Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

08 January 2014

Counter Ramalan Siber 2014

Ngantuk tapi tak mahu tidur. Jadi inilah entri yang ditulis dalam keadaan otak yang bersimpang siur.~ :D

Dari Ramalan Siber 2014 seperti yang ditulis Afiq Hanif dalam kolum Sinar Harian hari ini, , Ramalan Siber Balasannya adalah:

1) Penjualan Antivirus yang lebih simple tapi power untuk komputer akan meningkat. Makin ramai orang yang akan jual antivirus, berleluasa. Key kaspersky juga mungkin akan naik harga.

Kenapa? Masih kedapatan lagi komputer di bahagian pengurusan awam mahupun swasta yang masih menggunakan windows XP. Disebabkan Microsoft menghentikan sokongan (dari segi add-in, troubleshooting) kepada Windows XP pada April 2014, maka pilihan yang ada untuk komputer2 sezen (seasoned) ini adaah untuk upgrade ke Windows 8 atau tukar antivirus. 

Di seluruh dunia, bukan saja di Malaysia okay? (okay, segala towkey kedai software dan repair laptop, silalah mengambil peluang keemasan untuk jual windows 7 OEM anda yang tak habis lagi tu)

Kenapa?
2) Penggodam akan lebih tertarik untuk menyerang, apabila banyak komputer masih usang ini, beroperasi dalam Standard Operating Procedure awam dan swasta... lebih lebih lagi dalam bahagian Kementerian dan Kehakiman Penting. 

3) Pasaran Apps dan Google Play Store akan jadi lebih menarik. Walaupun umum tahu makin banyak item dalam kedua-dua shop ini yang terdedah pada serangan, tapi, secara tak langsung, apps akan bertambah kualiti apabila mereka boleh naikkan update yang anti kepada serangan2 ini.

4) Peluang untuk banyak bisnes berbentuk pencegahan akan boom. :D yah, masuk tender, masuk tender gomen jom! 

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

07 October 2011

UNhidekan File Anda!

Suatu ketika dulu, rakan sekampus berjumpa saya di lab, (dan juga di kelas, tapi orang lain pula) dengan menanyakan soalan yang agak mudah tapi kedengan aneh.

"Macamana aku nak tengok hidden files and folders in Windows 7? ". Maksud saya, tentulah dia tahu nak view hidden files & folders, tapi kali ini, ia memang unique.

Dia telah bawak laptop tu ke depan mata saya, dan cakap " Bro, kau cuba tengok ni."

Aneh.  'Do not show hidden files and folders' & 'Show hidden files and folders' telah di enabled  kan.

 yang sebetulnya,  ia diakibatkan oleh virus atau pun malware. Alhamdulillah, saya telah pun explore cara nak perbetulkan keadaan nya ini. apapun , Antivirus kena selalu update baru jalan. Kalau tak, tak jadi beb.

Jadi, kita gunakan command prompt. Jom anggapkan file yang hidden tu ada dalam pendrive di G:\Kerja folder. tengok step di bawah.

1. Pergi ke  Start >> Run. Taip cmd and tekan Enter untuk membuka command prompt.

2 Sekarang, anda hanya perlu ke directory yang betul dari command prompt.
[Saya anggap anda masih berada dalam C:\Documents and Setting\NAMAUSERNAMEPCANDA. dan anda nak ke G:\Kerja ; taip G: dan tekan enter. Ini membawa anda ke G:\ dalam command prompt. Taip cd Kerja dalam command prompt dan tekan Enter. Kni anda telah berada dalam G:\Kerja ]

3. Taipkan command dir  dan ia akan menyenaraikan semua file yang ada dalam G:\Kerja. Ini untuk memastikan file tadi tak hilang lagi.
4. Taipkan attrib -r -a -s -h  dan tekan Enter.

Jika anda ingin memadam fail tersebut, taipkan del [Nama folder] dalam command prompt.Ini bakal memadam folder tertentu dalam directory tadi.. Contohnya,  del Temp.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

14 May 2011

Cemas dalam Harap

Cemas bila blog tak dapat diakses, kan? Tipulah kalau tak rasa apa2. Cuma saya cuba alihkan tumpuan aje, walau saya sedari masalahnya tetap kekal ada. :)

Alhamdulillah, Blogger.com kembali pulih selepas hampir 36 jam tersadai.

07 March 2011

Format : Kehidupan Seputar Windows 7 Hari Ini

Bila kemahuan  menolong bertembung dengan kepenatan dan kesempitan kewangan, apakah yang berlaku?

a) "sorry la, aku tak dapat nak tolong, aku penat"
b) "sorry la aku tak dapat nak tolong, aku tak banyak duit"
c) "sorry la aku tak dapat nak tolong, aku banyak kerja"

Untuk hari ni, jawapan saya takde dalam pilihan di atas. Maka apakah yang berlaku?

03 March 2011

Format Laptop: Overall

Semua2 tentang format  yang kita perlu tahu. Saya dah compilekan di sini untuk memudahkan. jom2, cekidout :)


Betul2 perlu format ke ni?

sebelum format

semasa dan sebelum format

Format Laptop : Semasa dan Selepas Format

DISCLAIMER: guide ini disediakan untuk panduan kasar. FahmiMahat hanya membantu di tahap ini sahaja. Sekiranya terdapat cadangan untuk tambah fakta, sila gunakan ruangan Komen, dan FahmiMahat akan update semula mengikut kesesuaian. Format dilakukan atas rasa tanggungjawab dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Yang tak berapa confident, better jangan buat dulu ya?!

OK. Bersambung dari nota sebelumnya. XD Semasa format, pastikan :

1) gunakan English (Malaysia) untuk setting default sewaktu format. Applicable to both Seven dan Vista (kalau anda masih nak Vista la)

2) tau apa yang anda mahu buat.
kalau mahu format, format drive C saja. drive D tak perlu diusik. Jadi, select drive C dan format quick NTFS. yang lain biar.
kalau mahu repair boot, pilih system restore. itu aje =)

3) bila guna crack, pastikan kamu tak pilih automatic update pada default settingnya, kalau tak, mungkin sia2 aje format, sebab akan ada isu genuine (bese la, siapa biz nak rugi).


selepas format, buat ini semua :

1)untuk yang format XP, selesai format, terus sambungkan thumdrive atau media yang ada software penting tadi, dan juga driver set. Copy dan letak di desktop , senang.

2) Dan ikut aturan install driver sebelum software.
aturan install driver adalah sperti berikut:

chipset driver > audio driver > video driver > modem driver > bluetooth +Wireless driver > driver2 lain


jangan segan untuk restart tiap kali diminta. Baru mula install software selepas setel isu driver.

3) install antivirus, sambungkan ke internet, update dabatase , dan full scan. selalunya virus akan masih ada di Drive D. inilah perlunya kita gunakan kuasa antivirus full version original + Internet.

4) buat image backup selepas siap semuanya. Dalam vista dan 7, boleh taip  backup sebaik saja butang "start" ditekan. click icon program atas sekali yang tertulis "backup and restore". Ikut step by step dari situ

total masa, lebih kurang 3 ke 4 jam kalau takde apa2 masalah yang signifikan. Tapi berbaloi apa, dari tunggu berhari2 di kedai komputer. LOL

Selamat mencuba!
p/s: untuk Vista dan 7, khasnya Ultimate, langkah 1 dan 2 biasanya boleh dilangkau (skipped). Tapi kalau ada masalah, boleh google di Internet dengan tag site:driver

contoh :

site:dell.com inspiron mini audio driver windows 7

02 March 2011

Format Laptop : Sebelum Format

untuk format, anda perlukan :
1) windows installer. siapa yang nak win 7, better anda dapatkan ultimate version untuk fullset driver. (tapi kalau netbook disarankan guna Starter atau XP aje) installer ni ada dalam bentuk DVD dan CD. Tapi lebih mudah untuk gunakan USB version, untuk elak masalah DVD/CD calar. Klik kalau nak tengok betapa riaknya CB format guna USB haha XD

2) koleksi driver untuk laptop anda. Boleh download siap2 dari website pengeluar mengikut jenama dan jenis model... juga jenis Windows anda. Ini penting, lagi2 kalau anda tidak menggunakan Windows Seven Ultimate (mungkin sebab tak semua laptop cukup kuat untuk install, lebih lagi kalau processor bawah dari Centrino, contohnya Celeron untuk laptop2 lama.)

3) set installer penting. contohnya, Office, WinRar, pdf reader, adobe photoshop (penting gak lah, ni basic je)

4) antivirus full version installer (better bukan yang crack). Nak dapatkan kaspersky Internet security pada harga bawah Rm50 kliklah saya.

5) broadband atau mana2 internet connection yang stabil

Format Laptop : Kenapa Kena Belajar Format?

"Kenapa nak biar orang format laptop kita, kalau..."

1) .... kita boleh belajar buat sendiri?
Contohnya, kalau kita pergi kedai makan, nampak sedap. harga pun mahal. Kita pun order "Bang, charkuey teow satu!". Bila dah sampai , kita pun suap. Sekali... " Laa. kalau rasa cam ni aku pun boleh buat sendiri kat rumah." pernah rasa? XD

Format laptop pun camtu gak. Bukan susah pun kalau dah tahu.

2) ... kita tahu dalam laptop kita ada barang2 sensitif?
bukan nak menakut2kan korang, lagi2 yang masih belajar, dan banyak gambar2 'panas' dalam laptop. Tak semua orang yang wat biz format laptop jujur macam saya kita. Oleh sebab itu, risiko@kebarangkalian untuk gambar2 tu terlepas ke tangan orang lain sangatlah tinggi. Lagi2 dengan orang yang selalu amik format murah2 cam gile. (RM10 contohnya... sila berjaga2 dengan orang yang letak harga ni merepek cam ni.)

Banyak dah jadi kes. Apa, takkan korang tak tahu?

3) .... kita tahu kena bayar mahal sangat? Pernah dengar orang cas sampai RM80 untuk format? Gile ke apa? Ya,sila percaya. Kedai di Shah Alam ada yang cas dengan harga ini. Nasib baik sepupu saya yang baik di UITM tu cuma  buat RM20 jek.

4) .... kita tahu masalah tak selesai pun
(sebab ada orang format tapi jadi gak mende yang sama)?

5) .... kita tahu laptop tu laptop mahal + canggih gile? tak takut hilang ke?

Hehe spoiler betul kan, tapi yelah, biasanya beli laptop2 mahal ni, formatnya mudah sangat. Tak perlu bersusah hantar kepada orang yang tah sapa-sapa. Cuma perlu buka manual yang diberikan. Dan gunakan software factory recovery. Tada~! dah siap. Cam baru tu, tak tipu! XD

Okay. Dah bagitau macam-macam tentang risiko format dengan orang lain ni. next time kalau dah ready, jom saya ajarkan macamana caranya untuk format lappy sendiri dan guna duit yang kita nak hantar format tu untuk belanja saya XD.

Jom2 =)

Format Laptop : Perlu Ke?

"Bang, kalau format laptop ni lama tak?"

"harga format laptop murah lagi tak boleh bang?"

"Bila format laptop, software dalam tu pirate ke ori bang?"

05 February 2011

Mesir dan Twitter Versi Baru

Dengan konflik di Mesir yang masih berterusan, kita mampu melihat episod konfrontasi antara askar dan rakyat di merata-rata.Antara kesan terhebat yang dapat dirasakan ramai adalah sektor media dan komunikasi, sebaik saja ISP Mesir diputuskan, — menyebabkan semua komunikasi ke luar terhenti.

Dalam usaha memperbaiki keadaan ini,

12 March 2010

Kaspersky Internet Security 2011 Promotion Student Price

Kaspersky Internet Security 2011 diakui ramai sebagai antivirus yang tip-top. Meskipun Kaspersky Pure minimalist interfacenya, overall KIS ni lagi puas hati pakai . Kenapa?

24 July 2009

SATA II atau SATA?

Alhamdulillah, ada student minta saya repairkan laptopnya. Kalau tidak, mungkin sampai hari ni saya masih tak arif2 lagi tentang Sata dan Sata II.

Untuk pengguna komputer yang memerlukan data transfer yang tinggi ,dan assume SataII drive boleh bantu transfer lebih cepat, mungkin anggapan anda perlu dibetulkan.

Speed transfer SATA II hanya akan jadi lebih cepat bila ia dibantu oleh dua faktor:

1) speed Processor : commonsense.

2) motherboard anda natively support SATAII. Disebabkan SATAII adalah backward compatible, ia masih boleh berfungsi dengan sistem motherboard SATA. Tetapi, ia hanya akan berfungsi pada separuh keupayaan transfer speed. SATAII speednya 300mb/s. SATA 150mb/s. Jadi, kalau anda baru beli hard disc SATAII, dan perasan takde beza pada transfer rate, the fact is, anda tak silap tengok, dan anda tak kena tipu. It's just, anda tak perasan. It's ok. Bukan salah anda sorang juga, don't worry. :)

3) the power of RAM module.

entri forum yang mungkin boleh membantu:
1) overclock.net
2) cddriveinfo

p/s:Entah sempat ke tak nak ke lowyat mencari hard disc petang ni. hopefully boleh luangkan masa.

03 July 2008

Slipstream XP? Apakah~?

Mari buat something yang bes dgn XP anda!

Slipstream. Wow, mcm bes gak pkataan ni kan? Untuk Prostreetiers (NFS), anda mesti tau punyalah teknik ni. untuk mengurangkan rintangan angin yang keta kita lalui, dengan cara follow kat belakang keta depan (takkan follow keta belakang pulak) kita akan menstabilkan kelajuan, sebelum memecut+memotong keta depan dengan begitu bergaya.

Skrg meh kita belajar sama2 slipstream xp kita bagi laju mcm keta tdi.. huhu~

Dgn slipstream xp ni, kita akan gabungkan setup file windows XP kita yang kita pnah ada, dgn update pack sp3. tapi bukan itu saja, kita akan menjadikan setup file kita kali ni, lebih ringan, lebih kecil, dan lebih stabil, bila diinstall ke dlm pc kita. amacam, ada berani? ;)

requirement:

*space kat hd ada lebih dari 1.5gb. kira paling lowkey pun 1.5 gb la kena ada ni.
**download nLite latest.leh google untuk cari menda ni.takpun amik kat sini jer :)


Ikut step2 ni ya adik2, abang2, akak2~! ;)

1) buka google.com.. taipkan "Windows XP sP3 network installation package". Click link pertama paling atas. Anda akan dibawa ke page microsoft.com. Bertenang, jangan gabra.

2) perhatikan nama fail ini. "windowsxp-kb936929-sp3-x86-enu.exe".jumpa?

3)buka download manager yang anda paling suka. kalau takde, download di sini pun boleh. :). Bersiap2 untuk memulakan langkah pertama, huhu~

4)download fail di (2) tadi dengan selambayayanya menggunakan download manager tadi.klu anda download tak cukup selamba (tak guna IDM td), anda kena tunggu sikit punya lama, sebab file ni bagak gak ler.

5)dah siap?Bagus. Skrg, cari cd windows XP yang anda pernah ada. yup, apa pun boleh, pro, tak pro, home, semua boleh. yang sp1, sp2, pun boleh.Apa? takde? dont worry. pinjam jiran sebelah rumah punnya pun boleh. Asal ada sudaa~ next thing, buat satu folder dlm ruang yang masih ada (perlukan 2gb space utk menda ni,lupe nak gtau td). Namakan XPORI. Copy segala isi CD tadi tu ke dlm folder ni.

6)next, buat satu folder dlm ruang yang masih ada, Namakan XPSP3. masukkan fail yang anda download tdi ke sini. skrg, pegi ke start->Run, dan taip :

D:\XPSP3\WindowsXP-KB936929-SP3-x86-ENU.exe -x

pilih "extract to same folder".



Yatta!~ dah jadi. orait, next step...kittaaa!!!

7)skrg, kita akan mula slipstream.. hoo yeah.. saya anggap anda buat segala apa yang saya dah suruh tadi (yea, bagus anak ayah, hehe). File yang baru di download di dlm D:\XPSP3 dan file asal xp dlm XPORI.

skrg, pegi ke start-> run dan taipkan :

D:\XPSP3\i386\update\update.exe /integrate:D:\XPORI

akan kuar menda ni:

biar smpi abis. dia tgh slipstream tu.layankan jer :P pas ni akan kuar msg, "update completed successfully."

8)ok. skrg install nLite dan run. akan kuar cam ni :

layan.. biar je english tu. next~!

9)ok.skrg korang akan diminta untuk cari kat mana folder installer xpkorang tu.



browse, cari xpori td.


bila dah pilih, klu slipstream tadi cilok ok jer, dia kuar la cam ni.




orait. smpi step ni, boleh dikatakan korang dah berjaya 40%. Apa, sikit? hehe. :P next!~

10)orait.dia akan kuar preset ni plak.

korang jgn cuak, klu takde pape tu bkn maksudnya menda ni tak jadi. leklek jer. tekan next.

11)orait. skrg ni, task selection. pilih Components, Unattended, dan Bootable ISO.

tekan next. dia akan kuar ni plak.
tekan compatiblity. korang mgkn akan perlu pada beberapa item dlm ni.cthnya cam Cameras and Camcoders, DHCP, (IE korang nak gak ke?x mau try mozilla?:P), Printers, Remote Desktop (this might be handy for unforesaken problematic troubleshooting), Windows Update, dan Windows Activation and Sysprep.


(anda mgkn juga nak letak file update terbaru, patch, atau pack2 lain yang lebih latest dari tarikh entri ni ditulis. anda boleh buat camtu dgn tekan "hotfixes, add ons and service packs' n explore kat situ dgn lebih lanjut. ikut arahan kat situ ya? saya tak buat langkah ni, sbb tu x nk explain lebey2~)

Dah pilih? orait. tekan ok. next~!

12) ok. skrg ni, kita akan pilih beberapa item yang sebenarnya tak berapa nak berguna (this is relative to personal usage actually.) ada byk section. tgk satu2. saya buka Drivers dulu.


Cth yang saya click, sperti IBM thinkpad, boleh dibuang. Display adapters (old) tu, klu anda gunakan notebook jenis lama, mgkn ada baiknya anda biar je. menda lain yang boleh dibuang mgkn juga logitech wingman dan microsoft sidewinders. dua ni adalah untuk joystick and gamepads. jgn buang klu anda gamer mcm saya (ces, main 3 game NFS pun nak kecoh~)


Anda boleh juga buang games microsoft yang simple2 tu, atas alasan yang sama. (Gamehouse lagi seronok main dari game microsoft ni pun :P )

pergi ke hardware support, boleh buang apa yang anda tak perlukan lagi untuk IT zaman kita. contohnya, Iomega Zip drive, Gravis-menatang-apentah, dan lain2. "Modem" jgn buang dulu. mgkn PDA anda memerlukannya.




Time to kill! buang semua menda dlm ni, kecuali keyboard layout yang anda biasa pakai. :)



yang lain, dlm bhg multimedia, anda boleh buang movie maker klu tak suka, media center, music samples. dlm operating system option plak, anda boleh buang search assistant dan juga Tour.

orait. huuu, byknya~. next~!

13)anda akan masuk ke Unattended. Di sini, ada beberapa tab yg agak penting gak la untuk anda tgk2.

cthnya, di General, untuk mudahkan hidup anda masa depan time nak install xp ni, anda boleh buang cd key (haa, percayalah, jgn x caya beb- caranya, biar kosong kat ruang tu)



anda juga boleh tetapkan setting regional and Language kat sini, so next time x yah susah2 nak cari tu semua.. leceh. yg lain anda boleh tgk2 sendiri. bg can la untuk anda explore sendiri. seronok~!

dah setel semua.. tekan next!

14) orait.
tekan "yes" jer. pastu tunggu smpi siap bhg ni.bg yang bujang, anda boleh pi ke dapur, buat air sedap2, layan blues sorang2 sambil tgk Nabil Lu Fikirla Sendiri kat youtube iPhone korang(klu ada time tu.rasanya korang tak layan sgt kut budak nabil tu..hihi). dlm 10 minit siap la ni. tunggu tau~

orait. nanti kuar img ni plak
mcm apa yang saya tulis kat situ, saiz tu relatif, ikut apa y anda tambah + buang.

Next!!

15)bila smpi page ni, anda dah pun berada pada stage 90%.
pegi ke "Mode". Anda boleh pilih untuk terus burn ke CD kalau dah ada Cd kosong dlm CD Writer anda. takpun, anda boleh create image and record later, klu anda nak pi sambung buat air yang da abis tadi.. hihi :)

di label, buh la nama yang anda rasa ok. Self Explanatory.

di information, memandangkan file installation xp slipstream ni ni cuma 500 lebih sket je, ada 200 Mb lagi space, yang anda boleh letak apa2. ikut anda la.. nk letak file bonus ke apa.. muzik ke.. gamba2 cun ke..

klu dah, tekan next.

16) untuk yang pilih create image di mode tadi, mula2 gamba ni...

then bila dah sudah ia akan jadi ni.



Orite! dah siap dah pun. tinggal nak ngeburn ke CD jer. siap!! :)

Kalau artikel ini berfaedah kepada anda, tinggalkan komen ya? Thanks! :)
Take Note!
*eksperimen ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit.
**support tidak disediakan. Jangan contact Microsoft untuk tanya anything berkaitan. :P
***Bagi yang malas menyiapkan semua ini, tapi mahukan cdxpsp3, boleh emailkan kepada saya alamat penghantaran di fahmi.mahat(at)gmail(dot)com, beserta slip pembayaran ke Maybank acc saya 151043978140 sebanyak RM 10 perCD. Boleh ler klu anda nk order lebih dari 5, saya bg 50% diskaun. Tp jgnlah sampai 100 keping. pengsan ler nak mengeburnnya :P (versi saya adalah versi Malaysia. sila tinggalkan requirement yang anda mahukan untuk regional n language setting, n keyboard layout)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header