah pun dapat simple cash.

Tapi ramai orang akan kurang pertimbangan bila nampak duit banyak. Simple?

Cerita ini juga mengajar, memahami anak, bukanlah sesukar mana, andai kita boleh berhenti sekejap dan membayangkan apa yang dilalui anak itu sewaktu ia menonjolkan kelakuan yang menimbulkan rasa "eh-budak-ni-aku-panggg-karang-baru-tau".


Ia juga mengajar soal maruah dan pilihan hidup.

Tapi memang Max pandai, tak, tak , genius!

Dia gabungkan voice recognition Noisy Boy ciptaan asal Tak Mashido, dan digabungkan dengan fungsi shadow asal Atom, menjadikan Atom lebih dari sekadar robot sparring.

Rasa , macam, kami yang lebih-lebih bersorak dalam Cinema tu. Rasa macam itu pulak robot kami. Hahaha =_=

Sekian entri buat kali ni. Terima kasih bagi anda yang membaca sampai habis. =)






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails