11 April 2009

PMRAM: adakah ia masih relevan?

Jawapannya; Sudah Tentu.

Kenapa PMRAM dicaknakan dalam minggu pertama DSNTR mengambil alih pemerintahan Msia? Walaupun isu relevansi dengan pembangkang adalah isu lama, ia bukanlah isu yang poyo untuk dipandang sebelah mata.

Hakikatnya saya pun tak pasti rancangan sebenarnya. Tapi selepas berbual dengan lepasan Univ Kaherah di lokaliti saya, baru saya faham ceritanya lebih kurang.

PMRAM lebih berfungsi dari UMRAN.. malah ia seolah-olah setaraf dengan embbassy Malaysia di Mesir. Jadi ia boleh jadi sebab yang Kenapa?

a) Mereka menyambut student baru Malaysia yang sampai ke sana. Bukan PIC dari Embasssy.
b) Mereka menyelia penginapan pelajar,
c) Mewujudkan bi'ah solehah dan "a little place they can call home" di kalangan pelajar Malaysia di sana
d) Mewujudkan hidup terancang dan berpersatuan di kalangan pelajar Malaysia
e) Memudahkan urusan-urusan rasmi pelajar (baca:juga urusan kecemasan) yang biasanya akan mengambil masa berhari-hari sekiranya dipanjangkan kepada pihak Embassy kita.. sorry, but it's scarely true...

lagipun, PMRAM diwujudkan pada 1930, berpuluh-puluh tahun lebih awal sebelum Malaysia menghantar kedutaan ke sana.

Cabaran terkini PMRAM menyaksikan serangan dari dalam dan luar mereka sendiri. Dari dalam:

a) pengembangan gerak kerja mereka - lebih ramai orang di dalam, lebih banyak kerja yang seharusnya disiapkan, tapi tak dapat diselesaikan semuanya atas masalah tertentu
b) masalah tipikal dan standard dalam mana2 society di institut pengajian tinggi. Anda boleh fikirkan sendiri.

Dari luar:

a) perubahan dasar politik dan permainan politik semasa Malaysia, yang seterusnya akan mengubah...
b) Dasar Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang akan mengubah pemilihan dan sponsorship pelajar Malaysia ke sana,
c) dan lebih menggusarkan, kawalan autokratik kepada pelajar Malaysia di sana akan lebih diketatkan - idea, persatuan, aktiviti universiti, semuanya akan dipantau. AUKU khas untuk mereka mungkin?
d) Rentetan-rentetan episod mihnah dan tribulasi lain. (Nantikan..huhu~)

Sekiranya UMRAN sangat bercita-cita untuk menongkah arus dan mengambil tampuk kuasa dan pengaruh PMRAM (baca: dan memanjangkan aspirasi k-pintar DSNTR), anda perlu memastikan terlebih dahulu 4 isu pertama di atas diselesaikan... barulah perjuangan anda ada maknanya. Kalau tidak.. masuk angin keluar asap daaa~

09 April 2009

Masa dari Pandangan Hadapan

3 perkara tentang masa depan yang anda perlu tahu (kerana anda akan mula menggunakannya)

a) teknologi hibrid - teknologi tenaga
b) teknologi nano - teknologi perindustrian baru
c) teknologi klon - akan menggantikan teknologi kitar semula

juga 3 perkara tentang masa depan yang anda perlu timbang2kan:

a) pertambahan kawasan longgokan sampah di merata dunia
b) kekurangan sumber kuasa berasaskan fossil dan galian
c) pertambahan penduduk bumi - bumi anda sama saiz, tapi penduduk di bumi semakin ramai

06 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!" part 2

Cara mudah untuk dapatkan lebih paw point dan jump to new level :)

a) gi exercise. :)
pergi ke Stadium, join Race dan Practice. Untuk kemenangan di Race, anda akan menerima 30 coin, dan 20 paw point. untuk kemenangan Practice, anda tidak menerima coin, tapi paw point tetap akan diterima. tempat pertama 20, tempat kedua 10, dan tempat ketiga 5.

b) berziarah ke petshouse lain :)
setiap kali ziarah, "make them happy". anda akan menerima 17 paw point untuk :
-gift yang anda hadiahkan pada mereka,
-untuk setiap makanan yang anda feed pada mereka,

Sehingga penuh bar hygiene, health dan happiness, anda akan menerima 5 paw point untuk:
- setiap effective brushing dan soaping yang anda lakukan pada mereka

Hikmah tersembunyi ;
a) Kita memang digalakkan bertukar-tukar hadiah sesama kawan2 dan jiran. Ada hadis nabi yang sahih, yang memaklumkan kita tentang ini. budaya bertukar hadiah setahu saya setakat ini masih belum berjangkit kepada masyarakat melayu kita, tetapi di US dan UK ia telah lama dipraktiskan, bukan semasa Thanksgiving atau halloween sahaja.

b) exercise memang sangat2 perlu kepada badan. tak kisahlah untuk Pets atau tuan punya Pets. kajian menunjukkan sel yang tidak menerima oksigen secukupnya dalam badan punya kecenderungan untuk menjadi sel kanser.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header