18 April 2007

idea:Ok ke Tak Ok?

Perkara yang selalu jadi masalah pada kebanyakan orang adalah: takde idea.

tapi masalah lain pulak yang jadi pada orang yang ada idea.

Apa masalahnya ya?

masalahnya, ialah, idea tak jalan, hehe :P

kenapa?

idea tak jalan, sebab kita terlalu melihat pada aspek negatif idea tu. yalah..

"apa akan jadi kalau orang gelakkan?"

"apa nak buat kalau idea tak jadi?"

"boleh ke orang terima idea ni?"

dan kita pun akhirnya tak laksanakan idea tersebut.

akhirnya, idea tu menghantui kita..

"aduh, napa aku tak buat awal2 dulu, kan dah ada orang buat... ruginya..."

"kalau aku buat idea tu, dah banyak peluang aku boleh dapat.."

Jadi, bila ada idea, jangan bertangguh. senarai, dan mulakan satu langkah ke satu langkah hingga berhasil! :)

27 March 2007

exam dah!

peperiksaan, nak atau tidak, kita memang akan tempuhi. apatah lagi bila dah bergelar pelajar.

paling penting, masing2 kena ingatkan diri, peperiksaan bukanlah medan realiti untuk menguji ilmu, peperiksaan cuma medan untuk kita bertempur dengan soalan dan kekeliruan.

ilmu itu diuji pada makam dan masa yang tertentu, bukan sekadar 2 jam (atau mungkin sejam setengah, bagi mereka yang suka keluar dewan exam awal), bukan sekadar jawapan short-answer atau essay.

selamat berjuang! (bg semua pelajar universiti dan kolej yang sedang menduduki minggu peperiksaan)

20 March 2007

Ingat, Jangan Tak Ingat!

Kata² indah, janji² menggunung, dan semangat keazaman sebelum berkahwin saja tidak cukup untuk membina satu mahligai yang tersergam kukuh tanpa cacat, retak dan sumbing sesudah mahligai itu dibina dengan jalan pernikahan.

Sebenarnya, perkahwinan memang menyelesaikan masalah, tapi masalah yang diselesaikan adalah masalah sebelum berkahwin. Oleh itu, pasangan harus bersiap sedia untuk berdepan dengan masalah² baru selepas berkahwin nanti. Tiada jaminan!

Kata Einstein, masalah yang dihadapi manusia tidak dapat diselesaikan dengan pemikiran yang menghasilkan masalah itu. Jadi, sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah, kita perlu berfikir setingkat atau beberapa tingkat lebih tinggi untuk menyelesaikan masalah.

Gunakanlah kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alangkah ruginya kursus Pemikiran Kritikal (Creative Thinking) yang diambil jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Buat perabih beras je!

Belajar cara mendengar dengan empati, bukan setakat menyambil sahaja.

Belajar mengambil hati pasangan, dan menghargainya. Penghargaan adalah kunci kepada kepercayaan dan tolak ansur. Ingat iklan mastercard? Priceless. :)

Belajar memaafkan dan memohon maaf. Jangan ego, ia tidak membawa kita ke mana² pun. Satu perkara yang perlu diingati,
kemaafan bukan saja perlu pada penerimaan, ia juga perlu kepada bagaimana ia diujarkan. Jangan tersilap!


Belajar, belajar dan terus belajar untuk hidup bersama. Perkahwinan adalah sinergi. Satu tambah satu boleh jadi tiga, empat ratus, atau infiniti kemungkinan, peluang dan rezeki. Anda tidak boleh memakai baju, seluar, tudung atau telekung dengan sebelah tangan. Suami dan isteri perlu saling membantu.

Paling penting, jangan mengalah dan jangan putus asa. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari. Empayar Islam tidak dibina dalam seminggu. Semuanya perlu pada masa, rezeki, kesungguhan dan rahmat Tuhan.

Ingat, jangan tak ingat! :)

dari artikel :Suami isteri perlu bersedia terima kelemahan pasangan
Oleh: Nur Rashidah Maarof

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header