01 March 2007

Suatu Penghargaan.

Penghargaan adalah fungsi sosial manusia terhadap rakan2 dalam komunitinya sendiri. Tanpa penghargaan, manusia tidak dapat dikatakan lengkap. Ini termasuklah penghargaan pada dirinya sendiri, atau penghargaan kepada orang lain.

Penghargaan adalah penting, kerana dengan penghargaan, manusia merasa ia wujud dalam kehidupan orang lain.

Pada zaman Islam mula2 berkembang, antara sebab mengapa Islam disambut baik oleh golongan marhaen, adalah kerana Islam menghargai mereka dan membuat mereka rasa wujud. Rata2 mereka yang tertarik dengan Islam ketika itu adalah mereka yang dizalimi, dan harga diri mereka dinafikan. Contoh yang boleh disebutkan adalah keluarga Yasir, dan Bilal bin Rabah ra.

Melalui penghargaan sesama manusia, manusia belajar untuk meletakkan diri orang lain sama pentingnya dengan diri mereka sendiri. Ini adalah komponen penting dalam membentuk suasana komuniti yang kondusif.

Melalui penghargaan kepada diri sendiri, khasnya kepada mengenalpasti kelebihan dan berlapang diri atas kekurangan, manusia belajar memaafkan diri sendiri, selain memberi ruang kepada diri sendiri untuk melonjak lebih tinggi, lebih jauh, mempertingkat potensi diri.

Dalam jenis2 penghargaan yang biasa disampaikan, antara cara yang paling mudah bagi kita untuk membuatkan seseorang rasa dihargai, adalah dengan mengingati namanya dan menyebutnya setiap kali kita menyapanya atau bercerita dengannya.

Cara lain termasuklah menghargai pendapatnya, berkongsi masalah, memberi pujian yang tepat dan tidak meleret2, dan juga hadiah menghadiahkan barang yang disukai.

Dalam perkara ini, perbuatan menghargaan tidak dapat tidak, adalah merupakan suatu sifat yang disukai Tuhan, asal ia tidak berlebihan sehingga boleh membawa kepada maksud negatif yang lain. Di dalam surah AtTin sendiri, Allah menghargai penciptaan manusia itu sebagai sebaik2 penciptaan.

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dengan sebaik2 kejadian" (AtTin: 4)

Dengan itu, penghargaan adalah perlu, dan ia adalah kemestian bagi melengkapkan ciri2 kemanusiaan seseorang.

(Entri ini adalah luahan dan respon kepada entri yang telah ditaip khas buat penulis pada 27 Feb lepas.terima kasih atas segalanya. )

sepi itu indah

Kesepian memang selalunya membuatkan kita merindui sesuatu. Tetapi,
tidak semua kesepian itu boleh jadi sesuatu yang bermakna untuk kita.
Terutamanya jika kita memang tidak mahu melakukan sesuatu untuk
keluar dari kesepian itu.

Kadang2, suasana di sekeliling kita sudah cukup bingit. Orang2 di
sekitar kita berbual bercerita dan berceloteh. Atau, bunyi kenderaan
yang lalu lalang di tepi jalan. Atau, suara apek yang menjual roti, atau
aya yang menjual putu mayam.

Tapi hati kita masih rasa kesunyian.

Pernahkah anda rasa sesuatu yang seperti itu?

Tidak perlu risau, sekiranya anda merasa kesepian. Merasa sepi adalah
perkara yang normal untuk kita. Apa yang tidak normal adalah
merasakan kesepian dalam setiap saat, pada setiap masa, untuk setiap ketika.

Sedang banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.

Sedang banyak lagi perkara yang mampu dilakukan.

Sedang banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

Kadang2, kesepian boleh membuatkan kita terfikir sesuatu tentang
kehidupan. Muhasabah. Sejauh mana kita telah hidup, setinggi mana kita
telah mencapai, dan sesukar mana jalan yang telah ditempuh.

Maka, ketika inilah kesepian itu benar2 berfungsi sebagai satu lembar
mukasurat dari buku berjudul kehidupan yang perlu diselak, dibelek,
dan dibaca, sebelum sampai ke bahagian atau bab seterusnya.

Tetapi, apabila kesepian itu mencederakan kita, mengisi ruang2 hati
kita dengan memori2 silam yang tidak begitu menarik untuk dirasa dan
dikongsikan, ada baiknya jika kita berusaha menyibukkan diri, dengan
perkara2 penting yang lain, supaya kita tidak lagi terperangkap dalam
kesepian yang menyiksa.

Sekurang2nya, kita ini tidak memeningkan kepala kita sendiri.

Sekurang2nya, kita ini berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.

Alangkah ruginya jika kesepian kita itu akhirnya tidak membawa kita
ke mana2.

Kesepian itu, juga adalah ciptaan Tuhan, satu rasa dari pelbagai rasa
yang wujud dalam heartware (rujuk mirakimura@revise) kita.
Maka, sebaiknya, apa yang baik dari ciptaan Tuhan, kita ambil, untuk
diingat dan mengingatkan sesama kita.

Tidak semua sepi itu melukakan, dan tidak semua bingit itu
menceriakan.

16 February 2007

Valentine's Day?

valentine day telah pun berlalu. Ada dua perkara yang penulis ingin kongsikan bersama rakan2 semua.

Pertama, satu kisah mengenai basis atau asal usul valentine day (yang ketiga versinya penulis dengar).

Menurut pensyarah yang mengajar Science of Quran, St Valentino adalah sebenarnya seorang paderi Kristian yang menyebarkan ajaran sebenar Jesus, bukannya ajaran yang telah ditokok tambah. Beliau menyebarkan kristian pada 269 AD, sebelum kelahiran nabi kita. Pada ketika ini, mereka yang menganut kristian di Rom akan disiksa dan dihina, sama seperti keadaan umat Islam sekarang yang ditindas di palestin. Mereka dibunuh, disiksa, tidak diberi makan, dan lain2 penyeksaaan.

St Valentino adalah salah seorang paderi yang melawan kekejaman ini, lalu beliau dipenjarakan. Raja rom ketika itu mengarahkan agar beliau keluar dari Kristian, tapi sbaliknya beliau telah menulis kepada raja tersebut agar baginda masuk kristian. Raja menjadi berang (infuriated) lalu mengarahkan st valentino dibunuh.

Maka, pada satu hari, beliau telah dihukum panchung di hadapan orang ramai.ia berlaku pada 14 february 269.

200 tahun kemudian, ketika rom dibawah naungan agama kristian, raja ketika itu telah memulakan hari cuti 14 february, dan menamakannya sebagai valentine's day untuk memperingati st valentino yang mati memperjuangkan agama kristian yang asal.

(bila dilihat di sini, tidak kedapatan pun satu point yang mengatakan valentine's day adalah hari bertukar2 hadiah sesama orang yang berkasih sayang. lihat bagaimana orang2 barat telah menukarkan idea mengenai sambutan ini dan memporak perandakan ideologi manusia itu sendiri, khasnya masyarakat di negara2 islam hadhari.)

kisah kedua, adalah mengenai forum CINTA di UIAM main auditorium. (tak tahu sama ada forum ini dibuat khas pada 14 february untuk mengcounter atttack sambutan valentine's day. wallahu a'lam). forum ini membariskan ajis sattar, ustaz maszlee malik dan datin ismalina ismail. secara amnya, forum ini agak menarik, tetapi pada akhir2nya ia menjadi sangat best(menurut kata yang tersayang dengan merujuk kepada aksi ajis sattar yang meluahkan "aku sayang kau" kepada isterinya yang baru dinikahi, yang memang turut hadir memberi sokongan kepada ajis si suami. :)

p/s: begitulah serba sedikit mengenai valentine's day. alhamdulillah, kebersamaan dengan teman yang sekarang ini, mencambahkan rasa syukur, kerana beliau memahami, dan tidak meminta yang bukan2 ketika V day. tak mcm orang2 yang sebelum ni. :P mekasih...syg. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header