05 January 2014

Trending

Suatu yang trending belum tentu kekal.
Suatu yang trending belum tentu betul.

Paling penting, suatu yang trending belum tentu tiada agenda tersendiri.

Namun, apa yang dilihat orang, tentunya, adalah apa yang mahu dlihatnya.

The mind see what it wants to see.


Minda kita lihat apa yang ia benar-benar mahu lihat. Faham apa yang ia benar-benar mahu faham. Ambil berat apa yang ia benar-benar rasa relevan.

Itu memang sifat minda. 
Bahkan dalam masyarakat kita, berapa banyak jenis minda yang ada, yang bertindak balas dengan
trending baru ini?


Tidak pula saya katakan ia salah. Hanya yang saya pentingkan, adalah, :-

1) berapa ramai yang mahu menanggalkan kaca mata prejudis sebelum benar-benar 'melihat'
2) dari jumlah (1), berapa ramai pula yang sudi memahami paradigma yang lain dari apa yang mereka biasa terima?
3) dari jumlah (2) pula, berapa ramai bakinya yang akan bertindak dari apa yang telah mereka pelajari?

Isu praktikal, legaliti, parodi, jangan pula diabai. Sebab yang trending itu biasanya memang praktikal, sah, dan mampu jadi parodi.

Nak buat macamana. Kita hidup dalam zaman parodi lebih penting dari isu pokok.  Typo, misconception, itu semua akan diparodikan, dan diulang-cetak atau diulang-tayang, sampai semua kita lupa isu sebenar.

isu Shiah, (dan Benz Ali juga akan menyusul- siapa suruh muncul pada masa yang salah?), antaranya, adalah yang bakal diparodikan untuk melarikan kita dari isu sebenar. Saban 5 tahun sekali, sekurang-kurangnya setiap tahun pertama dan terakhir sebelum PRU, pelbagai isu akan dipolemikkan.

Tapi inilah trending. Sebab yang trending itu kan disukai. #sinis

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails