29 March 2011

Perlukah I : Ertinya Menunggu

perlukah kau berjanji kata
tunggulah aku,
hanya untuk buatkan aku tahu
apa ertinya menunggu?
apa kau ingat aku tak pernah tahu ertinya menunggu?

tidaklah masa aku lebih bermakna
dari masamu
tidaklah juga masa mu lebih penting dari masa ku
andai kau tidak mahu menunggu
janganlah biar orang lain menunggu

andai kau tidak mahu orang menunggu
bukankah cukup SMS sebagai penghapus kelu?
andai kau tidak mahu orang menunggu
bukankah cukup SMS sebagai
pelerai bisu?

tidakkah kau tahu,
dalam ramai2 manusia yang tak suka menunggu,
masih ada manusia yang menghargai erti masa,
andai boleh ku aju,
mahu kutanyakan,

di mana kau campakkan erti penghargaan itu?

belakang boot kereta?
dalam pasu bunga kaktusmu?
belakang rumahmu?
atau sudah kau pijak dan injak
di bawah tapak kakimu?

pleaselah.
SMS is just a click away, or two.


p/s: pesanan untuk diri sendiri juga. tolong ingatkan aku bila aku lupa.maklumlah, LUPA ini insan.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails