03 December 2013

MATIC FEST 2013


MATIC FEST 2013

Aku datang ke sini atas ajakan dan pelawaannya. Mula-mula sampai, di area Saloma Bistro, aku tercari juga; kenapalah rasa macam tak ada sense of direction untuk ke sini? Patutlah tak ramai. (rupanya, dah hari kedua, memanglah tak ramai sangat orang yang datang.)

Asalnya, aku perlu jadi teammate untuk Treasure Hunt. (Ada hikmah aku tak sihat. Kalau tidak, bersaing juga aku dengan kawan-kawan blogger dulu)

Tapi kemudiannya,

02 December 2013

UMTAD: Untungnya Melihat Tabligh Antara Drama

UMTAD mungkin bukan naskhah terbaik dikeluarkan oleh Metrowealth. Serius.

Dalam kebisingan mulut yang skeptikal tentang hala tuju ana-enta filem seawal babak pertama, tak kurang juga mulut yang sangsi : perlukah diajak golongan kaki masjid dan kaki ceramah untuk menonton di pawagam.

Tapi, ini pendapat saya. Boleh pilih untuk bersetuju atau pun tidak.
Kenapa anda kena tengok dulu UMTAD ni?

16 June 2013

Lelaki Yang Besi

Lelaki yang diam,
Dalam diamnya dia teguh,
Pada satu tekad yang amat,
Dalam mata cerun yang membulat,
Azam tak pernah luntur,
Meneruskan juang semangat,

Tegakkan kebenaran
Sebarkan kebaikan
Pegang pancang hidup
itulah azimat

Biar dibenci namun tetap kuat
Selagi ampuh belikat

Bertahan lelaki besi
Agar generasi terus selamat
Dalam manfaat, salaam dan rahmat.

Buat men of steel,  dalam famili Haji Mahat
sempena Hari Bapa, 2013
15.06.2013

28 May 2013

Furious 6 : Garang Enam Kali


Kalau dulu Cakap Laju-laju 5 kali (Fast Five), sekarang jadi lah Garang Enam kali #motiff

Furious 6.

Yang Sebenarnya, Furious6 adalah nama manja untuk Fast Furious Franchise yang terbaru, lakonan, sub-arahan oleh vin Diesel dan Arahan Utama Justin Lin ni. Tapi anda semua mesti dah tahu semua perkara ni, terutamanya kipas susah mati Fast Furious.

(apa yang Best tentang Furious 6 kali ni, Fahmi?)

17 May 2013

Quran dan Games


Jika Dunia adalah Permainan, maka sampai ke "Hari yang Akhir" dengan points terkumpul yang banyak adalah misi nya.

Dalam Quran banyak menyebut tentang sifat dunia. Antara sifat dunia yang jelas disebut adalah mengenai lahwun dan la'ibun.

Dan banyak juga yang disambung selepas ayat berkaitan sifat tersebut, adalah sifat akhirat sebagai sebaik-baik kehidupan, jika kita mendalaminya.

Jika ia cuba dikaitkan dengan apa yang saya dalami waktu dalam pengajian, permainan, atau Games, memiliki beberapa ciri penting yang mampu kita kaitkan dengan isu dalam Quran tadi.


09 May 2013

Pasca PRU13 Top 5



FM TOP 5: Lima Benda yang Anda tak Perlu Buat Waktu Mengundi


#5: SALAM SEMUA WAKIL SPR DALAM BILIK MENGUNDI
 SPRman tu semua tengah buat kerja... Kesian dorang nak salam awak pulak.Karang terganggu, hilang fokus, dah rosak list nama. Haha

#4: AMBIL GAMBAR DENGAN POLIS KAT LUAR BILIK MENGUNDI Dengan polis pun kau nak ambil gambar? Gila fotonista betul laaa~!1 :D

26 April 2013

Iron Man 3: Bukan lagi Lelaki Seterika



Jika Iron Man 3 adalah Lelaki Seterika, sequel ketiga nya memang harus dipuji. (Kenapa, Fahmi?)


1) "Seterikanya" kali ini bukan saja 2, tapi dua belas!
Sut Iron Man kali ini dengan sistem drone adaptasi dari idea Whiplash kali ini bakal buat adrenalin anda terpacu dan pening lalatkan mata anda.  

2) Tarikannya menyebabkan server MBOCinemas.com dan GSC.com.my jadi sangat lagging
Server mereka mungkin sedang alami pekara yang sama macam dalam keadaan MalaysiaKini tahun 2008. Harap kali ini 5 Mei sampai 12 Mei, MalaysiaKini ambil iktibar. :D

3) Effect dan Konsep Jalan Cerita yang lain dari lain
Sistem Saraf Parasimpatetik Manusia dan Konsep Persenjataan adalah satu konsep yang belum betul-betul diterokai dalam arena persenjataan manusia. Kalau betis batang pinang yang dibidas Hang Nadim dulu tu lain ceritalah... Visual Effect jangan cerita. Konfirm awesome gila!

4) Arahan yang Berani Meng'koma'kan Watak
Err... yang ni tak boleh komen banyak sangat. Nanti tak surprise.

5) Bila Iron Man jadi Iron Lady..
Ni pun tak boleh komen banyak... Tengok baru tahu :D

Amacam, teruja? Jom tengok!

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

08 April 2013

Jalan Keluar

Tidak ada jalan keluar yang benar-benar senang.
Semua datang dengan harga tersendiri.

Andai kita mampu dan sanggup, dan rela bayar harganya, barulah ia jadi benar-benar 'jalan keluar'.

Dan sebaik-baik jalan keluar adalah dengan jalan taqwa. Sebab itulah ia sampai jadi doa dengan nama "ayat seribu dinar".

Kerana seribu dinar, pada zaman Nabi dahulu, mungkin bersamaan dengan satu jumlah yang sangat banyak, andai dibawa dalam poket pada zaman ini. Rm5000 ringgit mungkin belum cukup banyak.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header