3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label Pet Society. Show all posts
Showing posts with label Pet Society. Show all posts

20 April 2009

Menang dalam Stadium: Macamana?


Kicky menang untuk kali ke enam berturut2 hari ni


macamana nak menang banyak kali dlm Stadium:
Paling penting untuk:
a) jangan terlalu fokus pada kemenangan, tapi fokuskan lebih pada timing jump dan klick banana peel.
Walaupun tertinggal di 2 section pertama, anda masih boleh kejar pet lain, dengan cara timing green boost pad, dan click banana peel untuk elakkan pet dari terjatuh. Oh ya, lupa nak bagitahu anda, banana peel lain di lane lain pun boleh diclick, sebab ada duit yang tersembunyi di celah2nya. (Kalau anda rasa anda boleh kalahkan dorang tanpa faktor disadvantage banana peel kat lane dorang).


b) jangan terlalu fokus pada kemenangan, tapi fokuskan lebih pada paw point yang nak dikutip dalam masa sehari
Paw point penting untuk levelling up. Sekiranya dalam Race, anda kalah di tempat pertama, anda memang tak dapat coins, tapi anda akan dapat +10 paw points untuk first runner up, dan +5 untuk second runner up. Dan, anda masih boleh cari paw point dalam practice.


c)jangan terlalu fokus pada kemenangan, tapi fokuskan lebih pada flow game tu sendiri.
Bila terlalu fokus, kita akan stress. Bila over stress, kita hilang sense of objectivity. Kita akan hilang objektif kita untuk berlumba. Apa objektif pet anda berlumba dalam Stadium? paw point? Coins? atau Trophy 100 wins?

18 April 2009

Trading untuk Paw Points

Levelling up dalam pet society untuk level 25 dan ke bawah adalah mudah. Namun, sebaik saja level 25 dicapai, anda akan mengalami senak perut, dan sawan menyampah. Dengan tiba-tiba anda memerlukan 3000 paw points dan lebih, untuk naik ke level yang berikutnya.

Ada yang terus give up dan meninggalkan pet society.

Anda bagaimana? Mungkin anda mahu cuba yang ni pula :)

Cari barang yang paling mahal dalam pet house yang anda pernah lihat. Sekiranya anda kenal tuan punya pets, berdiskusilah elok2 dengannya untuk meminjam barang tersebut untuk membuat "trade".



KickyWikki menerima gift yang sangat banyak~ (untuk 2 minit je,haha)



Apa itu "trade"?


Trade adalah satu skill, yang menggunakan barangan berharga, untuk dijadikan gift item. Gift ini kemudiannya dihantar kepada empunya pets yang amanah dan anda percayai.




Sebaik saja gift dihantar, anda akan menerima paw points, yang banyak bergantung kepada harga pasaran gift tersebut.

Glossy black bed : Kicky hantar kepada Honey dan Honey menghantarnya kepada Kicky semula



Sebagai contoh:

  • glossy black wooden bed = 37 paw points
  • pink wooden bed = 40 paw points
  • basic white toilet = 25 paw points
  • jukebox (paling byk saya dapat stakat ni) = 100 paw points

Untuk menggunakan trade, anda dan rakan anda perlu saling menghantar dan menerima gift2 ini. Buat lah sbanyak mana anda suka setiap hari. Tapi pastikan anda menghantar gift yang mahal2. :)


Ini barulah win-win situation. :P






17 April 2009

SpeedBoost Pad dan Warnanya



Ada faktor tertentu yang menyebabkan pets anda kalah kepada pet di lane bersebelahan. Ramai yang mengatakan pets di lane tengah lebih laju. Ada juga yang menyalahkan lagging dlm server pet society yang menyebabkan mereka takleh nak click pets supaya pets mereka mengelak kulit pisang, atau melompat di hurdles.

Sebenarnya ada cara terbaik untuk melajukan pets anda. Ia menggunakan boost pad dengan timing yang tepat, di dalam Hurdle Race di Stadium Pet Society.

KickyWikki mengalahkan pets lain di Stadium


Sebaik saja anda sampai ke Boost Pad, tunggu ia bertukar wana dari Biru kepada Kuning, Merah, Hijau. Sebaik saja ia menjadi hijau, klik Pets anda.

Warna hijau adalah warna Pad yang membolehkan Pets anda mememecut pada kelajuan maksimum.

Hijau > kuning > merah.


(aliran kelajuan mengikut warna. tanda > bermaksud "lebih laju dari" )

16 April 2009

Pet Society's Dance with the Rhyme

Frisbees, Balls, dan Skipping Rope


Kenapa Skipping, Frisbees dan Ball lagi menarik dari Stadium?

a) untuk cipta rekod baru. Setiap kali rekod baru dihasilkan untuk kedua2 senaman, anda akan mendapat trophies dan jumlah coin tertentu. Anda juga akan mendapat bonus paw points.
b) untuk mencipta rekod baru, dalam sepanjang usaha dan percubaan anda tersebut, anda akan mencipta coin2 untuk pets anda dalam anda tak sedar.
c0 untuk tujuan mencipta rekod baru juga, sepanjang coin2 tersebut dikutip, anda akan mendapat paw point dengan secara rawak.

15 April 2009

Feeding Apple atau Salami?

Dua Sebab Mengapa Feeding dengan Apple lebih menguntungkan berbanding Salami:

a) untuk health bar yang kosong, (betul2 kosong), anda akan memperolehi 17X7 paw point = 119 paw point, dengan menggunakan tujuh biji epal yang berharga 35 coins kesemuanya. Berbanding Salami yang berharga 30 coins, anda akan dapat penuhkan bar tersebut, tapi anda cuma dapat 17 paw points.
b) apple adalah makanan paling ringan untuk pets anda, takde makanan lain yang boleh isi sampai 7 kali untuk penuhkan bar. metzo biscuits pun 6 kali je. (kalau tak silap. anda boleh cuba).

06 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!" part 2

Cara mudah untuk dapatkan lebih paw point dan jump to new level :)

a) gi exercise. :)
pergi ke Stadium, join Race dan Practice. Untuk kemenangan di Race, anda akan menerima 30 coin, dan 20 paw point. untuk kemenangan Practice, anda tidak menerima coin, tapi paw point tetap akan diterima. tempat pertama 20, tempat kedua 10, dan tempat ketiga 5.

b) berziarah ke petshouse lain :)
setiap kali ziarah, "make them happy". anda akan menerima 17 paw point untuk :
-gift yang anda hadiahkan pada mereka,
-untuk setiap makanan yang anda feed pada mereka,

Sehingga penuh bar hygiene, health dan happiness, anda akan menerima 5 paw point untuk:
- setiap effective brushing dan soaping yang anda lakukan pada mereka

Hikmah tersembunyi ;
a) Kita memang digalakkan bertukar-tukar hadiah sesama kawan2 dan jiran. Ada hadis nabi yang sahih, yang memaklumkan kita tentang ini. budaya bertukar hadiah setahu saya setakat ini masih belum berjangkit kepada masyarakat melayu kita, tetapi di US dan UK ia telah lama dipraktiskan, bukan semasa Thanksgiving atau halloween sahaja.

b) exercise memang sangat2 perlu kepada badan. tak kisahlah untuk Pets atau tuan punya Pets. kajian menunjukkan sel yang tidak menerima oksigen secukupnya dalam badan punya kecenderungan untuk menjadi sel kanser.

05 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!"


Antara cara memaksimumkan paw point value untuk setiap coin yang dibelanjakan dalam Pet Society, anda boleh cuba untuk:

a) lebihkan pembelian makanan berbentuk buah-buahan.. dan hadiahkan pada pets lain.
Makanan ini bernilai biasanya kurang dari 10 coin@sen. Setiap kali anda memberi pets lain makan makanan anda, anda akan mendapat +17 point, tidak kira berapa mahal makanan yang anda berikan pada pets tersebut. Untuk memenuhkan Bar health mereka, adalah lebih menguntungkan bagi anda, untuk memberi 5 biji epal dari sebiji Salami atau Loaf Bread, walaupun kedua-duanya memberi kadar kekenyangan yang hampir sama.

b) lebihkan pembelian mystery gift dari furniture dan clothes.
Dengan pembelian mystery box, anda mengurangkan risiko overspent untuk coin yang anda perolehi. hanya dengan 50 coin, anda mampu memperolehi unique furniture, clothes, yang pet anda boleh pakai. Kalau tak mahu barangan tersebut, select dan drag item tadi ke "Sell" dan dapatkan nilai coin anda semula. Walaupun ia tak sebanyak mana, namun ia lebih menjimatkan dari membeli barang di kedai furniture dan clothes asal.

cthnya, Red Playfish Shirt bernilai hampir 300 coin. tapi dengan mystery gift anda boleh membelinya dengan 50 coin sahaja. Jika tak mahu, ia boleh dijual dengan separuh harga, iaitu 150 coin.

(disclaimer: mystery gift adalah misteri. kalau tak dapat apa yang anda inginkan, cuba lah lagi ya :P )

X faham apa yang saya ceritakan? Join Facebook hari ini, dan search PetSociety Aps. boleh kita berjiran. ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header