22 September 2004

sAmBunG BloG 2

haha. dah sebulan tepat aku tak update blog. tak tau nak tulis apa lagi. mimpi? mm... dah tak sesuai lagi rasanya. lagipun, takkan nak tulis mimpi je? kalau pasal mimpi, banyak mimpi yang pelik pelik. pagi tadi je mimpi pasal rahman, kawan aku masa kat smap dulu. pasal pudin? hmm, pudin dah 3 minggu tak balik UIA. ntah mana dia pergi ntah. singapore agaknya. tadi aku gi ampang puteri, cari dia, takde pun. sama cam kes waktu aku masuk twin tower medical center. dia mintak tarikh lahir pudin, dan aku taktau. bila check nama, takde pun nama pudin. fuih... dah la rabak 25 ringgit tambang lrt ngan teksi nak gi ampang puteri tadi. tambang teksi ke lrt asia jaya rm 3.40, tambang lrt asia jaya ke ampang park 1.80, tambang teksi dari ampang park ke ampang puteri rm 5. tambang teksi dari ampang puteri ke wangsa maju: rm 7.50, tambang dari wangsa maju ke asia jaya, rm 2.40, tambang teksi dari asia jaya ke uia pj, rm 5.00. cuba korang jumlah kan.... ada la dalam 24.10kan? tu la pasal. mahal gila. dah lah. lain kali aku tak nak datang lawat pudinlagi ah.

19 August 2004

SaMBuNG BLoG


bila kukira derita menerpa,

rupanya nikmatMU melangit luasnya,

wahai TUHAN ampunkan dosaku yang melaut banyaknya,

moga dengan rahmatmu bisa kukesyurga....

17 August 2004

cuti cuti uia

mood: kenyang... gile babe.
lagu: if youre not the one... huu..rindu kat arfa.
assalamualaikum.

aku baru dua hari balik dari cuti UIA selama sminggu. Fuh... bes jugak balik rumah selama seminggu. Tapi macam takde beza pun duduk umah dengan duduk UIA. Tido jugak. Keh keh keh.


buat assignement fiqh guna kitab darjah enam munakahat... wah kah kah. Lawak siot.


Dapat tepon baru. Abah belikan RM 270. (tapi kawan aku beli RM 260 je. Alahai, RM 10 pun nak berkira ke? Abah beli pun dah cukup bagus. Nak harap duit simpanan aku dua bulan baru cukup nak beli handfon tu.)

tu je entry untuk kali ni. babai.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header