3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

11 March 2009

Au Revoir



Minggu lepas, sebuah cerita akhirnya telah berakhir dengan senyuman dan gembira :)

Sesi pemerhatian kami untuk subjek introduction to Developmental Psychology melibatkan kami dengan generasi baru Malaysia, bertempat di Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris , Sri Gombak, kendalian pensyarah saya, Pn Sharmini Abdul Karim.

Gambar ini adalah antara pelajar-pelajar yang terlibat sama dalam pemerhatian tersebut.

Hingga saat ini, saya masih mengingati keletah mereka. HIdayah dan Aiman yang mula-mulanya malu-malu, tetapi akhirnya susah nak melepaskan kami (baca: saya, hahah perasannya aku). Husna yang achievement-oriented (sangat! hehe), Iqbal yang suka menyanyi dan melukis (macam saya juga, mungkin sebab dia kidal juga, artistik seh), Dania yang cute mcm abang dia juga (Faris, bukan saya, hehe), dan Masturina yang mesra alam :P

Dalam gambar di atas, tidak mengikut susunan, adalah Iqbal yang sangat hijau, Faris, Husna, Dania, Dayah, Nisa', dan kakak kepada Husna yang tidak dikenali lagi, huhu.

"Selamat tinggal, selamat berpisah, buat semua yang teristimewa,
semoga kita berjumpa lagi, di lain masa, bermesra kembali.."

(tetiba teringat lagu nasyid kat SMAP ni dulu.. huhu)

04 March 2009

Kombo JomHeboh

1) Jom Heboh : Antara Nilai dan Komersil

Jom Heboh bagi saya kian diterima salah satu daripada elemen budaya sistem sosial masyarakat Malaysia, walaupun tentu ada pihak yang tak bersetuju dengan kenyataan ini. Hakikatnya, saya tidak mengatakan ia adalah elemen yang baik atau yang tidak baik, kerana anda boleh fikirkan sendiri. Apa yang penting, sistem sosial dibina dengan begitu banyak elemen, bukan sekadar elemen budaya.

Dan yang penting juga, bagaimana anda bereaksi kepada elemen tersebut. Ada yang menempelak, ada yang menghalang, dan tak kurang juga ada yang beremosi. Anda bagaimana?

Saya sampai ke MITC Melaka Ahad lepas bersama yang tersayang. pada awalnya, sekadar mahu berjalan ke Melaka, pusing2, (maklumlah org baru dapat lesen P, hehe) tapi setelah dicadangkan, kami pun xplore jalan bersama2. Takde apa sangat yang menarik, mungkin sudah hari terakhir. Tapi kami sempat pusing di bahagian hadapan MITC dan masuk ke dalamnya.

Setelah hampir sejam di sana, saya merumuskan bahawa:
a) JomHeboh adalah program bisnes besar2an, bukan program pembinaan budaya secara sepenuhnya. Maka boleh dikatakan rugi mereka yang ada bisnes dan tak mahu mencuba buka tapak di sini (mungkin mahal, saya tak tahu kos tapaknya).

b) JomHeboh adalah marketing strategy yang sangat kolektif untuk TV, dan para pengusaha yang berkolaborasi dengannya. Bagi tau saya bisnes apa yang tak perlukan marketer/promoter macam TV3, dan saya boleh katakan yang bisnes mereka takkan boleh lawan pesaing mereka. :P

2) Bila Dah Berlesen..
Bes rupanya drive jauh-jauh time muda-muda ni. Dalam masa 24 jam, saya telah berjalan sejauh 2000km, dan 22 jam dihabiskan di atas jalan. (er, 24 jam itu bukanlah pengiraan terus menerus dari 1 ke 24 :P )

Milestone seterusnya: Berjalan Ke Penang :P

26 February 2009

Blue Blink : suatu kupasan



Disclaimer:Saya tau tajuk ni tak contemporary, tapi saya akan menyusulkan edisi Fahmi mengenai sekolah vernacular. Sebab saya sedang siapkan assignment tu untuk subjek History of Malaysia saya :P


Ada sesiapa masih ingat kartun ini? Huhu :P Ia adalah satu-satunya, (mungkin yang pertama buat saya,) menonton kartun bercorak pengembaraan.

Kartun ini, secara tak sedar, telah membawa personaliti saya menjadi seseorang bermindakan pengembaraan. Suka bermain game RPG. Suka explore jalan baru. Suka berkenalan dengan orang baru .Setiap hari.

Dari satu aspek lain, ia mengingatkan saya kepada sejarah lampau saya, dan juga sejarah Malaysia (eh? macamana tu?) Pada ketika ini (sekitar tahun 1990-1995), ulama Malaysia dan jabatan2 agama di kebanyakan negeri dalam Malaysia, mengingatkan kementerian penerangan untuk mengurangkan kartun-kartun bercorak tahyul. Yup, doraemon masa ni la dia keluar, haha~

Pada tahun ini juga, cerita Fantasia (antara barisan filem pertama arahan Shuhaimi Baba) telah dilarang tayangannya oleh LPF atau lembaga penayangan filem. kenapa? Kerana ia ada unsur tahyul. (plus khurafat sekali, katanya. Malangnya, pada zaman skrg, LPF lepaskan pula cerita seram-seram badak Melayu yang tah hape2. makinlah sesat orang Melayu dan labu-labunya ).

Yang anda sebut-sebut tahyul tu, anda tahu apakah tahyul sebenarnya? Tahyul literally datang dari perkataan arab, takhayyul yang membawa maksud berimaginasi. Ia bermakna, ia adalah sesuatu yang boleh dibayangkan.

Kaitannya dengan minda kanak-kanak dan eksplorasi mereka. Kanak-kanak berfikir menggunakan daya imaginasi. Daya imaginasi memacu naluri kanak-kanak untuk mencuba dan mengenali dunia dari kaca mata mereka sendiri. Otak kanak-kanak adalah imagination driven by nature.

Kenapakah manusia berkhayal? Manusia berkhayal atau berimaginasi untuk keluar dari dunia sebenar. Hakikatnya, dunia sebenar yang kita duduki sekarang penuh dengan kebencian, bahaya dan realiti yang belum tentu mampu didepani oleh semua.

Jika anda ingat, inferiority kompleks yang dihidapi oleh watak yang dipegang AFdlin Shauki dalam Buli, menyebabkannya lari ke alam fantasi untuk mencari kekuatan. Intipati idea saya: berani imaginasi bagus, tapi lebih baik bila kita berani mengekpresikannya ke dalam alam sebenar. Hakikatnya, "what the mind can perceive, it can actually achieve."


Apabila Blue Blink ditayangkan, cerita ini tidak disambung untuk musim keduanya, selepas jalan ceritanya didapati pada masa itu, semakin mengarut (ya, ia melibatkan dewa maut, sesuatu yang tidak boleh diterima oleh agama kita, saya tak nafikan).

Dan kartun kegemaran kanak-kanak kami masa itu telah digantikan dengan kartun yang lebih bercorak kesukanan pada tahun berikutnya, contohnya Kickers, Captain Tsubasa, Dash Yankuro, dan lain-lain lagi.


Seronoknya mengenang, haha.


akhirnya, saya kembali memiliki sesuatu yang mahu dikongsi : kegembiraan zaman bernama kanak-kanak.

p/s:setiap kamu dewasa memiliki kanak-kanak dalam diri kamu. jangan kamu bunuh mereka disebabkan kamu ingin berlagak serius tah hapa2 :P

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header