3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label bermain di fikiran. Show all posts
Showing posts with label bermain di fikiran. Show all posts

08 January 2014

Counter Ramalan Siber 2014

Ngantuk tapi tak mahu tidur. Jadi inilah entri yang ditulis dalam keadaan otak yang bersimpang siur.~ :D

Dari Ramalan Siber 2014 seperti yang ditulis Afiq Hanif dalam kolum Sinar Harian hari ini, , Ramalan Siber Balasannya adalah:

1) Penjualan Antivirus yang lebih simple tapi power untuk komputer akan meningkat. Makin ramai orang yang akan jual antivirus, berleluasa. Key kaspersky juga mungkin akan naik harga.

Kenapa? Masih kedapatan lagi komputer di bahagian pengurusan awam mahupun swasta yang masih menggunakan windows XP. Disebabkan Microsoft menghentikan sokongan (dari segi add-in, troubleshooting) kepada Windows XP pada April 2014, maka pilihan yang ada untuk komputer2 sezen (seasoned) ini adaah untuk upgrade ke Windows 8 atau tukar antivirus. 

Di seluruh dunia, bukan saja di Malaysia okay? (okay, segala towkey kedai software dan repair laptop, silalah mengambil peluang keemasan untuk jual windows 7 OEM anda yang tak habis lagi tu)

Kenapa?
2) Penggodam akan lebih tertarik untuk menyerang, apabila banyak komputer masih usang ini, beroperasi dalam Standard Operating Procedure awam dan swasta... lebih lebih lagi dalam bahagian Kementerian dan Kehakiman Penting. 

3) Pasaran Apps dan Google Play Store akan jadi lebih menarik. Walaupun umum tahu makin banyak item dalam kedua-dua shop ini yang terdedah pada serangan, tapi, secara tak langsung, apps akan bertambah kualiti apabila mereka boleh naikkan update yang anti kepada serangan2 ini.

4) Peluang untuk banyak bisnes berbentuk pencegahan akan boom. :D yah, masuk tender, masuk tender gomen jom! 

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 January 2014

Trending

Suatu yang trending belum tentu kekal.
Suatu yang trending belum tentu betul.

Paling penting, suatu yang trending belum tentu tiada agenda tersendiri.

Namun, apa yang dilihat orang, tentunya, adalah apa yang mahu dlihatnya.

The mind see what it wants to see.


Minda kita lihat apa yang ia benar-benar mahu lihat. Faham apa yang ia benar-benar mahu faham. Ambil berat apa yang ia benar-benar rasa relevan.

Itu memang sifat minda. 
Bahkan dalam masyarakat kita, berapa banyak jenis minda yang ada, yang bertindak balas dengan
trending baru ini?

17 May 2013

Quran dan Games


Jika Dunia adalah Permainan, maka sampai ke "Hari yang Akhir" dengan points terkumpul yang banyak adalah misi nya.

Dalam Quran banyak menyebut tentang sifat dunia. Antara sifat dunia yang jelas disebut adalah mengenai lahwun dan la'ibun.

Dan banyak juga yang disambung selepas ayat berkaitan sifat tersebut, adalah sifat akhirat sebagai sebaik-baik kehidupan, jika kita mendalaminya.

Jika ia cuba dikaitkan dengan apa yang saya dalami waktu dalam pengajian, permainan, atau Games, memiliki beberapa ciri penting yang mampu kita kaitkan dengan isu dalam Quran tadi.


09 May 2013

Pasca PRU13 Top 5



FM TOP 5: Lima Benda yang Anda tak Perlu Buat Waktu Mengundi


#5: SALAM SEMUA WAKIL SPR DALAM BILIK MENGUNDI
 SPRman tu semua tengah buat kerja... Kesian dorang nak salam awak pulak.Karang terganggu, hilang fokus, dah rosak list nama. Haha

#4: AMBIL GAMBAR DENGAN POLIS KAT LUAR BILIK MENGUNDI Dengan polis pun kau nak ambil gambar? Gila fotonista betul laaa~!1 :D

12 October 2011

Artifak II: Wordy Wednesday


Disebabkan wordless Wednesday agak sukar bagi  orangyang suka merepek  berkongsi cerita, saya kongsikan gambar ini pada anda dengan penerangan lebih kurang.

Ini adalah 'batu bersurat' so called, yang dijumpai di sebuah kawasan di Jepun. Bertempat di lokasi kepulauan Okinawa, yang pernah saya sebutkan dalam entri saya tentang Kepulauan Okinawa Jepun Melayu,   tulisan ini adalah tulisan yang bukan berasal dari tulisan Jepun. Sebaliknya, tulisan ini dikatakan mirip kepada tulisan Rencong. (sounds familiar?)

Tulisan rencong dikatakan adalah tulisan asal Tamadun Melayu kita, sebelum datangnya Islam yang kemudiannya mengubah kita menjadi pengappresiasi tulisan Jawi dan Kawa, (yang kemudiannya menjadi tulisan Rumi..)


Setelah saya dapatkan salinan huruf rencong yang asal, dan cuba terjemahkan, saya cuma mampu eja yang ini.


gah - wa - pa - wa (ba)- la - ga -ra   
Boleh tolong susunkan untuk jadikan ayat bermakna?  
Gah Pa Bala Gara(2)? (Hebatnya Bala, Gara-gara..?)

Di sebelah hujung kanan gambar itu, terdapat rajah yang saya percaya kita namakan sebagai gundal, dalam Matematik mudah darjah 3 ke 4, (waktu saya belajar dulu)

Gundal ini berfungsi sebagai pengelompok pemudah kira.

Dari gambar itu, saya lihat, ada dua gundal tujuh, yang lengkap, dan satu gundal lagi yang tidak lengkap. Dengan mengandaikan kiraan tujuh sebagai satu minggu yang lengkap, gundal ini mungkin memberi maksud 18 hari.

Dan juga ada lukisan seolah masjid berkubah yang terapung, di bawa oleh mahkluk yang seakan-akan ini:



Dan di sebelah kiri lukisan 'masjid' ini pula, seolah makhluk lain yang  terkurung dalam kurungan.







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 September 2011

Bukan Tentang Kucing, Serius!

Kredit buat Blog Kucing
Kadang-kadang kita tak tahu bila kita akan sebetulnya sedar, apa yang kita fikirkan, dengan siapa kita luahkan rasa, dengan siapa kita selalau pertikaikan keadaan dan kata-kata.

Mungkin kita akan rasa dalam hati. Atau fikir di minda.

Betapa kita rasa banyak saja perkara yang tidak kena dalam hidup kita.

Tapi semua itu, kita yang pilih untuk rasakan.

Di setiap situasi, kita ternyata ada pilihan, ' Untuk rasakan semua itu, atau pun pilih untuk buat tak tahu. buat tak faham.

Kita mampu pilih, sebab kita ada kuasa memilih. Kita ada kuasa kehendak. Kita ada kuasa  berfikir.

Tapi kita harus juga, (dan dalam banyak keadaan) MESTI juga sedari, apabila kita memilih pilihan itu, kita tidak berhak untuk mengawal kesan yang berlaku pada diri kita.

Untuk setiap pilhan yang kita pilih, kita perlu ada rasa tanggungjawab, dan keberanian untuk memilih.

Dan dengan beraninya mampu berkata, "yes, aku telah pilih, dan aku akan jalani akibat@kesan daripilihan tadi."

Contoh mudah.

Usai berbuka puasa, kita lihat makanan yang lebih di atas meja. Kita tahu di luar ada kucing yang mengiau-ngiau sejak awal maghrib tadi.

Kita boleh pilih untuk kumpulkan makanan tadi, gaulkan dengan nasi lebihan, taburkan dengan sedikit kicap, letakkan di atas suratkhabar, dan suakan pada kucing-kucing tadi.

Atau, kita juga boleh pilih untuk, masukkan semua baki tadi ke dalam plastik sampah, dan teruskan langkah ke garbage bin.

Dalam pilihan tadi, kita juga harus rasakan tanggungjawab untuk pilihan-pilihan tersebut.Kenapa?

Kerana, jika kita pilih untuk beri makanan pada kucing tadi, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk membersihkan sisa dan tempat makan kucing... juga 'sisa' yang ditinggalkan selepas ia makan.

Sanggup basuh najis kucing setiap hari, hanya kerana kemahuan kita untuk tidak mahu membazir? Jika sanggup, teruskanlah niat untuk mengenyangkan mahluk Allah itu.

Jika kita pilih untuk menyimpan makanan tadi dalam plastik sampah, kita juga ada perlu rasa tanggungjawab untuk buang sampah dengan cepat ke dalam garbage bin untuk elakkan makanan tadi berbau.... dan berdepan tanggungjawab di akhirat dengan soalan "kenapa kau bazirkan makanan itu dan tak bagi pada kucing yang mengiau minta dihulurkan makanan?" dan seterusnya jawapan untuk tanggungan yang bakal menghalang anda dari masuk syurga.

'"Sesungguhnya hambaKu masuk ke SyurgaKu dengan rahmatKu' excerption dari sepotong Hadith Qudsi.

Jika anda rasa rahmat Allah itu anda bakal peroleh dengan cara lain, selain dari mengenyangkan kucing-kucing tadi, (merapatkan silaturrahim,  bersedekah, bertukar2 hadiah, menolong orang lain dalam kesusahan), go on, buanglah makanan itu.

Contoh tamat.






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

30 May 2011

Disunfriendable

Disunfriendable,
you're disunfriendable,
sharing all the smiles,
shouldering the cry,

disunfriendable,
you're disunfriendable,
even when you dont,
you dont think like I do,

cause what you've made me,
achieving more today,
believing in my way,
soaring up above the sky,

you're disunfriendable,
and you're disunfriendable.

undeniable,
such undeniable,
regardless of the things we do,
reminds me of you.


unmistakable,
you're unmistakable,
when most the word you say,
you've made me feel this way.

cause what you've made me,
achieving more today,
believing in my way,
soaring up above the sky,


you're disunfriendable,
undeniable,
truly disunfriendable.

Entri Respon untuk tweet dari someone yang bcerita tentang Friend dan Unfriend di Facebook. iaitu Syed Hakim Graphix. Hahah  =)

p/s: Specially made, buat semua kawan2 yang sangat bermakna dalam diri saya buat masa ni. Ramai. Antaranya Penyu, Aliaa, Yana, KureHensem, Anis, Kyerol. Termasuk Geng2 SB , BP juga =)

29 May 2011

Amendelah 2 : Man U kan Selalu Nak Menang ajek

Bila kita sedar hakikat bahawa, apa pun yang terjadi pada kita, sebagai manusia Muslim, kita semua ini 'sudah ditentukan', dan kita redha, bersyukur dan belajar dari sisa hidup... apa yang akan kita respon, kalau dikatakan, semua, lumba kereta, lumba basikal, basketball, badminton, wrestling, termasuk  match bola sepak Man U - Barca tadi SUDAH DITENTUKAN?


Kalau tak ditentukan, macammana industri bookie nak cari makan? Ngee~
Apapun, kalau dah percaya sbaliknya, terpulanglah. =)

Amendelah: LYNAS dan Ryan Whateva

Antara membeli gula2 cerita berjenama LYNAS dan minum secawan kopi berjenama KAPAL API KARAM (LAGI 4 BULAN expired kot), aku hanya nampak mulut yang berapi dan minda yang membuta tuli. Haruskah begitu?


LYNAS : Baca lagi di Sini, Sini dan Sini.

Rasa macam sangat lama tak introspect (muhasabah diri) tentang kuasa yang kita ada dalam menentukan apa yang orang sekelling kita terima atau tidak. (Baca: Bakal terima).

Nak baca lagi?
Betul ni? Panjang tau entri lepas ni... tak kisah ke?
Betul nak baca lagi? Okay, you asked what you asked for. Jemput baca =)

25 May 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak Musim 1?




Tanah Runtuh di Malaysia. (Kasihan remaja anak  yatim tahfiz ini. namun Allah Maha Menyayangi mereka)
Debu gunung berapi (sekali lagi?) di Europe.

Gempa Bumi tak lama lagi di Iran.

Tsunami micro di Jepun.

HAARPed? You bet. Dan kita semua sedang seronok2 guling2 tengok Sepah sepah2kan tembikai kuning atas pentas dengan kaki terhiris oo-em-jay,oo-em-jay, dan berharap gila mereka jadi Maharaja Lawak Musim 1.

Sampai sanggup google dan tengok sapa yang sedang buat prediction tentang Maharaja Lawak Musim 1 punya juara?

Ironik, kan? Dalam pada kita melatah isu Allah , kristian, islam agama rasmi, do we even care about what we are thinking,watching or doing right now? :) (dan sedarkah kita actually isu Kristian - Allah - Islam ini juga dimunculkan sebelum pilihanraya? dah dua kali jadi macam ni, perasan tak?Haa, jangan nak buat muka terkejut hehe )

Tak, tak. Saya tak akan bajet maksum atau baik pun, sebab saya pun bila stress, duk cari gak bahan2 untuk dibuat gelak. :)

Cumanya.. saya fikir. Sekarang macam ni.

Kemudian, apa?

Harga minyak naik perlahan2. Duit gaji praktikal + jumlah total income menaik, namun kuasa membeli menjadi kecil.

Sama ada saya memang sedang dalam mode skeptikal, atau saya sedang menipu diri sendiri, saya tak mampu lari dari rasa tanda tanya.

Dan juga rasa ingin kita semua sedar.

Bahawa semakin banyak movie dikeluarkan di pawagam, semakin banyak isu2 dalam dan luar negara yang membabitkan perubahan geo-structure bumi, semakin banyak isu2 yang dipolemikkan, sedarkanlah diri kita bahawa..

23 May 2011

Menegur: Antara Teknik Dan Taktik


Dalam 4 hari ni, saya rasakan, antara isu yang best berlegar2 sekitar blogosphere tentulah 2 Perkara kan?

1) Pirates of Carribean
2) Nur Kasih the Movie

tapi dengan tak disangka2, muncul lagi 1 perkara kesan kemunculan Nur Kasih the Movie. Apa dia? Rasanya dah ramai yang tahu, cuma mungkin saya yang lambat fikir dan respon..

3)isu pelakon Nur Kasih (kita pendekkan TZ,) dan rakan seblog kita, solihinzubir.com (kita pendekkan SZ, eh, lebih kurang lak nama mereka).


29 April 2011

Artifak I: Ruins of Okinawa dalam Pokemon

Puing kota dasar laut Okinawa dalam imaginasi Satoshi Sajiri

 
Kepulauan Okinawa di Jepun menjanjikan satu premis baru bagi  mereka yang masih belum mampu menerima hakikat bahawa Melayu bukanlah sekadar bangsa yang tidak suka berkongsi negara.

Bukan juga bangsa yang hanya mampu menahan sabar di hadapan bermuka2 tapi bising2 di belakang apabila
berlakunya celaka dan musibah.

hakikatnya, Melayu mungkin memiliki alter yang tidak suka berkongsi negara, dari moyang2 terdahulu mereka. Mungkin saja, sebab Melayu  bukan saja memiliki negara tetapi juga memiliki daya juang menguasai dan membebaskan negara lain dari kuasa-kuasa yang lemah.

Berbalik pada penemuan piramid di kepulauan Okinawa.

23 April 2011

Andainya


Andai kita berbual tentang cinta, siapa yang berbual tentang impian?
Andai kita marah keana cemburu, siapa yang marah kerana rasa ingin ambil tahu dan ambil berat?
Andai kita sibuk dengan kerja, siapa yang sibuk fikirkan tentang kita?
Andai kita tidak suka kan dia, siapa yang tahu kita lebih ramai yang tidak suka?

24 March 2011

Entri Hari Ini

Pejamkan matamu dan tidur
kerana esok berkata-kata
usahlah engkau selalu risaukan
apa yang engkau akan updatekan
kita baca,
selagi kau masih Belogger

membaca, terbaca, tersuka
mereka semua berkata-kata
update lah apa saja yang kau inginkan
kerana ini belog mu saja semata-mata
kuharap kau masih percaya

uuuuuu....
Updatelah apa saja yang kau inginkan
buatlah contest, review-review, semata-mata,
asalkan kau masih percaya


semua adalah sumber entrimu,
minda belogmu maintain muda bukan mentah,
ku harap kau masih percaya


selama ini..
selama ini..
selama ini...

spoof cover of Aizat Sg Lui
by FahmiMahat


Moral : Update je pape, orang still akan ada baca. Yang penting, keep the good name, keep up the good work. keep up with good contents. SEO content Melayu masih kurang. Never give up~

18 March 2011

Design : Renungan Untuk Dikongsi

Click untuk besarkan lagi, sbb takut kalau besar , loading, reader lari =)

Bila berkarya grafik, antara perkara yang kita perlu renung2kan , mungkin fikir2kan, adalah :

16 March 2011

Realiti sebuah Realiti Show

Perasan atau tak,bila seseorang memenangi AF atau mana2 TV realiti, johannya tak ke mana2 sangat pun selepas dua tahun.

Belum percaya?  cuba tengok ni:

OIAM
pemenang : Suki, 
first runner up : Faizal Tahir (FT)


AF (tanpa ikut urutan)
pemenang pertama Zahid, Mawi
first runner, atau runner yang bawah2 : Aizat Amdan, Vokalis Estranged,

fikirkan2 sendiri. Bila dah bersedia, boleh terus membaca sama2. Ready?

04 March 2011

Takut dan Cinta

Khutbah Jumaat semakin lama semakin lambat habis.

Alhamdulillah lah, khutbahnya makin menarik. =)

So, khutbah hari citer apa ya?

Entri Pendek (Endek) 2010/11

Siapa yang rasa jadi cantik dan kacak tu menguntungkan byk aspek, dan jeles dgn orang yg lebih ber'rupa', kajian psikologist menunjukkan orang yang rupa bese2 je lebih ramai yang berpuas hati dan gembira dengan hidup ~ Allah Maha Adil kan?

p/:s: Entry paling pendek rasanya setakat  ni. Tapi belum  boleh kalahkan beliau ni lagi. Ringkas dan padat. Sangat amazed =)

p/p/s: Bila orang hebat SB approve friendlist baru, rasa tak boleh tidur pun datang. (Kalau Atuk kalau dengar ni dia akan kata ini justifikasi medongkrong. Bukan tak boleh tidur, tapi mengada2 tak nak pejam mata) 

02 July 2010

Polemik yang tak Isometrik

Semua perkara yang jadi sekeliling ada agenda. Agenda yang tak berfikiran panjang, rata-ratanya.

1)Tukar UPSR and PMR kepada talent search sebab program Permata-what-so-ever dikecam gagal capai objektif.

Jadi, untuk tunjukkan ia benar2 mampu capai objektif, perlukan program yang long term based.

Dan sebagai langkah antara yang terbaik boleh difikirkan oleh thinktank (tingtong je lebih), rombak UPSR dan PMR.

Selepas beberapa bulan jek PPSMI dibatalkan dan berabis berapa juta daripada Rancangan Malaysia untuk re-create sistem, batalkan lak lah peperiksaan yang sangat affected dgn proses pemansuhan PPSMI nih.

2)alihkan perhatian kepada kes Anwar (sekali lagi?) untuk cover cerita tentang Polis, tentang Kerajaan... tentang pembinaan istana baru?

Aduilah.

Gali lubang tutup lubang daa. Polemik yang tak isometrik langsung.

Kesopanan dan kesusilaan? Sopan ke buat kes bersumpah main2?

Keluhuran perlembagaan?
Tang mana luhurnya kalau dah keputusan mahkamah tak dihormati.

Kedaulatan undang-undang?
No more comment. Action speaks louder than words, don't they?.

Kepercayaan kepada raja dan negara?
Macamana nak percaya raja yang diam and boneka-ed.. kesian dorang.

Mana?

Kalau nak ikut rukunegara pun dah leh fail, tak yah lah berusaha sangat nak tegakkan satu Malaysia..

16 August 2009

PGG Outdoor: Bowling di Selayang Mall

Menjatuhkan bowling pin adalah suatu yang menggembirakan. Tetapi apa yang lebih menggembirakan adalah perasaan yang dirasai bila kita berhasil membantu kawan membina skill jatuhan pin bowling yang lebih baik, seterusnya membantu dia membina keyakinan dan potensi dirinya.


Itulah makna bowling bagi saya, hari ini. :)

Bowling sebagai Outdoor Game
Grup berempat vs grup berempat di sebelah kanan. Memang mengujakan, tiap kali sorakan diajukan kepada setiap bowler. Lagi-lagi bila bowler tersebut spare. Kalau Strike lagi la kuat sorakannya. "Kalau longkang?" Hm, ia tak jadi sorakan, tetapi saranan agar "try and error" untuk jatuhan pin akan diteruskan.

Bowling sebagai Ice Breaking
Berkenalan dengan ahli kumpulan, saya memerhatikan beberapa perkara sama yang berlaku dalam grup saya dan grup di sebelah. Tanpa bias kepada sesiapa, saya cuba mengaplikasikan coaching skills untuk mengelakkan konflik "nak enjoy dgn member tapi tak nak segan sangat bila tak capai target". Ice breaking dicipta melalui positive reinforcement bagi menggalakkan skil jatuhan dicapai step by step. Contohnya: vocal gestures, tepukan semangat, dan juga sekadar senyuman ringkas. :)

Bowling sebagai Terapi
Bowling menjadi salah satu medium untuk "exit" perasaan negatif. Bayangkan bola bowling di tangan adalah masalah, dan lontarkan ia sejauh mungkin. Fokuskan bahawa pin2 yang sepuluh itu adalah "grinder" untuk perasaan tadi. Siapa tahu anda boleh strike lebih baik dengan cara ini.

Bowling sebagai Networking Skills
Bowling mampu menghubungkan dua manusia yang tidak berapa rapat antara satu sama lain, melalui teknik sorakan, dan positive reinforcement, galakan untuk skil jatuhan pin yang lebih baik.
Bagi yang telah saling mengenali, bowling adalah antara medan terbaik bagi menambah keakraban dan kesalingfahaman.
Bowling juga adalah antara peluang terbaik bagi kita sebagai fasilitator, bagi mengenalpasti kelebihan dan kekurangan kelompok sasaran yang boleh ditransformasikan menjadi potensi ke arah keyakinan diri yang lebih baik.

In a nutshell,
16.08.09, PGG 28 BATCH OUTDOOR:Bowling. Bukan sekadar bowling. ;)

p/s: tahniah kepada korang yang dapat hamper. Wah2, ada yang sampai dapat hamper dua kali. ;)

p/p/s: cik Noni, tahniah untuk improvement anda!~ Begitu juga untuk rakan segrup saya, Ainul dan Meha. Don't give up tau :) Farid, awesome curvy strike! :D

p/p/p/s: Adam, kita share no 7 sama ekk.. ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header