13 October 2009

Emcee dan Kendiri

Jadi Emcee selepas 6 tahun pengalaman pertama yang teruk. Komen saya; Saya sangat bersyukur :)

Semalam, Isnin, 12 Oktober 2009, mungkin (?) menjadi milestone saya yang pertama dalam bidang pengacaraan.

Ia bermula dengan program Psychology Open Day. Program ini menghimpunkan sekumpulan ibu bapa bersama anak-anak mereka yang cemerlang, graduan Psikologi IIUM.

Bermula dari persiapan tempat, kami menyiapkan mana yang termampu, sedari jam 11 pagi kelmarin, hinggalah hampir jam 9 pagi semalam.

Terima kasih pada yang mempercayai potensi saya. (Ya, saya baru belajar meyakini potensi saya dalam bidang ini. Belajar membuat teks sendiri. dan Belajar untuk melontarkan suara buat kedua kalinya, bukan dalam bidang quran atau nasyid. Tahniah untuk diri sendiri, clap2. Alhamdulillah.)

Belajar mengenali potensi adalah langkah kecil pertama sebelum tatih2 seterusnya ke arah tahap yang lebih tinggi. Penerimaan dan galakan dari rakan-rakan sepersatuan dan kawan rapat khasnya, amat membantu kita memahami diri sendiri, seterusnya menggalakkan kita bergerak maju ke hadapan. (Teori hierarki motivasi Maslow mungkin boleh digunapakai dalam hal ini.)

Dan harap2nya ia tidak akan sekadar berhenti di situ :)

(Kalau ada program kecil-kecilan, dan anda ingin menjemput saya mengendalikannya, kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil saya tadahkan~ )

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails