10 January 2012

Hargailah Bakat Anda

Apa yang penting dalam hidup anda, (selain dari mencari kebahagiaan dan keredhaan)?

Jika anda tanyakan saya, antara perkara yang penting adalah, mengetahui diri saya berkembang ke tahap yang lebih baik. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang saya minati.

Itu belum lagi termasuk melakukan perkara yang saya minati dan dibayar untuknya.

Dalam hampir 3 minggu ini, saya diinvite masuk ke group Facebook berkaitan dengan seni digital painting atau digital colouring. WeLoveArts namanya. Group ni bagus sebab membernya peramah, tak ramai (lebih fokus), kurang gosip, dan banyak aktiviti memperbaiki seni lukis yang dianjurkan. Agak fun sebab ..... nak tahu? jemputlah join! =)

Dan setelah berkenal-kenal, komen mengomel mengomen dan belajar, dari aktiviti-aktiviti mereka, akhirnya saya menghasilkan vector pertama full body, untuk dua orang, dalam masa 4 jam. Lamanya~


Sekiranya anda berada di life-path yang lain dari apa yang anda pernah inginkan sebelum ni, tidak ada masalah jika anda masih mahu mengekalkan hobi + minat anda, dan dibayar untuknya.. asalkan anda tahu, minat dan sanggup bayar harganya.

Antara yang saya kagumi dalam designing, adalah Azah Ku Mi Ko.
Beliau tidak mengambil subjek Pendidikan Seni dalam SPM, apatah lagi dalam tempoh pengajian yang selanjutnya.

Namun bila saya ke artwork blognya, saya memang serius jawdroppingly  terkejut.

Hasil kerjanya macam yang saya biasa tengok di kalangan kawan-kawan yang ambil Arts. Tak percaya? Jemput tengok!

Ini adalah satu dari mungkin beratus-ratus bukti yang berjaya. Anda dalam ratusan yang mana? :)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

09 January 2012

Kereta Tak Mahu Hidup


Walaupun kereta tak lah sampai kena tarik, pengalaman bila engin kereta tidak boleh dihidupkan buat seketika, memang buat saya belajar menghargai erti tenang. =)

Apa yang bakal anda buat, jika anda dalam keadaan yang sama?

05 January 2012

Caj Kejam Telco

Salam alaikum semua buat pembaca InilahFahmi , acam hari ni, okay? :)


Saya buka Facebook seperti biasa (aktiviti biasa setiap pagi untuk cek tempahan dan soalan). Tiba-tiba sewaktu online saya nampak ini dari Tuan Tengku Ahmad Ridhauddin.
Anda yang tak terkena, belum tentu takkan terkena.

Baik anda baca.
Saya tertarik untuk kongsi, kerana, isu ini mungkin nampak terpencil dari isu entri SEO Amalina Che Bakri, tapi isu ni isu memang serius. Isu caj telco tersembunyi.

Celcom pun ada. Maxis pun ada. (Digi dan U saya tak pasti, tak pernah pakai.)

Nak tahu apa yang beliau tuliskan?

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header