28 May 2011

Mencari Diri : Percaya

Kepercayaan adalah isu terpenting dalam hidup manusia.

Tak kisah dalam keadaan apa pun.

Baik sebagai manusia biasa, pelajar, pekerja, ibu bapa, atau anak2. Juga rakan.

Perkara yang buatkan kita rasa mahu hidup adalah rasa dipercayai dan diterima dalam hidup orang lain.


Kita mampu ubah macam2 keputusan hanya atas rasa percaya. Benar atau tidak, para pembaca boleh nilaikan.

Hakikatnya, saya merasakan isu percaya itu sangat dibantu oleh :
1) imej kita
2) kemampuan kita

Orang mungkin percaya kita kerana kelebihan dan kemampuan kita.
tapi orang yang sama juga boleh memilih untuk tak percaya kita, kerana imej kita yang mungkin memaksa hatinya utuk tidak mempercayai kita.

Kerana imej, sentuhannya adalah pada hati. Sedang ability, atau skill, sentuhannya pada minda.

Untuk itu, saya minta maaf andai selama ni, saya berkawan dengan kamu, banyak nya perkara yang buatkan kamu hilang kepercayaan pada saya.

Saya sedari, kehilangan kawan lebih mudah dari membuka hati buat kawan baru.

Apapun,kita semua manusia memang berdikit2 dalam mencari dan membina percaya.




p/s: Buat syarikat hosting, biarlah lengkap semua system barulah all-out. Saya minta maaf, saya memang perlukan hosting yang sistem support nya mantap. Sebab saya tak cukup pakar kalau nak troubleshoot, lain la kalau laptop atau CPU sketul depan mata.


p/p/s: Disebabkan second migration, saya sedang dalam proses mengubah configurasi script dan menghalakannya ke google. harap maaf kepada customer yang marah sebab dah bayar, tetapi hilang pulak header nya har ni, saya sedang mengalihkannya berperingkat2.

p/p/p/s : sesudah semua siap, saya akan kongsi cara nak upkan flash ke google

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails