13 October 2008

KAMI: mampukah persahabatan mengatasi cinta?

Mampukah persahabatan mengatasi cinta?

Mampukah rahsia disimpan selamanya?

Dan mampukah duda dan janda memahami anak mereka?

tonton KAMI untuk mengetahui jawapannya :)

Dalam satu kajian yang tidak berkaitan dengan tulisan ini, trait2 dan simptom skizofrenia banyak dikesan di akhir usia remaja, lewat sekitar 20an. Kenapa? Kerana pada usia ini, otak manusia dikatakan mencapai kematangan fungsi. Dalam perbincangan bersama rakan sekumpulan tadi, kami berpendapat bahawa :
a) dalam kematangan fungsi2 otak yang tertentu, akan ada bahagian otak yang lebih matang dari bahagian2 lain, pada beberapa peringkat umur. disebabkan kematangan yang tidak sama tahap ini, manusia akan mengalami masalah2 tertentu. skizofrenia mungkin salah satu daripada masalahnya.
b) teori genetik shaza mengatakan bahawa, apabila otak mencapai kematangan, gen2 tertentu akan menyerlahkan fungsinya lebih dari gen lain dalam satu set gen yang sama, yang boleh mengakibatkan skizofrenia.
c) teori diathesis-stress nabila mengatakan pula, otak orang lewat 20an mungkin dah ada kemungkinan untuk dapat skizofrenia, tapi bila ada masalah besar, ia mungkin boleh memicu kepada skizofrenia.

Apapun, masalah2 yang terjadi lewat umur 20 an sekarang ni, memang boleh membawa kepada skizofrenia. Mungkinkah Syarul Ezani memegang watak Ali dlm KAMI memiliki skizofrenia type catatonic? :P

09 October 2008

Bila Anda Hilang Fokus

Tiga Assignment tak siap lagi..

Itu tandanya fokus saya dah hilang. Waa, sedih betul.

Bila dah lost focus, cepat2 saya cari cara untuk overcome. Antaranya:

1) baca balik entri blog2 lama
2) gi jumpa kawan dan cuba buat something fun
3) mesej/call dgn yang tersayang

tapi it gets worse. :(

Akhirnya saya mesej kaunselor cum advisor society saya, Bro Saiful Redza.

"bro saiful, apa cara paling cepat untuk get back to fokus?"

Tengah malam, sebelum saya tidur sebab dah tak tahu nak buat apa, beliau membalas:

fokus kena bermula dengan define your role.. set priority.. set goal and take action"

So, bila google, jumpa satu webpage yang lebih kurang mcm ni (ye agaknya):

Motivasi untuk memuloakan dan menhabiskan kerja

07 October 2008

Kita Bukan Semestinya Ibu Bapa Kita

Here goes my neverending combo :P

PASKAL, ADEN DAN LANUN

1) US menghantar submarine untuk menyelamatkan mangsa lanun mereka. Malaysia ada submarine dgn komisen 500 juta yang gah sangat tu. Tapi ikut laporan tak dihantar pun. Kenapa?

2) "Kejayaan" negotation antara MISC dan Lanun2 Somali, ada apa disebaliknya? Begitu juga dengan jumlah sebenar wang yang 'dirundingkan'. Bila dah dapat sekali, mesti dorang nak rasa lagi. Nasib lah kalau kena lagi pas nih.

3) Malaysian Gov memandang rendah, underestimate lanun2 Somali tu. Masih terngiang2 lagi kata2 menteri tu... "Lanun ni canggih, pandai pakai Internet. (gelak2) Hari ni kita buat press conference, malam ni dia dah marah kita... bla bla bla".

Kenapa? Hang ingat lanun sekarang ni mcm lanun zaman dulu ka? lanun cetak rompak pun dah makin canggih, takkan la lanun sebenar2 lanun tak memajukan diri?

Moral: Never underestimate your enemy

RAYA 1429

1) Ibu bapa tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ibu bapa tidak maksum. Janganlah mudah menyalahkan anak2, sekiranya kita pun tidak sedar apa yang kita buat.

2) Anak lelaki tanggungjawabnya besar. Di depan syurga nanti, kalau ibunya/adik perempuannya/anak perempuannya tersilap dan dia tidak menegur/mengingatkan, dia tidak akan masuk ke syurga. Jadi, ibu bapa tidak perlu marah sangat jika anak mereka mengingatkan mereka tentang kesilapan mereka. Ini bukan isu anak2 betah atau suka menjawab. Ini adalah amanah..

3) Tidak semua kata2 ibu bapa perlu dituruti, atas dua sebab:
a) suruhan mereka bertentangan dengan apa yang digariskan Islam
b) suruhan mereka bertentangan sesama sendiri - tidak konsisten

4) Tiap ibu bapa ada rasa kecewa yang tersendiri untuk tiap anak mereka. Tapi jgn lupa, tiap anak juga ada rasa kecewa yang tersendiri untuk ibu bapa mereka.

5) daripada memalukan anak2 di hadapan orang lain dengan harapan anak akan berubah, lebih baik mencari jalan agar anak2 boleh berkawan dengan ibu bapa. Dengan menjadikan anak sebagai kawan, ibu bapa memiliki dua kuasa agen perubahan : ibu bapa dan kawan. anak juga lebih respek ibu bapanya.

Harapnya bila saya jadi ibu bapa, saya igt apa yang saya tak suka tentang keluarga saya, dan tak ulang menda yang sama. Kerana kita bukan semestinya ibu bapa kita.

Later :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header