09 October 2011

Mencari Diri :Music Bank Wetex

If you happened to come by to Muar, Johor, dan sedang berjalan-jalan, jemputlah datang ke Wetex. Kalau tak sure, boleh tengok google Maps dan taipkan Wetex Parade Muar.

(Apa ada di Wetex Fahmi?)

Yes, akhirnya anda tanya juga!
Di Wetex , it so happens that, Karaoke yang paling best saya pernah jumpa, antaranya, adalah di Muar : Music Bank.

Dengan harga yang kompetitif, client server yang bagus (tak, tak, ini bukan server hosting ok.. ini manusia, jangan salah faham), air cond yang segar , dan paling penting panel display yang extensive (Bintang Gemilang sila jangan 'touching', memang display dorang terbaik), anda dapat value untuk duit gaji anda.

Harga yang Kompetitif

Terdapat tiga jenis harga tempahan untuk tiap standard. Dengan timezone yang berbeza (cuti, hujung minggu, minggu bekerja, juga zon masa Special Friday untuk yang non-Muslim okay...yang Muslim Lelaki tu pegi masjid, jangan mengada,  pukul karang), mana-mana pilihan pastinya menggembirakan anda.

Jika anda berduit lebih, ambillah pakej Rm17 perpax, minimum 3 orang sebilik, dan anda diberi bilik 3 jam untuk menyanyi tanpa henti.

Sepanjang 4X pengalaman ke Music Bank, saya lebih senang bayar Rm20 untuk sejam untuk 3-4 orang sebilik, kerana biasanya saya sampai selepas Asar, dan suka berenti beberapa minit sebelum Maghrib di surau Wetex yang sangat berdekatan dengan Music Bank.

Display yang Canggih
sistem display Music bank diintegrasikan dengan baik. sistem karaokenya mungkin kelihatan sedikit rumit, namun fungsinya memang terbaik dalam kelas yang tersendiri. Ada 4 preset sorakan, Hujan, Clapping, Wu-hoo dan ________ maaf, lupa. Kita boleh tekan-tekan preset ini sewaktu nyanyian. Untuk apa?


Mode Rakaman
Jawapan soalan di atas adalah, untuk kita masukkan dalam sistem rakaman. Ya, anda tak silap baca. Music Bank  membolehkan anda rakam suara anda untuk disave ke dalam pendrive anda sendiri, jika anda rasa mahu dengar suara Anuar Zain anda banyak kali waktu balik dalam kereta.

cuma plug USB Pendrive, pergi ke play list lagu, tekan sekali lagu tadi sewaktu mula main, dan pilih rakam. Anda boleh juga tekan@set dari awal-awal lagi, dengan menekan butang Rakam dan tukar ke setting mp3, di panel yang sama.

Mode Carian Canggih
Untuk mencari lagu, di panel paling depan, anda hanya perlu tekan Huruf. Untuk mencari Artis, tekan Artis.
dalam setiap bahagian, akan muncul tanda  *, Kumpulan Lelaki, Wanita, Anda hanya perlu tekan * untuk memulakan carian dengan huruf.


Karaoke hanya sekadar suka-suka, dan release tension. Namun, kalau nak release lagi, di Wetex juga ada fastfood McDonald, ada kedai Waffle yang sedap (Ambil di kedai Waffel yang tengah, sebab yang di tepi macam tak berapa). Kalau tak okay lagi, jom ke Tanjung makan nasi panas-panas dengan Asam Pedas Muar yang fresh! =)

Jom lepak Muar! (err.. kalau dah sampai Muar tu roger2 lah, boleh lepak sama. hehe)

P/S: Jangan tanya ada ke tak video rakaman saya nyanyi, memang tak ada sebab tak market sangat pun. tak percaya, tanya Kunci Locker , Nor Fatiah Yadz atau Ecah Amicable dan Fifah Wawa :D




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails