19 September 2007

Kalau PLUS Boleh, Kami Pun Boleh

Nafi untung RM400j

Heading ni nampak menarik. Tapi nampak macam dah biasa sangat. Cuba kalau kita tukar macam ni, jadi apa eh?

Kalau PLUS boleh, kami pun boleh

Ha, macam menarik kut. :P Nak tau apa isunya?

Syarikat tolak dakwaan kaut laba atas angin kendali eKesihatan

Rabu, 19 September 2007 | 7 Ramadan 1428

PETALING JAYA: Supremme Systems Sdn Bhd yang menerima kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengendalikan aplikasi eKesihatan, semalam menafikan akan meraih keuntungan 'atas angin' hampir RM400 juta dalam tempoh 15 tahun.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nordin Yahaya, berkata syarikat itu hanya mendapat kontrak mengendalikan aplikasi itu untuk tempoh lima tahun dan bukan 15 tahun seperti dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata, Supremme Systems hanya memperoleh kira-kira 13 peratus atau RM10 daripada kadar bayaran RM80 bagi setiap pemeriksaan kesihatan yang dikenakan terhadap pemandu kenderaan komersial.

Katanya, 50 peratus atau RM35 hingga RM45 daripada bayaran RM80 itu sebenarnya diperoleh doktor panel yang mendaftar dengan eKesihatan, manakala 34 peratus (RM25 hingga RM30) untuk ujian makmal dan RM2 (tiga peratus) pula caj kutipan Pos Malaysia.

"Kami hanya memperoleh RM10 dan jumlah inilah yang akan digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi penyaluran data pemeriksaan, penubuhan rangkaian unit pemantauan dan penyeliaan, unit khidmat pelanggan dan sebagainya," katanya pada sidang media di sini bagi menjawab tuduhan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan aplikasi itu.
Minggu lalu, JPJ mengumumkan semua pemandu kenderaan komersial yang hendak memperbaharui atau memohon Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Kenderaan Barang (GDL) diwajib menjalani pemeriksaan kesihatan serta ujian air kencing di 611 klinik panel menerusi aplikasi eKesihatan mulai 1 Oktober ini.

Bagaimanapun, peraturan baru itu yang turut mewajibkan pemandu membuat bayaran RM80 di pejabat pos, mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang mendakwa pelantikan klinik panel itu melanggar Akta Perubatan 1971.

Supremme Systems juga didakwa mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan dijangka memperoleh RM400 juta berdasarkan unjuran 800,000 pemandu kenderaan komersial di seluruh negara.

Nordin bagaimanapun menjelaskan pelbagai ujian, seperti air kencing bagi mengesan kandungan dadah yang dilakukan di makmal panel eKesihatan hanya mengenakan bayaran antara RM25 hingga RM30, sedangkan ujian sama di makmal komersial boleh mencecah RM68 hingga RM81.

"Dengan bayaran hanya RM80, pemandu juga akan mendapat ujian kesihatan menyeluruh. Adakah munasabah untuk mendapat pemeriksaan komprehensif dan ujian makmal dengan harga RM10 hingga RM20," katanya.

Mengenai dakwaan MMA bahawa persatuan itu tidak diberitahu mengenai pelaksanaan eKesihatan, beliau berkata perbincangan pernah dilakukan dengan MMA sebanyak dua kali pada 2005.

"Selepas menandatangani kontrak dengan JPJ, 3 September lalu, kami juga menulis surat kepada MMA pada 11 September untuk menjalin kerjasama teknikal dengan persatuan itu.

"Bagaimanapun, MMA hanya menjawabnya pada 17 September lalu. Apapun kita akan mengadakan perbincangan dengan MMA minggu depan untuk mengadakan kerjasama teknikal yang dapat meningkatkan lagi mutu pemeriksaan kesihatan," katanya.

Sambil menjelaskan syarikat itu bukan mendaftar doktor seperti didakwa beberapa pihak, beliau berkata, prosedur yang digunakan panel klinik sudah mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan berdasarkan beberapa siri perbincangan pada 2005.

Nordin berkata, JPJ juga berhak memantau syarikat berkenaan pada bila-bila masa dan boleh mengenakan penalti jika berlaku kesilapan.

"Kita boleh dikenakan penalti RM50,000 jika ada doktor panel kita didapati palsu, selain RM100 untuk setiap kes jika ada kesilapan dari segi pemeriksaan,” katanya.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails