29 May 2011

Amendelah: LYNAS dan Ryan Whateva

Antara membeli gula2 cerita berjenama LYNAS dan minum secawan kopi berjenama KAPAL API KARAM (LAGI 4 BULAN expired kot), aku hanya nampak mulut yang berapi dan minda yang membuta tuli. Haruskah begitu?


LYNAS : Baca lagi di Sini, Sini dan Sini.

Rasa macam sangat lama tak introspect (muhasabah diri) tentang kuasa yang kita ada dalam menentukan apa yang orang sekelling kita terima atau tidak. (Baca: Bakal terima).

Nak baca lagi?
Betul ni? Panjang tau entri lepas ni... tak kisah ke?
Betul nak baca lagi? Okay, you asked what you asked for. Jemput baca =)




Baik kuasa sebagai ahli masyarat biasa, yang real-time, ataupun kuasa sebagai artis blogger.

Rare-earth, atau, nadir bumi, adalah bahan asal yang membentuk bumi yang kita lihat sekarang. Dengan teknik yang betul, kita mampu mengeluarkan elemen2 penting bumi dari sini, dan menjadikannya suatu sumber tenaga. 

Sebab, kalau tak, supply uranium perlu kita ambil dari tempat lain.

Tapi sebab teknologi ini (tak pasti depa guna reactor molten salt  atau reaktor fast integral) mampu ektsrak bahan biasa yang kita lihat, contohnya pasir, (yang mungkin kita tahu  sebelum ini dalam kelas Sains tingkatan 4) ada silika, dan keluarkan thorium (yang jadi antara sumber nuclear effisien pernah wujud dalam teknologi penghasilan tenaga). 

Thorium ni, 4 kali lebih banyak dijumpai dalam kerak bumi berbanding uranium. 

Sumber asal lain bagi thorium yang original adalah dari monazite dengan 10% lebih kurang peratusan thorium di dalamnya. mineral lain, seperri thorianite dan euxenite juga ada thorium, lebih banyak. Dan banyak lagi sumber mineral yang mengandungi thorium, cuma peratusannya aje yang kita tak pasti.

Lebih rendah risiko untuk dijadikan persenjataan, thorium mengeluarkan sisa pepejal nuclear yang lebih cepat half-life ke tahap pesekitaran sekelilingnya, lebih cepat dari nuclear plant convensional yang menggunakan bahan uranium. (Cumanya, cepat2 pun 14 billion tahun separa hayat bai, andainya tersisa, sebelum sempat thorium tu digunakan semua dalam proses penghasilan tenaga...melalui sistem reaktor tenaga jenis molten salt dan/atau fast integral) .Digunakan dalam reaktor thorium. 

Thorium walau bagaimana pun tak wujud dalam bentuk seketul yang elok, tapi ada dalam bentuk yang dah teroksida, sebab bahan ni memang akan teroksida apabila terdedah pada udara.

Sebab itu, dalam teknologi breed nuclear, thorium hanya digunakan dengan gabungan isotop u-233 , dan dijadikan sumber tenaga nuclear... setelah thorium ini menghasilkan thorium lain , dan uranium.

Ia juga dijadikan bahan untuk meng'aloy'kan besi lain.

Jadi kenapa thorium? Sebab thorium murah, lebih mudah diperolehi, dan lebih mudah diproses.

Sebab itu LYNAS corps mahu buat satu Loji reaktor, di sini, di Gebeng. Sebab, seperti bauksit dan aurium (emas) yang juga ada di Pahang dan tak ada merata di tempat lain, kita boleh andaikan, kawasan Pahang menyimpan rahsia mineral2 bumi yang sungguh... rahsia. Dan banyak rahsia ni sebetulnya bernilai pada manusia. 

Siapa tahu ada siri artifak tentang rahsia Pahang dan kerajaan lama yang menggunakan emas dalam kehidupan seharian dulu bakal keluar lepas ni?

Ia cuma akan jadi bahaya, apabila proses fussion breeding antara thorium dan uranium yang asli, yang ditembak kepada thorium untuk menghasilkan isotop uranium baru u-233,  itu tadi,
1)menghasilkan fission yang tak terkawal , sampai leaking dan tersebar ke seluruh alam. Ini sangat rendah risikonya, andai bahan binaan semua betul dan cukup
2)menghasilkan haba yang terlalu banyak, yang bakal menjejaskan coolant sistem penyejukan. Tapi dengan pembinaan yang betul, dan tepat, dan bahan yang lengkap amaunnya (bukan macam kes subkontraktor ali baba : fund RM16 juta, bahan binaan RM250,000 jek) risiko ini dikurangkan.

Cara lain kurangkan risikonya adalah dengan menambah pengambilan iodin dalam menu harian, sebelum ke tempat yang konfem ada radio-iodide (pencemaran iodin yang muncul sebagai elemen  radioaktif)  baik secara natural melalui seafood (makan seafood banyak, bukan semestinya makan hari2 di kedai seafood) atau melalui pil potassium iodida@kalium iodida, yang bakal mengurangkan risiko makanan yang tercemar dari coolant sistem penyejukan, yang mengandungi Caseium untuk counter-attack effect uranium isotop u-233 tadi). 

(ini cuma untuk orang di kawasan berhampiran loji itu saja, dan orang yang sudah dikenalpasti kena radioaktif itu. bukan sembarang orang boleh buat gini. Kalau dah tahu diri tu ada gout, muda macam mana pun,  ada platinum atau gold Visa/Mastercard sekalipun , tak kiralah online ke offline, haa,  janganlah nak tempah maut pi makan seafood macam makan kacang sambal. Jangan ingat ada credit card hebat semua menda kita boleh tempah. #Ape-aku-cakap-ni-okaybai)

Juga melalui teknik penambahan  baja NPK berkualiti yang deep-earthed, jauh ke dalam kawasan penanaman sekitar 35 km dari lokasi  loji nuclear, sebelum dilapiskan macam biasa dengan baja NPK normal. Kalium dalam  NPK tadi akan membantu meneutralkan juga Caseium tadi.

In a way, bila LYNAS Corp cakap, hasil sisa itu adalah milik Malaysia, memang itu betul. 

Contoh mudah. Kita makan masak lemak@gulai ikan patin. Makanan yang kita beli, di kedai makan di Lipis, Pahang. Lepas kita makan, kita kenyang, kita balik rumah di Gebeng, dan kita rasa perut penuh. Maka kita buang air.. di tandas rumah kita di Gebeng.. (Takkan di lubang2 belakang kebun pulak, Fahmi)

Bila dah penuh atau banyak sangat najis, atau dah sampai masa servis, maka Indah Water pun tolong proseskan najis2 dari lubang kat tandas tu (euww). Walaupun macamtu, dah tentulah sisa itu milik kita, bukan milik Indah Water. Bukan?

Tapi teknologi pemprosesannya itu milik mereka.  Maka haruslah ada rasa tanggungjawab di situ. Maka Indah Water melakukan yang terbaik, supaya bau semerbak busuk itu tidak jadi mudarat pada orang yang tak perlu menghidunya. Begitu juga yang kita harapkan dari LYNAS Corp dari Australia tu.


Saya pernah menyokong pembinaan loji nuklear, atas sebab yang sama dinyatakan dalam blog DenaiHati.com. Pernah juga membebel mempertahankan pembinaan nya, baik di ruang komen blog rakan2. Juga bertekak berbincang dengan adik beradik dan keluarga sendiri.

Mana taknya. Sumber nuklear adalah tenaga yang murah, energy-wise, sangat rendah risiko pencemaran udara tak macam arang batu.

Tapi syarat radius 35 KM itu yang menjadi punca kebimbangan saya. Fukushima masih segar dalam ingatan. Dan mereka di sana masih lagi sedang mengalami pemulihan minda dan jasad. Dan Gebeng? 35 KM dari Gebeng adalah ...... Kuantan, bandar yang sedang berkembang. Gambang. Juga kawasan pemprosesan minyak dari dasar laut.

35 KM dari lokasi pemprosesan rare-earth perlu dikosongkan dari penempatan. Andai saya jadi mereka, yang meluluskan projek, dan yang mengarahkan pembinaan, satu je saya nak tanya:

Anda nak saya alihkan ke mana?

1) Dasar laut? : Jepun dah pun mengeluarkan Godzilla , bentuk teguran sinikal media yang cakna pada dasar kerajaan mereka, apabila pembuangan sisa seperti ini dihantar ke dasar laut di pulau2 sekeliling Jepun. Masih ignorant tak mahu faham? Fine.
2 ) Kaki gunung yang tak berpenghuni? : gunung adalah kawasan tadahan hujan. Saya takkan tergamak untuk buat loji pemprosesan ni atau buang sisanya di situ,  hanya semata2 nak alihkan dari orang , dan affect kawasan tadahan hujan dan kaya dengan habitat dan tumbuhan2 renek + rendang berkualiti tinggi.
3) Pulau ? : Mungkin boleh. Jika kita ada pulau dengan penebat nuclear berteknologi tinggi, sistem sokongan yang hebat, dan special force yang sanggup bergolok bergadai nyawa berjanji setia untuk melindungi orang  ramai. Macam kawasan testing teknologi ketenteraan HAARP tu. (mata ke atas, tangan ke hujung bahu)

Dan saya skeptikal. Andainya kita mahukan teknologi yang tinggi, tapi pengurusan yang masih rendah meter integriti, dan  cuma ada mata tapi tak ada hati untuk betul2 memikirkan orang lain sama seperti memikirkan kehendak diri sendiri, juga dengan minda kelas ketiga,...... tak perlulah berangan sangat nak guna dan proses menda Allah yang satu ni.

Tetapi isu LYNAS Corp dan pihak yang meluluskan inilah yang merunsingkan.

Saya tidak mahu, dalam keghairahan kita menerima bulat2 teknologi ini, demi masa depan tenaga yang lebih green, murah, kita sebetulnya menjual segalanya : kesihatan kita. Generasi masa depan kita. Pelaburan hartanah sekitar. Dan pelaburan paling utama : tenaga manusia yang sihat, berkualiti.

Dan semua ni, hanya kerana mereka yang meluluskan ni tersilap hitung calculated risk. Dan terlebih hitung "passive income" (passive la sangat, da macam ada  bau2 perli MLM picisan di situ) yang masuk ke kocek apabila kelulusan dikeluarkan, dalam keadaan ketelusan yang hampir nihil (kosong, tak telus, apa pun tarak).

Hmm. Tak tahulah kalau cukai 12 tahun tu membolehkan Malaysia dapat lagi banyak "hidden" benefit. (Malaysia ya, bukan kerajaan Malaysia.)

p/s: Oh ya. Sila jangan melatah directly bila tengok Ryan whateva tu bersungguh cakap Melayustralia untuk bagitahu semua ni. Betul, ini isu penting. Tapi saya tengok microemotions dari Ryan tu nampak tak convincing. Seems dia pun ragu2 dengan apa yang dia bagitahu. I tell you what, nampak macam dia lebih banyak suggest idea, berbanding cuba fahamkan apa yang bakal berlaku. Dan ada juga mislead yang berlaku di situ. Keluarkan gas bahaya? Ini  bukan kilang plastik atau proses getah la bai. =_=  Keluarkan pasir radioaktif ? Ikan-apekah? (whatthefish, direct translate)Ingat ni SandMan citer Spiderman ke ape? Pasir tulah antara bahan dia nak extract Thorium. Adoi.

p/p/s: Mana saya tahu semua ni? GOOGLE. Cari element nama Th, buka link the szitizen.com, geeks, wiki, dan lain2 lagi. Jom Google sama!

p/p/p/s:Oh ya, saya bukan komen Ryan Whateva cuma sebab saya tengok Lie to Me. Kalau minat forensic psychology dan neuropsychology, sila kaji lebih lanjut okay?

p/p/p/p/s: Tak minat SEOkan entri, tapi aci kerat jari ramai yang akan cakap tulis pasal ni. (Tengok, Ryan tu pun da direname dalam entri.. )Tapi minat nak buat orang tahu sebab kenapa patut terima atau tolak isu LYNAS ni secara rasional, bukan dengan perasaan semata2. Tak perlulah guna kuasa superpowerblogger  kita untuk buat orang terpengaruh pada perkara yang kita belum belajar atau kenal pasti lagi.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails