22 October 2008

Eurocopter EC-725: Sebuah Persamaan - Atau Lebih?

Persamaan Eurocopter dan Kapal Selam berkomisenkan 500 Juta

Anda adalah Kementerian Pertahanan. Bayangkan anda budak berumur 11 tahun. Mak anda suruh ke kedai dan bagi RM5 untuk beli 12 bijik telur. Anda beli telur.. dan mainan anda. Telur berharga RM 2.70, dan mainan anda berhargas rm 2.30. Anda berfikir untuk membodohkan mak anda dengan mengatakan anda beli telur tu dengan RM 5. Kalau anda boleh beli 12 bijik telur dengan harga RM 2.70, tapi anda bagitau mak yang anda bayar RM5 kepada Ah Beng tokay kedai, tanpa apa2 keistimewan pembungkusan atau nilai tambah lain, anda rasa mak anda marah tak? Kalau mak aku dah lama dapat pelempang.


Bayangkan mak anda tu adalah penduduk Malaysia yang waras dan masih siuman. Itu bukan duit anda. Itu kan duit mak anda. Agak2 apa yang mak akan buat? Bayangkan pula sebab ia bukan RM 5, tapi RM 2 Billion... !

persamaannya (yang aku masih boleh fikir, lepas simpan marah selama 1 minggu):

1) Kedua2nya melibatkan keputusan orang2 tertentu dalam Kementerian Pertahanan kita. Keputusan peningkatan pembelian produk untuk pertahanan Malaysia, semestinya diputuskan oleh orang2 di dalam Kementerian Pertahanan. Takkan Kementerian Yang-Tak-Dapat-Tahan pulak kan? Budak amik UPSR pun dah boleh fikir menda ni, takkan lah kamu2 yang sudah jadi Executive2 tu tak boleh..?

2)Kedua2nya melibatkan komisen yang sangat besar. Kapal selam dengan komisen 500 Juta. Helikopter dengan komisen RM 1.2 Billion. Ada pulak duit ya? ke mana duit ni akan pergi sebenarnya (Baca: Siapa yang dapat sebenarnya?) Napa tak guna ajer duit tu untuk perkara2 lebih penting? Bukan ke kita akan diserang kesan global ekonomi AS yang merudum tu... ish2

3) Kedua2nya adalah untuk tujuan peningkatan pertahanan- ya ke? Cuba tengok balik pada kedua2 pembelian tu betul2. Ye, memang, untuk tujuan pertahanan. Tapi, betul ke untuk tujuan pertahanan? Bukan untuk menguntungkan gila2 orang tertentu dalam Kementerian Pertahanan? Kalau tak, kenapa begitu terlalu banyak komisen yang diberikan dalam pembelian kapal selam, sukhoi, dan juga eurocopter ni?

4) Kedua2nya merugikan. Eurocopter (yang menggantikan Nuri tu) yang kita beli dengan harga 2 billion untuk 12 bijk tu, bukan lah dalam full package untuk function pengangkutan dan SAS (mode serangan). Dan ia dibeli pada harga 2 billion untuk 12 bijik. Sedangkan Brazil beli dengan 4 billion untuk 50 bijik. nisbah 12 ke 50 adalah hampir2 seperti 1:4. Untuk harga 2 billion, kita sekurangn2nya akan dapat 25 bijik, bukan 12. Dan Brazil beli sekali dengan pemindahan teknologi untuk buat balik Eurocopter tu di negara mereka. Kita? Kita pindahkan wire transfer ke Bank2 Offshore je kut.

Marah2 ni makin menjadi2, sebab Media alih dari bincang isu helikopter ni dengan isu UMNO+bakal PM+TPM baru. Oi, apeke sengalnye mereka2 ini semua.. Kami tak mahu tahulah sapa yang akan jadi Presiden atau Naib Presiden UMNO. Serupa gak, sapa yang naik pun. Duit2 tu ke tembolok kamu2 semua. Cubalah fikir sikit.

Kita ni dah makin nazakly menghampiri krisis ekonomi global. Tak boleh ke media kurangkan sikit cover up tentang Presidency ni dan tolong inform rakyat tentang krisis ekonomi ni. Tak serik2 lagi dengan apa yang dah jadi masa economic downturn 1997? Kamu Sang Pelelap, kamu Sang Boom-Bang-Boom, dan kamu2 yang lain, fikirkanlah, ini bukan negara kamu seorang. Kami golongan bawahan ini yang bekerja untuk bagi gaji kamu, bagi negara kamu ni keluarkan produk2 yang hebat, naikkan nama Bumi Emas di mata dunia. Tapi kamu, apa yang kamu tau? kamu cuma tau bla bla bla. Kamu nak masukkan RM 5 billion untuk suntik dana supaya economic transaction terus begerak dalam Malaysia, supaya inflasi dapat dikurangkan. Kenapa tak gunakan 2 billiion dan komisen2 tadi untuk tujuan yang lebih baik? Tahukah kamu2 semua, bila RM 5 billion tu habis, apa akan jadi? Apa, kamu nak pinjam dari Bank Dunia tanpa pengetahuan kami pula? Hm, sudah2 lah tu.. Emonya aku.. :(

21 October 2008

Ia Bukan Sekadar Sentuhan

"Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi... rasa ini pernah mengusikku, bagai deja vu"
M Nasir, Sentuhan Listrikmu


Apabila hati itu tersentuh, segalanya tidak mustahil - terutamanya perubahan. Perubahan inilah yang dikatakan perubahan datang dari hati. Kuasa perubahan dari hati memungkinkan macam2 rentetan sejarah, baik sejarah personal mahupun ummah, dicatatkan dalam "timeline".

Aus dan Khazraj bersaudara kerana ini. (Aku menantikan persaudaraan kami di bumi Emas ini- apakah ia bermakna akhirnya? dasar politik sampahan, atau sumpahan barangkali)

Dua pertiga dunia di bawah naungan cahaya Islam kerana ini.

ribuan, malah jutaan, manusia, menemukan sinar Ilahi, kerana ini.

Dan sentuhan ini bukanlah datang dari dunia yang penuh dengan tipuan, dan godaan.

Ia datang, bagai deja vu, kerana kali pertama ia datang, ia datang dengan satu perjanjian antara Hamba dan Tuhannya. Dan kali kedua ia datang (atau mungkin berkali2, tapi tak diendah atas beberapa sebab tertentu), ia mengetuk hati buat kesekian kalinya - "marilah berubah wahai hambaKu".

soalnya, masih adakah cara nya untuk mendapatkan sentuhan ini?

Ikhlaskan diri? Nampak mudah, mudah ditutur, dan ditaip. Tapi benarkah mudah untuk dilaksana? Tanya saja organ sebesar penumbuk di dada kiri anda, apakah jawapannya.

Lepaskan diri dari ikatan dengan dunia? Asingkan diri dan masuk dalam dunia lain @ gua, inikah maksud anda? Tak mungkin. Islam, tak pernah dalam definisinya membenarkan keputusikatan dari dunia seperti ini. Mana mungkin, sedang dunia adalah jambatan ke akhirat. Andai kita putuskan dunia dari kita, apakan sampai kita ke akhirat?

Kembali ke pangkuan mereka yang menyayangi? Masihkah mereka menyayangi kita, dan membantu kita untuk mencari sentuhan ini? (OH, pesimisnya aku. Kawan2, jangan ikut pesan yang ini, hehe)

Entah. Saya belum temu jawab yang teragung. Mungkin diketemu dalam citra halusinasi di gelap malam sepi, lewat malam ini. Saya percaya pada daya supraconcious mind saya untuk mencari jawapannya. Asal saya tak lupa ilhamnya di situ.

16 October 2008

Introvert dan Ekstrovert, Anda yang Mana?

Introvert dan Ekstrovert berbeza dlm Intensiti (kekuatan) minat pada buku. Kenapa?

1) Ekstrovert memiliki thrill seeking yang lebih tinggi, dan mereka cenderung untuk memuaskan thrill seeking ini ke tahap tertinggi(1). Sukan2 extrem biasanya mampu memenuhi kehendak ini. Contohnya, bungee jumping, high tide surfing, drag, drift dan... rempit. Contoh sukan extrem lain adalah makan mee dengan hidung, tidur terbalik dan minum air sambil berlari. (haha, kelakarnya aku.)

Buku tidak begitu memuaskan thrill seeking sensation ini, oleh itu extrovert tidak mudah untuk dilihat membaca buku.

Introvert mempunyai kadar toleransi yang rendah kepada dopamin yang tinggi dalam sinapse neuron mereka. Apa yang mereka boleh buat untuk explore smth new tapi tak perlu naikkkan level dopamin dalam badan? (lebih thrill=lebih dopamin diperlukan untuk penuhi kehendak thrill)

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan imaginasi mereka - membaca buku. Baca pengalaman orang lebih mudah dari mengalaminya - walaupun ia mungkin tak cukup seronok bagi ekstrovert untuk mengakui bahawanya ia adalah partly betul.



2) Kita akan malu dan jadi malu2, apabila kita buat salah, dan orang yang kita buat salah padanya tu, buat kita rasa serba salah. Huhu~ (takde kaitan dengan tajuk di atas :P )


___________________________________________________
nota kaki:
(1)Burgess, Sharon S.; Pargman, David ED141301 - Stimulus-Seeking, Extraversion, and Neuroticism in Regular, Occasional, and Non-Exercisers.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header