28 July 2008

Abnormal dlm Masyarakat Melayu: Satu Titik Pertemuan

Sebaik saja tamat kelas Abnormal Psychology Rabu lepas, minda saya telah terpujuk untuk merenung kembali isu-isu abnormal dalam masyarakat Melayu, yang seringkali bertembung dengan paradigma Western Psychology, khasnya dari perspektif biologi.

selepas berkongsi pengalaman family member dan relative terdekat kepada kelas, juga mendengar pendapat dari Dr Rahmatullah Khan dan beberapa pengalaman peribadi classmates, akhirnya saya tiba pada satu kesimpulan - hipotesis baru saya.

Mungkin sebenarnya masyarakat Melayu memiliki Potential Ressesive Gene dalam coding kromosom masing2 untuk hal2 berkaitan halusinasi dan delusi.

Dari aspek biologi, manusia juga boleh menjadi abnormal atas beberapa sebab. Satu daripadanya berkaitan dengan faktor genetic.

Dalam setiap sel badan anda, ada nukleus. Dalam nukleus ini, ada kromosom. Dan dalam kromosom ini ada DNA. Pada setiap salinan DNA ini, ada gen2 tertentu yang mengawal sifat dan kecenderungan manusia.

Hipotesis saya adalah, manusia yang berasal dari benua Asia Tenggara, mereka memiliki gen resesif yang membolehkan minda mereka menganggap mereka melihat,merasa dan mendengar perkara2 yang sukar dijangkau dengan deria manusia normal. Saya gelarkan Gen resesif ini sebagai MVR (monovisionresesif. Kenapa nama nya mcm ni? Sebab saya punya suka la rasa bunyinya sungguh cool. hehe :P )

Apabila dikatakan gen resesif, ia bermaksud:
1) Gen ini tidak akan memunculkan sifat tersebut tanpa faktor keturunan (faktor nature)Maksudnya, suami yang ada gen resesif MVR, berkahwin dengan orang yang ada Gen resesif MVR, anaknya akan memiliki Gen Dominan MVR dan membolehkan anaknya memiliki minda yang melihat perkara2 seperti ini dengan mudah.
2) Gen resesif MVR ini juga akan menjadi kuat dan dominan apabila faktor environment mempengaruhi minda seseorang, apabila ia diajar sejak dari kecil lagi untuk mempercayai cerita karut-marut tentang jin (faktor nurture). Walau pada awalnya mindanya tidak boleh melihat perkara2 ini, disebabkan imaginasi yang diforce-inputkan, akhirnya minda bawah sedar menjadi kuat dan memunculkan bayangan2 jin dalam bentuk yang telah disalahtafsirkan, kepada otak sedar.

Oleh sebab itu, perkara-perkara aneh seperti mendengar bicara jin, melihat lembaga aneh, melihat jelmaan, dan jin2 lain (self explanatory - saya tak mahu menambah kesyirikan anda dengan melabel jin dengan nama hantu-hantu bodoh itu), menjadi possible dalam masyarakat Asia Tenggara.

Walaupun berbeza kepercayaan, dan adat, jin2 ini akan muncul dan menyerupakan diri mereka dalam apa yang dibayangkan dalam minda.

Disebabkan gen ini sekata munculnya dalam masyarakat, maka yang sakit dan yang mengubat berpotensi untuk melihat perkara2 ini.

Dalam aspek Islamic perspective saya sendiri, dalam satu hadis ada disebutkan bahawa hidup kita ini memang telah ditentukan dari awal lagi, cuma bergantung kepada kita untuk hidup macamana - memilih untuk meyakini Allah, atau memilih untuk menyalahkan Allah. After all, life is just a test.

Interesting, bukan? Kesimpulannya yg saya dpt buat, perkara2 jin2 ini mungkin bukan sekadar kepercayaan. Tapi ia mungkin dah ada dalam genetik kita sedari awal lagi. Tinggal kita aje yang mahu percaya atau tidak. Dan tinggal kita saja yang mahu berdoa agar dijauhkan dari gangguan Syaitan dan Jin.

25 July 2008

Alkisah Ali dan Lembunya

Ali ke rumah tok penghulu mengadu lembunya dicuri oleh dua orang kampung yang dikenali, Halim dan Kamil. Halim dan Kamil pula berkawan rapat dengan menantu tok penghulu, Ghafar.

Selepas mengadu, tok penghulu berjanji akan menyelesaikan perkara ini, akan membawanya ke tengah. Katanya, "kita kena adil dengan semua org. Lagipun saya ni kan tok Penghulu. Kenalah berlaku adil." Ali berasa agak senang hati.

Then, tengahari tu, Ghafar pulang ke rumah. Tok penghulu bercerita kepada anaknya. Ghafar bengang dan takut kantoi. Sebab lembu tu Halim dan Kamil dah jual dan bagi sket share pada dia.

Jadi dia pun cakap kat ayah dia, "Ayah cari je lah orang kampung lain kat hujung kampung tu. Ala, budak yang "mental" sket tu. Biar dia je jadi kambing hitam. Kalau ayah tak buat, Ghafar bagi tau kat mak pasal Ayah gi Clubbing dengan ketua nurse kat klinik kampung tu."

Tok penghulu, takut dan terdesak, terus ikut je cakap Ghafar. Budak mental tadi dijumpai dengan kulit lembu dan sisa2 darah lembu atas katilnya.

Ali dipanggil tok penghulu. Tok penghulu berkata, report Ali dah diselesaikan.

Tapi Kamil dan Halim tak leh dihukum, "sebab takde bukti kukuh yang mengaitkan dorang dengan lembu awak pada hari kejadian berlaku. Saya kena berlaku adil dengan orang kampung saya."

Ali bengkek. Sebab dia ni bukan bodoh. Dia dah pun rekod kejadian tu dengan video cam anak sedare dia, apa yang takde buktinya pulak?! Dah terang2 lagi bersuluh dorang terbabit kan? Apsal dorang takleh dibawa ke tengah pulak. Betul kan?

Ali nekad, sebab lembu tu je dia ada untuk buat baja kebun. Dia buat salinan banyak2 video tu, print gambar mangkuk dua org tu tgh tarik lembu dia, hantar kat orang2 kampung. Imam pun tolong solat hajat.

Last2, orang kampung gulingkan Tok Penghulu dan lantik Ali jadi penghulu.

Agak-agak korang la kan, mangkuk2 tu kat mana sekarang? Gua panas hati tul. Korang ada nampak tak kat mana? Rasa mcm dorang masuk TV3 hari tu.

X faham? cuba baca yang ni.

22 July 2008

Cerita Seram :Nasi Lemak

Bala makan nasi lemak antarabangsa di kmpg baru menggunakan ilmu santau.....

NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA ...........

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untukmendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk
menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin
kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya
berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya
meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang
bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan biliske atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh dengan ............ ... ........... ...


Nasi Lemak !!!!!

Heh...Heh... Heh...Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer.........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????

*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ...... "Siut betul! bukan
main srius aku baca cerita ni



Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header