05 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!"


Antara cara memaksimumkan paw point value untuk setiap coin yang dibelanjakan dalam Pet Society, anda boleh cuba untuk:

a) lebihkan pembelian makanan berbentuk buah-buahan.. dan hadiahkan pada pets lain.
Makanan ini bernilai biasanya kurang dari 10 coin@sen. Setiap kali anda memberi pets lain makan makanan anda, anda akan mendapat +17 point, tidak kira berapa mahal makanan yang anda berikan pada pets tersebut. Untuk memenuhkan Bar health mereka, adalah lebih menguntungkan bagi anda, untuk memberi 5 biji epal dari sebiji Salami atau Loaf Bread, walaupun kedua-duanya memberi kadar kekenyangan yang hampir sama.

b) lebihkan pembelian mystery gift dari furniture dan clothes.
Dengan pembelian mystery box, anda mengurangkan risiko overspent untuk coin yang anda perolehi. hanya dengan 50 coin, anda mampu memperolehi unique furniture, clothes, yang pet anda boleh pakai. Kalau tak mahu barangan tersebut, select dan drag item tadi ke "Sell" dan dapatkan nilai coin anda semula. Walaupun ia tak sebanyak mana, namun ia lebih menjimatkan dari membeli barang di kedai furniture dan clothes asal.

cthnya, Red Playfish Shirt bernilai hampir 300 coin. tapi dengan mystery gift anda boleh membelinya dengan 50 coin sahaja. Jika tak mahu, ia boleh dijual dengan separuh harga, iaitu 150 coin.

(disclaimer: mystery gift adalah misteri. kalau tak dapat apa yang anda inginkan, cuba lah lagi ya :P )

X faham apa yang saya ceritakan? Join Facebook hari ini, dan search PetSociety Aps. boleh kita berjiran. ;)

01 April 2009

Sepi Tak Semestinya Sunyi

"There's something you can't buy. For everything, there's Mastercard."

Alangkah bagusnya kalau saya boleh tukarkan ayat tu kepada ini:

"There's something you can't write. For every word and ideas, there's Blogger."

Hm, lately terlalu banyak perkara yang saya rasa sangat best, tapi tak dapat nak diceritakan. Atas sebab:

1) Riak-riak emosi berubah begitu pantas, dan neuron saya tak dapat nak mengkodkan setiap emosi tersebut menjadi patah2 kata yang tersusun, walaupun huruf keyboard hanyalah di hujung hari saya...

2) Privacy saya telah dicerobohi, sebab ada orang yang bercerita (baca; membawa cerita yang bukan2)tentang saya, dari blog ini. Siapa makan cili, dia lah rasa pedasnya, takkanlah rasa manis pula.. Anda yang disana, jangan fikir saya tak tahu, lalala

3) Saya tak rasa begitu teruja untuk memberitahu semua orang tentang apa yang saya fikirkan kebelakangan ini. Entah kenapa ia tak seperti sebelum ini.

4) Saya ada hobby baru yang agak interesting dari menaip dan menulis: melukis digital di photoshop untuk artwork collection di Deviant Art dan project mini saya untuk tahun 2009. (mini la sangat, huhuh)

Kendatipun, saya masih membaca blog2 anda semua. Yang itu jangan dirisaukan. RSS Feed kan ada? Walaupun tak update baca di link2 blog anda, saya masih baca di RSS Reader Google.

Ala kulli haal, Ma'annajah untuk yang berjuang, dan Ma'assa'aadah untuk yang bakal berwalimah. Hai la bulan 12, hai la bulan 12~ (lalala)

p/s: Cop! Saya nak jual tagline tu kat Blogger. Agak2 dia punya bayaran boleh sponsor saya kahwin ke ek? hehe~

19 March 2009

Command2 Penting untuk Pencari Maklumat Google

Command2 menarik dengan Google anda.

Bak kata yang tersayang, google is your friend.
Jadi, mari berkenalan dengan command2 yang menarik untuk digunakan ketika Search. At least, tak lah frust sangat bila asyik mencari dan sering tak jumpa apa yang dicari :P


1)Cuba taipkan ini di searchfield di bhg atas browser anda.

allintitle:kosmo varia

dan cari artikel tentang servis KTM baru. Nampak menarik, bukan? RM10 untuk tiga jam perjalanan dari KL ke Ipoh.

Hopefully bukan saya saja yang akan membuka mata terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Dan harap2nya, bukan sekejap sahaja kualitiny dijaga :)

2)cuba taipkan ini pula:

inurl:fahmi

selain fahmimahat, anda akan jumpa fahmi yang lain, khasnya fahmireza. :)

3)Anda bosan dengan online dictionary dan wikipedia? cuba pula yang ini.
define:(perkataan anda nak cari maksudnya, tanpa bracket)

InsyaAllah maklumat menarik akan diperoleh dengan gumbiranya :)

4)Nak mudah cari perkara yang dikehendaki dalam arkib berita, tanpa gangguan dari web lain? taip ini:

site:(nama website berita yang anda suka)(jarak)(perkara yang nak dicari.) -->buang bracket semua ek.. :)


dapatkan command2 lain di sini! :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header