3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 January 2011

AJL : Bukan Jualan Langsung Punya Akta

Mendengar (ya, sebab bukan di rumah untuk berlibur buang masa scroll tv programs) AJL terbaru semalam, semasa makan malam sendiri, saya merasakan bahawa:

1)AJL semakin tak relevan
2)list kemenangan telah dibuat awal-awal lagi.prejudging ni isnt a baseless one
3)Faizal tahir akan ada dlm senarai yang dapat award, lagi dua kali AJL. (kalau sempat ada lagi dua la. rasanya tak)
4)tak payah la gebang sangat pada flow program, MC pun ....speeshesly LOL ( x kelakar okay, buat2 cucuk perut ni nk bg tulis LOL tu)
5)lagu yang baik tak semestinya masuk AJL baru akan naik dan stay lama dalam masyarakat

apapun tahniah untuk Ana Rafali. susunan muzik baru best

p/s: tolong ingatkan aku.... hari ni submit report

06 January 2011

Anger management : class 1

Sejauh mana penerimaan seseorang kepada faktor yang memicunya kepada kemarahan, banyak bergantung kepada banyak mana emosi positif dalam reservoir atau empangan emosinya tersendiri.

Al Balkhi dalam kitabnya (yang kemudian ditiru oleh Aaron Beck) ada menyebut, sebagaimana manusia menyimpan makanan yang elok sebagai bekalan ketika dia kelaparan, seperti itu jugalah secara umumnya keperluan manusia menyimpan emosi2 positif (termasuklah saat2 bergelak ketawa bersama rakan, kenangan makan makanan yang paling sedap bersama insan-insan istimewa dlm hidup, dsb..) ketika dia dilanda perasaan2 negatif.

Kemarahan yang negatif adalah bentuk perasaan negatif.

ketika marah melanda, amygdala secara asasnya menghantar rangsangan ke seluruh bahagian otak berkaitan memori, dan memicu memori berkaitan perasaan marah. Memori ini akan keluar.

bergantung kepada jantina, memori kemarahan ini boleh membataskan fungsi asal prefrontal cortex, mengakibatkannya menjadi lemah dalam menyelesaikan masalah, membataskan ruang lingkup pilihan2 tindakbalas kelakuan.

Apabila tindakbalas ini digandingkan dengan pemacuan adrenalin ke dalam darah dan tiba ke jantung, tindak balas kelakuan menjadi agressif.

Semua ini mampu dihentikan pada peringkat pertama: memilih untuk tidak membiarkan rasa negatif menjadi marah.

Ia hanya mampu dilakukan oleh orang2 yang sabar.

soalnya, bagaimana menjadi orang2 yang seperti ini?

Kita menjadi seperti mereka dengan mensyukuri tiap moments of happiness yang kita lalui, dan menyimpannya sebagai bekalan memori baik.

apabila kita marah, kita boleh berusaha untuk mengingati memori ini semula.

Ia lebih berkesan andai memori ini berkaitan dengan orang atau perkara yang membuatkan kita marah tadi.

Contohnya, kita marah Hasan kerana dia menumpahkan dakwat kita di atas meja.

dalam reaksi biasa, kita akan marah.

tetapi dalam keadaan kita memiliki memori yang baik, kita lebih mudah untuk tidak terus marah.

Hmmm.... so much for an anger.

27 December 2010

Bukan Sekadar Ucapan

Berubah bukanlah sekadar mengucapkan kata2 keramat "Aku Mahu Berubah!. Namun, menyediakan diri secukupnya dengan bekalan amat penting bagi membolehkan perubahan tersebut mengambil tempatnya.

Bekalan apa? Dan banyak mana? Itu bergantung kepada jenis perubahan yang mahu dimulakan.

Bekalan skil, kekuatan emosi, sumber kewangan, sekadar menyebut beberapa elemen penting dalam bekalan, banyak manakah semua ini diperlukan bergantung kepada perubahan macam mana yang kita mahukan.

Mungkin seorang yang mahu melepaskan diri dari ketagihan "cinta" yang menipu perlukan sumber kekuatan emosi yang lebih banyak, berbanding seorang yang baru belajar mengenali jantina lain sedari sekolah menengah yang hanya punya satu jantina sahaja.

Mungkin. Sekadar menyebut satu contoh. Mungkin ada benar dan mungkin juga ada salahnya.

Begitu juga suasana sekeliling. Perubahan memerlukan sistem sokongan yang baik, dan juga persekitaran yang membina.

Sistem sokongan itu boleh jadi keluarga yang akrab, rakan yang memahami. Persekitaran yang membina itulah suasana kehidupan sekeliling, yang positif.

Mengharapkan perubahan pada diri seseorang selepas berkahwin, ini relatif. Relatif kepada apa?

Walau perubahan itu tidak ada yang mustahil secara literal, ia masih relatif kepada ciri perubahan yang dimahukan dari seseorang itu.

Andai seseorang itu panas baran sebelum nikah (semasa kita berkawan dengannya), dan kita mengharapkan seseorang itu berubah menjadi lebih penyabar, lebih mampu bertoleransi selepas nikah, kita seharusnya perlu bersedia memikirkan jawapan buat dua soalan ini:

1) masihkah banyak lagi kebaikan dia yang mampu kita kenangi dan senangi bersama? (agar ia mampu menutup kelemahan sifat ini)

2) adakah sikap ini sangat berkaitan dengan personalitinya, atau sekadar ciri yang dibuat2 bagi memperlihatkan dia bukan seorang yang boleh diambil mudah?

Untuk soalan pertama, manusia boleh dan mampu, menerima manusia lain walaupun dia pemarah,dengan sebab 99 sifat kebaikan manusia itu padanya, dengan syarat dia mahu.

Untuk soalan kedua, isu sikap berkaitan personaliti ini tidak boleh dipandang remeh.

Personaliti, secara literal membawa maksud sikap yang tegar, stabil sepanjang masa, dalam mana2 keadaan sekali pun.

Ini boleh mengakibatkan sikap itu kekal sepanjang hayatnya. Adakah kita bersedia?

Sebab itulah perubahan memerlukan bekalan secukupnya.

Oleh itu, bagi pasangan yang mengharapkan teman hidupnya berubah selepas kahwin, renung2kanlah dua soalan ini.

Kehidupan "SEPATUTNYA" mampu membiakkan kecewa yang keterlaluan, dan kehidupan jenis ini mampu bertitik tolak dari pemahaman kita tentang jawapan pada 2 soalan ini.

Andai kita mampu berlapang dada pada kehidupan "SEBENARNYA", bahagia itu insyaAllah sampai ke penghujung surga dicita.

Andai bahagia itu pencarian bersama, jangan biarkan ada titik dan noktahnya.

Selamat pengantin baru, sahabat. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header