25 May 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak Musim 1?




Tanah Runtuh di Malaysia. (Kasihan remaja anak  yatim tahfiz ini. namun Allah Maha Menyayangi mereka)
Debu gunung berapi (sekali lagi?) di Europe.

Gempa Bumi tak lama lagi di Iran.

Tsunami micro di Jepun.

HAARPed? You bet. Dan kita semua sedang seronok2 guling2 tengok Sepah sepah2kan tembikai kuning atas pentas dengan kaki terhiris oo-em-jay,oo-em-jay, dan berharap gila mereka jadi Maharaja Lawak Musim 1.

Sampai sanggup google dan tengok sapa yang sedang buat prediction tentang Maharaja Lawak Musim 1 punya juara?

Ironik, kan? Dalam pada kita melatah isu Allah , kristian, islam agama rasmi, do we even care about what we are thinking,watching or doing right now? :) (dan sedarkah kita actually isu Kristian - Allah - Islam ini juga dimunculkan sebelum pilihanraya? dah dua kali jadi macam ni, perasan tak?Haa, jangan nak buat muka terkejut hehe )

Tak, tak. Saya tak akan bajet maksum atau baik pun, sebab saya pun bila stress, duk cari gak bahan2 untuk dibuat gelak. :)

Cumanya.. saya fikir. Sekarang macam ni.

Kemudian, apa?

Harga minyak naik perlahan2. Duit gaji praktikal + jumlah total income menaik, namun kuasa membeli menjadi kecil.

Sama ada saya memang sedang dalam mode skeptikal, atau saya sedang menipu diri sendiri, saya tak mampu lari dari rasa tanda tanya.

Dan juga rasa ingin kita semua sedar.

Bahawa semakin banyak movie dikeluarkan di pawagam, semakin banyak isu2 dalam dan luar negara yang membabitkan perubahan geo-structure bumi, semakin banyak isu2 yang dipolemikkan, sedarkanlah diri kita bahawa..


1)Kita sedang disuggestkan untuk menerima, percaturan 2012 semakin hampir. Marilah kuatkan diri, iman, dan amal kita, juga orang2 terdekat kita.

Bukanlah tak boleh menonton Pirates of Carribean. Bukan tak boleh juga menontong (tengok da salah eja) menonton Nur Kasih. Tak. Tak kata pun.

Tapi, beringatlah. dalam setiap cerita ada Hidden Message.

Dalam limitless ada idea injection tentang synthetic drug pill . Meski isunya berkisar tentang how good our mind is, bila ia mampu digunakan seluruhnya.

Dalam pirates of carribean ada isu pencarian "tempat pertembungan 3 arus utama". Kawasan yang sorcerynya tersangat hebat, malah membawa sampai ke Eropah dan Mesir berpuluh ribu tahun dahulu. Kawasan beriklim khatulistiwa. Kawasan yang berisikan fountain of youth, yang sebetulnya ada kaitan dengan sumber emas. Mana lagi?

Dalam Iron Man 2, xmen, thor, dan bermacam2 superhero lain, ada isu peribadi dan alter ego, melibatkan manusia2 luar biasa, yang memberikan harapan pada manusia biasa seperti kita, saat semuanya nampak berantakan.

Dalam Fast and Furious , terlalu kerap kita jumpa mesej rebel against authority, dan juga mesej mengesahkan authority corrupt ada di merata2 .. Semata2 untuk menimbulkan benih perpecahan dalam fungsi2 masyarakat.
Tapi semua itu sebetulnya pinpoint pada kita.

2) Kita sedang dipersiapkan untuk climax cerita sebenar.

Kitalah watak utama dalam cerita ini. Cerita yang bermatlamatkan 'mengkhayalkan kita semua' dengan apa jua keadaan sekalipun, hingga kita rasa ragu dengan tiap apa yang berlaku dan tersebar di sekeliling kita.

HIngga dengan keraguan itu, kita akhirnya diharap akan memilih untuk 'lay dormant', tak kisah apa berlaku.

Hinggalah semua perkara falling down, right before our eyes.

Hinggalah kita memilih untuk berkata "aku tak suka sbb perkara ni complex sangat, aku tak suka campur tangan".

Saat itu... apa pun tak boleh. tunggu saja masanya. =)

Jom jadi better person setiap hari. Demi masa depan diri sendiri yang lebih terjamin~  Bila lagi? Jom mula dari sekarang =)

p/s: sori sebab dah buat orang yang mencari jawapan Juara Maharaja Lawak Musim 1 sebelum masanya, rasa tertipu, more-or-less. this's bigger than King of Comedy. Sori tau? tau?
p/p/s: Tengok dengan mata, nilaikan dengan hati, sebarkan dengan jari. Itulah  beza kita blogger dengan orang lain yang tengok cerita kat movie .=)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails