26 January 2011

Teori dan Kerjaya

Seorang sahabat pernah berkata, "bila masuk ke tempat kerja@alam

pekerjaan nanti, segala teori yang dipelajari di tempat belajar, tak

semuanya boleh dipakai."

"Kita akan menjadi lebih peka pada apa yang berlaku di sekeliling. Dan

pada masa ni, kemampuan menggunakan teori untuk huraikan semua perkara

belum tentu lagi akan jadi advantage pada kita. "

"Di sinilah kita akan diberikan kuasa dan kelebihan, (bagi yang tahu

lebih teori dari orang lain) sama ada kita juga akan buat perkara yang

orang lain buat dengan sebab mereka kurang ilmu (atau dlm bahasa

akademiknya, kurang teori).

"dari sinilah datangnya pemahaman, bahawa, "orang universiti tidak

boleh buat silap yang sama mcm orang yang tidak belajar tinggi2."

"Sebab bagi mereka, ruang lingkup kehidupan telah dimuatkan teori2

tertentu yang boleh menghuraikan kelakuan, juga menentukan sangkaan

baik atau buruk kita, juga membentuk persepsi pada tindak tanduk kita

sendiri, juga pada tindak-tanduk orang lain."

"oleh sebab inilah, kita mungkin akan langsung rasa tercabar dengan

karenah masyarakat, kerana hampir tidak sama langsung dengan apa yang

kita fahami dalam teori yang kita pernah pelajari."


"Pendek kata, teori dalam masa sebegini, sudah tidak sepenting amali.

yang penting kita buat apa yang betul, dan buat dengan betul."

Perbualan kami tamat di situ. Tapi apabila saya pulang berehat, saya

tersedar bahawa:

1) Untuk kita tahu apa yang kita buat itu betul, dan adakah kita buat

dengan betul, kita perlukan kerangka fikiran yang betul, (iaitu teori)

yang mendasar pada situasi dan aspek budaya yang betul.

2) Cabaran utama bagi lepasan universiti adalah bertindak dan berfikir

seperti mana orang yang sudah belajar teori... bukannya sekadar mencari

kerja yang betul2 'fit' dengan lulusan mereka.

Sebab kalau tidak, jadilah kita ini (lepasan universiti) sebagai orang

yang membelakangkan ilmu +etika + teori yang pernah dipelajari untuk

semata-mata memuaskan keperluan dan kehendak dalam wishlist, yang

pastinya hari demi hari akan bertambah, tak kira dengan cara elok atau

kurang elok.

Kalau ikut pendapat + cara anda, mcmana pula?

Sebab, pada pendapat saya, sebelum kita tamat belajar dari Universiti,

sistem yang ada, perlu dibangunkan supaya;

1) integrasi antara ilmu (teori) dengan amal (aplikasi@praktikal)

disahkan berlaku. boleh dicapai dengan aktiviti + program seperti

Portofolio Day anjuran Psychology Dept KIRKHS IIUM.
2) sistem pembelajaran Problem Based Learning diperbaiki dan diserapkan

ke dalam majoriti subjek yang relevan.

dari aspek pelajar pula:

1) perlu ada inisiatif untuk go beyond dari subjek di kelas.

penglibatan dalam volunteeristic activity sangat membantu untuk

integrasi ini.

2) semangat membantu kawan patut dipupuk secara positif.

Hmm... Later. =)

Teori: Pembuka Pintu Pemahaman Holistik

Fungsi teori yg saya sedar secara tak sengaja hari ni:

Bukan saja memudahkan orang untuk memahami situasi kita, tapi juga untuk memeningkan kepala kita untuk proses bila teori tu disanggah dengan teori yang lain.


Haha.

Apapun, langkah yang Dr Alizi pernah ajarkan dulu waktu ambil subjek Islam and Psychology memang sangat layak diberi pujian.

Belajar hubungkan teori dengan practical@aplikasi, memang sangat banyak membantu:

1) memahami teori lebih baik : kita mampu tahu di aras mana pemahaman kita mengenai satu teori
2) membumikan teori : supaya kita jadi orang yang berpijak di bumi nyata, makin banyak ilmu makin tunduk, sebab ilmu + teori menjadikan kita lebih faham manusia
3) memudahkan kita mengaitkan teori dengan apa yang pernah dipelajari dalam bidang lain
4) selalu sangat membantu saya memahami diri sendiri, dan memahami kenapa begitu dan begini. berguna ketika diri tengah down

Jom kita buat list teori + aplikasi untuk moments dlm idup sehari2, dan lihat sejauh mana pemahaman kita tentang hidup.

Sebab teori dicipta untuk memudahkan huraian dan pemahaman tentang satu idea. Bukan sekadar untuk menyusahkan kita menghafalnya dan memuntahkannya kembali di atas kertas jawapan.


Later :)

24 January 2011

design terbaru

Untuk program Sunnah Acculturation  bawah Mahallah Bilal, 2011.

Ini lah yang saya sempat uploadkan buat masa ini.

bunting Aurah campaign: 


bunting Imarah Musolla Campaign


Font Utama: SF Movie Poster
Font Khat; MS Diwani

Entah kenapa, sekarang saya sangat sukakan effect cahaya. Nak membuatnya pun tidaklah sesusah mana. Cuma perlu Sediakan 5 hingga 7 rectangles sama saiz, Transform > Perspectives, setkan Overlay beberapa layer filled with opaque white 100% , dan beberapa layet lagi dengan linear Gradient White to Transparent, overlaykan dan juga softlight, manipulasi opacity @ fill secukup rasa.
Jom cuba sama2 =)

*kedua2 design disiapkan sekitar 1 hingga 1 jam setengah.  Anda tentu mampu buat lebih cepat bila ada references dan bahan secukupnya. Dapatkan font di www.1001fonts.com

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header