3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label artifak. Show all posts
Showing posts with label artifak. Show all posts

12 October 2011

Artifak II: Wordy Wednesday


Disebabkan wordless Wednesday agak sukar bagi  orangyang suka merepek  berkongsi cerita, saya kongsikan gambar ini pada anda dengan penerangan lebih kurang.

Ini adalah 'batu bersurat' so called, yang dijumpai di sebuah kawasan di Jepun. Bertempat di lokasi kepulauan Okinawa, yang pernah saya sebutkan dalam entri saya tentang Kepulauan Okinawa Jepun Melayu,   tulisan ini adalah tulisan yang bukan berasal dari tulisan Jepun. Sebaliknya, tulisan ini dikatakan mirip kepada tulisan Rencong. (sounds familiar?)

Tulisan rencong dikatakan adalah tulisan asal Tamadun Melayu kita, sebelum datangnya Islam yang kemudiannya mengubah kita menjadi pengappresiasi tulisan Jawi dan Kawa, (yang kemudiannya menjadi tulisan Rumi..)


Setelah saya dapatkan salinan huruf rencong yang asal, dan cuba terjemahkan, saya cuma mampu eja yang ini.


gah - wa - pa - wa (ba)- la - ga -ra   
Boleh tolong susunkan untuk jadikan ayat bermakna?  
Gah Pa Bala Gara(2)? (Hebatnya Bala, Gara-gara..?)

Di sebelah hujung kanan gambar itu, terdapat rajah yang saya percaya kita namakan sebagai gundal, dalam Matematik mudah darjah 3 ke 4, (waktu saya belajar dulu)

Gundal ini berfungsi sebagai pengelompok pemudah kira.

Dari gambar itu, saya lihat, ada dua gundal tujuh, yang lengkap, dan satu gundal lagi yang tidak lengkap. Dengan mengandaikan kiraan tujuh sebagai satu minggu yang lengkap, gundal ini mungkin memberi maksud 18 hari.

Dan juga ada lukisan seolah masjid berkubah yang terapung, di bawa oleh mahkluk yang seakan-akan ini:



Dan di sebelah kiri lukisan 'masjid' ini pula, seolah makhluk lain yang  terkurung dalam kurungan.







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

29 April 2011

Artifak I: Ruins of Okinawa dalam Pokemon

Puing kota dasar laut Okinawa dalam imaginasi Satoshi Sajiri

 
Kepulauan Okinawa di Jepun menjanjikan satu premis baru bagi  mereka yang masih belum mampu menerima hakikat bahawa Melayu bukanlah sekadar bangsa yang tidak suka berkongsi negara.

Bukan juga bangsa yang hanya mampu menahan sabar di hadapan bermuka2 tapi bising2 di belakang apabila
berlakunya celaka dan musibah.

hakikatnya, Melayu mungkin memiliki alter yang tidak suka berkongsi negara, dari moyang2 terdahulu mereka. Mungkin saja, sebab Melayu  bukan saja memiliki negara tetapi juga memiliki daya juang menguasai dan membebaskan negara lain dari kuasa-kuasa yang lemah.

Berbalik pada penemuan piramid di kepulauan Okinawa.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header