3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

17 May 2013

Quran dan Games


Jika Dunia adalah Permainan, maka sampai ke "Hari yang Akhir" dengan points terkumpul yang banyak adalah misi nya.

Dalam Quran banyak menyebut tentang sifat dunia. Antara sifat dunia yang jelas disebut adalah mengenai lahwun dan la'ibun.

Dan banyak juga yang disambung selepas ayat berkaitan sifat tersebut, adalah sifat akhirat sebagai sebaik-baik kehidupan, jika kita mendalaminya.

Jika ia cuba dikaitkan dengan apa yang saya dalami waktu dalam pengajian, permainan, atau Games, memiliki beberapa ciri penting yang mampu kita kaitkan dengan isu dalam Quran tadi.


09 May 2013

Pasca PRU13 Top 5



FM TOP 5: Lima Benda yang Anda tak Perlu Buat Waktu Mengundi


#5: SALAM SEMUA WAKIL SPR DALAM BILIK MENGUNDI
 SPRman tu semua tengah buat kerja... Kesian dorang nak salam awak pulak.Karang terganggu, hilang fokus, dah rosak list nama. Haha

#4: AMBIL GAMBAR DENGAN POLIS KAT LUAR BILIK MENGUNDI Dengan polis pun kau nak ambil gambar? Gila fotonista betul laaa~!1 :D

01 March 2012

Yang melayang-layang

Salam alaikum readers semua =)

Layang-layang mungkin dah tak begitu asing di kalangan kita. Mungkin sahaja ada yang membesar dengan memori layang-layang bersama kawan dan yang tersayang.

Apa yang saya particularkan di sini adalah layang-layang dan applikasi vektor dalam permainannya. Tak, tak.. ini bukan cerita Vector images. :D

Jika anda ingat ,dalam Math Mod (Matematik Moden) tingkatan 5, ada satu bab melibatkan Vektor Paduan. (apakah itu Vektor Paduan, Fahmi?)Jom kita refresh!

26 February 2012

Menteri yang Saya Kagumi

Menteri Malaysia (dan mantannya) yang saya kagumi, tidak ramai. (perlu ke buat Segmen untuk Kenali Menteri Anda? Anda nak join? Nak ke? ;)   )

Namun, antaranya yang masih saya ingat tentunya yang bernama Sanusi Junid, Samy Vellu, Mahathir, dan Daim.

Sanusi Junid saya minati kerana pengamatannnya, juga kata-katanya yang berisi, dan tempat tak menyasar ke tempat lain.

Lawak sinis tapi bermaknanya tentang duit dan nilai tertentunya dalam Malaysia, (boleh lihat di link ini, atau turun ke bawah page ini), dan kebanyakan ceramahnya ketika beliau menjadi Penasihat UIAM, dari Matrik hinggalah pada tahun 2008 beliau disingkirkan secara terhormat dari Board UIAM, menampakkan beliau adalah pemimpin yang berfikir.

Samy Vellu, saya sukai kerana lawaknya yang , kadang tak kena tempat, namun memang lawak-luar-kotak.
Antara lawak saya masih ingat tentang kemahuannya membantu menyenangkan rakyat sewaktu beliau terlibat dalam JKR. "Kalau tak ada jambatan, kita bina jambatan. " "Kalau tak ada sungai (untuk buat jambatan, ) kita binalah sungai!"


Tun Mahathir saya kagumi kerana keberaniannya menyuarakan pendapat, kepekaannya membaca trend, membayangkan dan menjanakan visi jadi nyata. Malay Dilemma, (Versi B. Melayu) adalah antara buku yang saya sempat hadamkan waktu darjah 4, dan saya pegang banyak maklmat dan katanya. 

Cuma, legasinya yang tidak bgitu dipegang ke akhir tenure warisannya, sahaja, yang jadi masalah.

Daim? Saya suka Daim kerana beliau kritikal tentang sosiologi Melayu dan kuasa ekonomi.
Contoh buku? Haha. Utusan Melayu punya Arkib kolum tulisan beliau. Anda boleh Google dan langgan arkib Utusan untuk RM5 seminggu, bukalah sampai muntah. :P



Adakah anda pelik kenapa semua menteri tak ada yang dari Pakatan? Ops, sila jangan spekulatif di sini ya.. kita mengkagumi pemikiran dan personalitinya, kerana itu adalah preference kita. Namun secara kolektif, semua orang tentunya mahukan yang terbaik dalam hidup. ;)

Kata2 Sanusi Junid , lebih kurang seperti ini:
Nak tahu apa nilai RM kita ?
Lihat di belakang RM1, kita akan nampak Tugu Negara. Inilah harga pengorbanan mereka yang mempertahankan negara kita satu  masa dulu.
Di belakang RM5, kita akan nampak gambar Istana. Inilah nilai Penghargaan pada Institusi Beraja Melayu.
Di belakang RM10, kita akan nampak gambar Pengangkutan Malaysia. Inilah Nilai Sistem Pengangkutan Awam dan Domestik Malaysia.
Di belakang RM20, kita akan lihat gambar Bank Negara Malaysia, dan inilah harga ekonomi Malaysia.
Di belakang Wang RM50 pula terdapat gambar Muzium Negara: Harga sejarah dan warisan kita. Di Di belakang wang RM100 yang selalu ada dalam MoneyDrop tu, ada apa? Yup, ada gambar Masjid Negara. Ini nilai agama Islam.
Di belakang wang RM500 kita akan nampak gambar Mahkamah Tinggi. Inilah pula harga keadilan di negara ini.
Pada wang kertas RM1,000 , akan anda lihat dengan jelas gambar Parlimen. Dan inilah "harga politik, harganya cukup mahal,” -Sanusi Junid.

Sekarang anda bentangkan ikut hierarki, dan anda akan nampak , nilai kuasa dalam Malaysia bersangkut paut dengan kuasa Ringgit Anda. ;)









Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Badminton Sebagai Terapi

Video Badminton yang agak Menarik. Kurang kaitan dengan keseluruhan Entry. :P
Badminton, seperti bowling dan Karaoke, boleh menjadi satu terapi dan pengurus tekanan yang baik bagi lelaki. Namun keberkesanan terapi sukan aktif sepeti badminton lebih spesifik, jika ia mampu dihubungkan dengan matlamat permainan tersebut.

(macamana tu, Fahmi?)

14 February 2012

Karaoke Terapi Mudah Bhg II

Karaoke Dengan Mic Oldschool
Kita telah pun tahu kenapa Karaoke sebagai terapi mudah, mampu memberi kesan terapi yang agak baik kepada lelaki  dan wanita, perseorangan mahupun double berkumpulan.

Di akhir entrynya, saya ada mention kenapa terapi yang baik secara tuntas , atau kolektifnya, bukanlah Karaoke, tapi suatu yang lebih bersifat inside-out, atau, terapi yang menguatkan dalaman kita, yang mencapah ke luar. (Anda ada perasan yang itu?)


terapi yang baik, adalah terapi yang menghasilkan perubahan pada cara pemikiran yang mendasarkan kepada punca penyelesaian tekanan.

terapi yang baik, adalah terapi yang membolehkan kita memahami kenapa tekanan itu datang pada kita dalam bentuk yang 'itu', seolah-olah kita tiada pilihan lain melainkan berhadapan dengan tekanan itu.

13 February 2012

Karaoke Terapi Mudah


Seperti Bowling yang menghasilkan terapi jenis psikomotor yang baik untuk OKU autism, kali ini saya cuba ulaskan Karaoke sebagai bentuk terapi berbayar yang mampu mencapai objektif terapinya: membantu meningkatkan upaya manusia untuk mengawal diri dan melawan tekanan.

(Apa tu, Fahmi?)

Nak Tahu?

10 February 2012

Pengaruh Vanilla Coklat Bhg I

Siapa kata Vanilla Coklat tak cukup bagus untuk galakkan dewasa Muslim nikah awal dan bina kehidupan + citra cinta lebih baik lepas kahwin, mai tengok pengiraan gambar ni :D

Klik Untuk Tumbesaran
Jumlah : RM5522.50
Nilai Sebenar : Tak Ternilai  ^^








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

03 February 2012

Cerita Blog dan Google Panda : II

 Assalamualaikum semua. Err.. ada siapa yang midnight movie malam tadi tengok cerita Chronicles? Best ? =)

Jom, kita baca lagi sambungan entry tentang blog dan Google Panda.

Mungkin anda notice dalam dua tiga hari ini, rank Google atau Alexa anda tiba-tiba naik. Ini mungkin disebabkan update terbaru Google  Panda 2.3 yang 'memulangkan' aliran trafik anda, (harapnya berkekalan lebih lama)ketika mana algorithm pertamanya dicipta pada Febuary tahun lepas.

Jika  hari-hari biasa anda dalam blogging dipenuh dengan cerita sendiri, lebih banyak dari cerita tentang orang lain, atau ulasan tentang produk, berita dan movie tertentu, Google Panda tetap ada solusi untuk anda.

Dalam cara ini, anda boleh plusOnekan entri  anda, jika anda selalu mention tempat yang anda biasa hang out setiap minggu. Anda juga boleh plusOnekan entri anda bila anda jumpa orang yang kelas Public Figure (bahasa blogger, Retis). Anda juga boleh plusOnekan entri bila anda tonton movie bersama best friend anda.

Ini semua akan membantu anda lebih disukai Panda.

(Kenapa, Fahmi?)

02 February 2012

Cerita Blog dan Google Panda

Rentetan dari isu Blog dan Iklan bahagian I, II, III dan IV, yang diakibatkan oleh perubahan Google untuk rank blog yang banyak iklan di bahagian header, ia memiliki satu relevansi dengan satu lagi cerita menarik tentang sistem Google.

(ye ke, Fahmi? Apa dia tu?)

Sistem Google Page Rank.
(Oi, isu ni dah basi lah Fahmi... )

Ye ke basi? Oh. Sebab dah ada Google Panda ya? Hehe... :D

Google Panda memang sistem yang menggantikan fungsi Google Page Rank, dan diharapkan berfungsi dengan lebih baik.  At least..

Soalan hari ini:Siapa kata Google Panda lebih baik?

GOOGLE PANDA dan BLOG

Mana-mana sistem rank, baik Alexa, Panda atau G.Rank, ia hanya berkesan dan bermakna bagi web content yang sangat selalu diupdate.  Dan ini bermakna, ia hanya bermakna buat Blog. Blog adalah contoh web content yang sangat selalu diupdate dan dicrawl oleh GoogleBot untuk indeks mereka dalam Internet.

Dan sebetulnya, buat bloggers, Sistem Google Panda yang sekarang ini,  juga masih ada kekurangannya.

(apa dia , Fahmi?)

27 January 2012

Blog dan Iklan IV

Bersambung dari Bahagian III, entry ini saya tulis , hanya untuk tiga sebab.

PERTAMA
Google sekali lagi mengubah algorithm ranking blog mereka untuk blog layout bagi iklan.
Despite mereka yang mencipta susunan iklan terbaik untuk Google Adsense, 2 hari lepas, 24 Januari 2012, , mereka mengeluarkan kenyataan bahawa, Blog dan Site yang memiliki iklan dari paras atas header ke bahagian yang paling akhir visiblenya, mampu dilihat oleh mata, pada skrin, iklan semata-mata, bakal jatuh macam nangka busuk.

Blog-blog inilah yang saya lihat banyak di Internet Malaysia sekarang ini.
Blog yang entrinya jauh ke bawah, ditolak oleh iklan yang banyak. Tidak kira iklan sendiri, atau iklan syarikat pengiklanan berbayar.

Apa akan jadi pada blog yang memang mengejar trafik untuk syarikat I dan N? Syarikat A? Tak payah fikirlah.. sebab memang semua akan kena!

KEDUA
Blogger akan ramai yang rasa tertipu. Kerana mereka berblog bukan lagi semata untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk mengejar trafik demi mendapat first page Google, dan mendapat keistimewaan syarikat pengiklan.

KETIGA
Manusia yang mengendalikan syarikat pengiklanan dengan cara seperti ini, andainya mereka masih memilih untuk tidak mengubah sistem skrip mereka, samalah seperti psikopath yang membunuh blogger secara bersiri.
Memberi blogger harapan untuk hidup berblog yang lebih baik, income yang lebih stabil, cuma salin, goyang kaki dan tunggu duit masuk, lalu memusnahkan blogger bersama sifat, kebolehan, dan bakat penulisan yang mereka ada perlahan-lahan.

Mungkin ia ekstrim. Tapi hakikatnya, tak semua di dunia ni manis macam aiskrim. Truth somehow hurts.
Andai anda tak mahu percaya, terserahlah. Sebab tugas saya memahamkan, telah saya laksana.

Sekian. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. =)

p/s: Dari blog, mulakanlah langkah seterusnya. Kerana blog itu cuma PLATFORM. Bukan KARYA.








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Blog dan Iklan III

Syarikat A, meski dalam masa yang sama, masih kekal dengan sistem page view dengan logik 'page view lebih baik dari page visitor', tidak mampu lagi bergerak jauh walaupun bermula dari sela masa yang lebih awal  dari syarikat N dan I di Malaysia, khasnya.

Kenapa?

Ia semua bermula dari perspektif iklan adalah iklan semata-mata, asalkan ada ruang iklan, kita iklan ajelah.

Bukankah kita semua tahu, bila buka TV, sebaik iklan ditayang, kita tekan Channel lain?

"next, please?"

"Alah, iklannn pulak. Spoil betul!"

Dan kenapa syarikat pengiklanan blog tidak mengambil iktibar yang sama?

Dalam teori psikologi pengiklanan, TV dan Radio mengekalkan kadar harga termahal bagi tempahan iklan pada sela masa selepas waktu bila?

Yes, kadar harga termahal bagi tempahan iklan adalah pada sela masa waktu otak atas sedar tidak mampu filter kekuatan otak bawah sedar. Beberapa jam sahaja sebelum manusia tidur.

Pengaruh ini tidak berlaku pada blog dan web kerana blog dan web mampu diakses 24 jam. Oleh itu, satu cara sahaja pengiklanan di media penulisan internet akan jadi effektif, ; bila ia mampu muncul sebagai teks , dan di antara teks2 entry.

Ini hanya akan dicapai dengan script iklan yang betul-betul tally dengan entry.

(Kenapa anda tulis semua ni , Fahmi?)

Bersambung di Bahagian IV.








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Blog dan Iklan II

Sistem pengiklan berbayar, dengan algorithma yang merepek bagi setiap increment dan meletakkan pra syarat yang melampau, cuma sedikit saja bezanya dengan sistem bidding yang nampak tak masuk akal murahnya tapi sebetulnya membeban pengguna.

Betul, biz apa yang tak mahu untung, kan?

Tapi, dalam keghairahan pengiklan menaikkan syarat kelayakan, mengubah sistem increment sedia ada, dan menambah jumlah syarikat yang mahu menggunakan kidmat pengiklanan mereka buat blogger, mereka mungkin tidak fikirkan.

Betapa tindakan dan syarat merekalah yang bakal menyusahkan diri mereka sendiri.

Tak percaya?

Syarikat I menggunakan sistem unique visitor yang berpuluh ribu sebulan, sebagai KPI blog yang layak menggunakan sistemnya. Ia juga menggunakan KPI ini untuk menarik syarikat besar untuk menempah ruang iklannya, bagi edaran dalam bloggers.

Ketepikan soal kualti. Tapi hakikatnya dengan sistem ini, ia melahirkan blog yang lebih banyak menyalin berita dari menghasil artikel + cerita, dalam niche yang syarikat I sendiri cipta dan syaratkan.

Kerana dengan berita yang disalin bersama tagging SEO, carian blog ini bakal first dalam Google. Bila blog ini ini first, secara teori, Syarikat I, akan lebih cenderung menyenaraikan blog ini, pada syarikat besar untuk ruang iklan mereka.

Hakikatnya, bila dilihat dan dibaca semula, blog ini, entrynya banyak lagi entry berita salin-tukar-bahasa. Ini belum lagi kita cerita tentang blog yang copy entry blog lain. Dan belum lagi kita cerita blogger yang hack + kumpul FB Fan Page untuk kejar Like beribu, untuk naikkan rank dalam Google.

Semua sangat berkaitan dengan hal ini.

Dan hari ini anda tanya kenapa makin banyak blog copy paste dan semakin kurang blog yang sharing ilmu dan ulasan ilmu? Inilah antara jawapannya. 

Bersambung di bahagian III. :)









Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Blog dan Iklan I

Penulisan Entri blog dan pengiklanan, sudah tidak dapat dipisahkan sangat. Akhir-akhir ini memang susah nak cari blog yang tidak ada iklan. (Blog awak juga ada iklan di bawah post ini, Fahmi, kan?)

Kadang2 di Bahagian Header penuh dengan iklan horizontal. Entry utama tujuan kita, jauh di bawah.

Cabaran terbesar pengiklan dan sistem mereka, adalah, mereka sistem iklan yang betul-betul tally dengan entri blog. 

Iklan yang tally, bermaksud, iklan itu , sangat relevan dengan keyword yang keluar dalam setiap perenggan Entry blog.

(Kenapa, Fahmi?)

Supaya mereka bakal membantu blogger mengelakkan mereka dari melakukan fraud clicking.

Ia akan mengelakkan blogger dari menipu di setiap Cyber cafe dan komputer makmal yang ada, untuk meningkatkan page view (bagi sistem pengiklanan based on page view).

Ia akan mengelakkan blogger dari mewujudkan kelab bawah tanah tersendiri untuk sama-sama klik iklan mereka.

Ia pasti akan mengelakkan blogger dari menggunakan teknik-teknik blackhat untuk membolehkan iklan mereka 'diklik'termasuklah teknik javascript mouseover, juga iframe pada tag H2.

(Kenapa, Fahmi?)

Sebab iklan yang betul-betul relate dengan entry blog, sebenarnya, meningkatkan kadar klik secara eksponential , yang menguntungkan syarikat pengiklanan, dan juga blogger itu sendiri.

Jadi, untuk meningkatkan kadar klik yang juga meningkatkan reputasi mereka sebagai syarikat pengiklan, mereka sebetulnya tidak perlu berhabis banyak untuk tujuan image enchancement syarikat , melalui event sesama blogger, baik movie screening.

apa yang mereka perlu buat, hanyalah
1) memperbaiki sistem script iklan mereka.
Scripting yang dihubung pada server secara malas, dengan kualiti server yang mungkin sharing resources secara gila, mengakibatkan blog menjadi loading. Blog yang aktif bacaan hariannya, menurun, bukan kerana entrynya tidak berkualiti lagi, tetapi kerana perlahan loadnya. Kerana apa? Hanya kerana loadingnya sistem skrip iklan yang memberikan penulis entrinya, harapan sumber kewangan untuk membeli tablet berkuasa Android untuk update entry di mana saja. Ironi? You bet.

2) MEMPERBAIKI sistem script iklan mereka.
script ini boleh memasukkan bukan saja unique id blogger, tetapi juga mampu mengenal pasti perkataan tertentu yang berulang, yang datang dari meta description dalam description profil blog di database syarikat mereka. Bukan semata-mata meletakkan ruang profil members sebagai tapak carian ruang iklan buat syarikat besar.

3) MEMPERBAIKI SISTEM script iklan mereka
increment perlulah realistik dengan kuasa duit yang ada pada zaman sekarang. Tak mengapa andai syarat2nya ketat, tapi haruslah realistik dan beri peluang yang adil bagi mereka bersaing sesama bloggers. Jadi, tak perlulah bloggers buat trick blackhat hanya semata-mata nak cashout lebih banyak dari bloggers lain, walaupun mula dengan sela masa yang sama.


Bersambung di bahagian II. =)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

25 January 2012

Entry yang Masih Relevan

Bila artikel tahun 2008, dijadikan antara  topik bahan perbincangan untuk tahun 2012 sesama menteri, dan masuk dalam berita TV3, malam semalam, ia mungkin menunjukkan,

positively,
1) menteri dan think tanknya juga berfikir
2) entry ni masih relevan walau pada tahun 2012,
3) menunjukkan blog ini futuristik dan memandang lebih jauh ke depan,

negatively , satu je,
1) kenapa lambat sangat nak bertindak?

24 January 2012

Lawak Geek (lah konon)

Abu masuk rumah dari pekan. Hajat di hatinya nak design petang ni.
Dia pun bertanya kepada Salim, di mana Salim letakkan Wacom dia. Malangnya Salim pekak badak.

soalan abu: Salim, mana Wacom, Wacom?  (gagap, sebab jarang berkomunikasi dengan orang, asyik YM, Gtalk, dan Facebook je)
Salim : eh semalam aku nampak ada je dekat tepi meja makan. Bukan kau guna ke dua hari lepas?
...
Abu: Aku hari-hari guna laa.... Wacom aku tu mahal. Jangan main2 lah Salim... bak sini Wacom aku!! Hantar kat bilik k! Aku nak sekarang! (sambil buat muka)
Salim: Yelah yelah... jap aku gi amik. Kau ni malas sangat kenapa... bukan BERAT mana pun..

4 minit kemudian...

Abu: Salimmm!!!! Apsal kau bawak VAKUM niiii!!!!~~~
==================

Lawak sambungan:

Salim telah dibahan di hadapan member2 Abu yang designer, apabila mereka buka cerita tentang WACOM.

Satu hari, Salim yang bengkek diajak oleh Abu untuk ke car wash bersama. Niat di hati Abu nak meminta maaf dari Salim.
...
"Salim,"

"Hmm." jawab Salim acuh tak acuh. "Jom, kita basuh kereta kau. Aku belanja."

"Ok." Sepatah Salim jawab. Mereka pun ke carwash. Setengah jam kemudian, mereka pulang dan lepak2 depan TV sambil makan Twisties.

"Abu, "

"Ye salim, " jawab Abu.

"Kenapa tadi dorang tak vakum kereta sekali."

Dengar je perkataan vakum, Abu menggelabah. Baru dia sedar Wacomnya tiada dalam beg sandangnya. "Eh, Wacom aku mana, wacom?" (gagap macam biasa, plus cuak)

"kau kenapa Abu? Eh, kau nak kenakan aku lagi ke??!! Aku dah boleh bezakan lah Vakum dengan Wacom kau tu!!"

Tak sempat Abu explain, bunyi debik dan belasan berkumandang di ruang tamu, memecah sepi menuju maghrib.

Moral of the story : eh.. ada ke moral cerita macam ni
p/s: lawak taraf rendah ini direka konon2nya khas untuk designer dan yang biasa guna Wacom tablet, tapi dapat member yang pekak badak.
p/p/s: Nama dan watak, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang baru saja mati.


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

SOPA dan Hakcipta : Satu Alternatif

Salah satu perspektif yang mengatakan kenapa SOPA perlu dilaksanakan adalah, isu hakcipta dan pelanggarannya,apabila user download berlaku. Sebab, katanya, akan ambil hak dari harga yang sepatutnya dari pelakon, penyanyi, penerbit, dan semua-semua lah.

Namun, jika anda tanya saya, satu cara yang mungkin kontroversi, unorthodox, dan diluar kebiasaan untuk mengatasi piracy adalah dengan menjadikan kesemuanya muat turun.

Yup. KESEMUANYA.

(Hang gila ka, Fahmi?!)

Cuba kita lihat betul-betul.
Adakah ia mustahil jika SEMUA movie, lagu boleh dimuat turun?

Sebenarnya tak mustahil pun.

Sistem ekonomi berasaskan Kepintaran atau K-Ekonomi , tu cerita 8,9 tahun lepas. Sekarang ni dah bukan zaman K, tapi zaman E. (atau i?)

Dengan E-commerce, sistem fail sharing dan pelan pembayaran + sistem pembayaran yang wajibnya harus benar-benar mudah dan menguntungkan kedua belah pihak, SOPA sebetulnya takkan jadi serelevan sekarang.

(Macamana tu, Fahmi?)

21 January 2012

Review Filem: the Tuxedo


Waktu rakyat Malaysia menggilakan dan menonton Money Drop, saya menonton Tuxedo di TV3 sebagai hiburan hujung minggu.

Usai menonton Tuxedo, saya tersedar beberapa perkara tentang Tuxedo.

(Apa dia, Fahmi?)

12 January 2012

Psikologi dan Pembelajaran Iqra'

Muqaddam Iqra' . Credit buat Read Quran Online

Jika anda pernah ada pengalaman mengajar, anda mungkin sukakan ini.
Jika anda pernah belajar psikologi kognitif dan psikologi perkembangan kanak-kanak, anda juga mungkin sukakan ini.
Jika anda pernah belajar mengaji Quran dan Muqaddam, anda juga mungkin akan sukakan ini.

(Apa dia tu, Fahmi?)

11 January 2012

Deserve, Preserve and Reserve

Hidup dengan kerangka persepsi 'I deserved for something better' mengundang dua persepsi yang lain bagi kita diri kita.

Sama ada kita sedarinya atau tidak.

Sama ada kita mahu membayar harganya, atau tidak.

Sama ada kita benar-benar mahu berpijak pada realiti.

Sama ada kita benar-benar faham erti syukur dan redha.

Persepsi tersebut adalah:
1) If we're deserved for something better, we can choose to go and get it while it lasts.. when we really believe we deserved for it.
2) If we're deserved for something better, we should get what we deserve.

Persepsi tentang pertama, takde masalah dengan saya. Tapi jujurnya, saya lebih fokus pada persepsi kedua. (Kenapa, Fahmi?)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header