3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label harikelahiran. Show all posts
Showing posts with label harikelahiran. Show all posts

02 March 2011

Suatu Hari Kelahiran: Tamat di Sini

Siri Entri sempena Hari Keputeraan Kelahiran tamat di sini.
Satu persoalan untuk kita fikir2kan bersama :

Andai kematian itu masih belum menyentak rasa, memperingatkan kita-kita tentang kejahilan, dosa, tanggungjawab dan harapan yang dibina,

apa lagi yang mampu melakukannya?

p/s: kau ingat aku berlakon sakit jantung ke? Kau ingat tak mustahil ke orang meninggal waktu birthday dia?

01 March 2011

Suatu Hari Kelahiran : Coklat dan Kita

Suzana, (peh nama budak sekarang ke ni? klasiknya), seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai darjah 5 telah menyertai pertandingan menulis sempena Minggu Makanan Seimbang peringkat sekolahnya.

Suzana diminta untuk menulis suatu karangan berbentuk kesimpulan tidak lebih dari 60 patah perkataan mengenai coklat.

Suatu Hari Kelahiran : Antara Teguran dan Penghormatan

Teguran dan peringatan itu penting, dan wajib sesama anggota komuniti. Banyak digariskan dalam Hadith dan Quran sendiri. 

Namun..

Memalukan itu suatu isu relatif.
Relatif secara internal dan external.

Dari secara internal atau dalaman, seorang manusia itu berbeza darjah sensitivitinya kepada suatu yang memalukan.

Sebab itu ada A yang tak kesah kentut di meja makan, dan ada B yang sanggup berlari dari meka jauh ke belakang sejauh 17 langkah sebelum kentut di balik kereta sebab tak mahu orang dengar.

26 February 2011

Suatu Kisah Hari Lahir : Penghormatan

Kalau kita tidak hormat orang, kita tidak akan dihormati. Sebab perlakuan kita yang buatkan kita nampak atau dirasakan tidak begitu menghormati orang, akan menyebabkan kesan domino negatif yang membawa kepada orang lain tidak akan menghormati kita.

Suatu Hari Kelahiran: Mencari Diri dalam Alam


Water-strider adalah serangga paling cool atas permukaan air selepas pepatung. Jap, mungkin tak. Sebab pepatung terapung atas air, bukan atas permukaan air.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header