15 November 2011

Movie Review: Tower Heist

Bagi yang belum memiliki apa2 aktiviti menarik untuk dilakukan pada midnight esok, saya cadangkan anda tonton midnight movie bertajuk "Tower Heist" di pawagam berdekatan.

Kenapa anda perlu tonton Tower Heist? (Berikan saya 5 sebab, Fahmi!)


1. Ben Stiller yang lain
Dalam Tower Heist , Ben Stiller tidak semata-mata menjadi pelawak magis, seperti dalam posisi kurator dalam cerita terdahulu A Night at The Museum. Tetapi Ben Stiller lebih bernyawa dan berperikemanusiaan. Juga dalam masa yang sama, kita bakal melihat Ben Stiller dengan watak Josh Kovaks sebagai satu catur yang melawan semula keberuntungan nasibnya.

2. Plot cerita yang tidak terlalu guessable.
Tower Heist, adalah konsep rompakan yang mungkin nampak baru. Ia lebih kurang, rompakan kepada Hotel, say, yang memegang rekod bangunan tertinggi. (teka-teki:namakan hotel tertinggi di Malaysia). Dan lari dari cerita rompakan yang biasa-biasa. Saya berani kata ia lebih baik dari Flypaper.

3. Peranan watak - pelakon yang menarik
dah lama saya tak nampak Eddie Murphy dalam mana2 cerita. Saya menjangkakan Will Smith bakal lebih menghasilkan paduan yang baik dgn Ben Stiller. Namun watak Slide dijayakan dengan baik.

Saya juga ada nampak pelakon yang melakonkan watak dalam kebanyakan movie + drama bersiri yang saya minati.  Tu yang best tu, actually!

4. Penggunaan diversion dari kedua-dua belah pihak
Diversion adalah teknik mengalihkan perhatian. Dalam Tower Heist, kita akan lihat bagaimana 'perompak' , mangsa rompakan , kedua-dua mereka menggunakan diversion untuk mengalihkan perhatian FBI. Malangnya FBI tidak cukup bijak. Kenapakah FBI menampakkan mereka tidak cukup bijak? Pendapat saya, media diminta menggambarkan FBI tidak berapa  bijak, agar penonton tidak tahu FBI sebetulnya sedang memantau mereka dari rumah mereka sendiri, lebih2 lagi ketika mereka sedang membaca entri ini.. :D

5.  Sebab ia memang best!
Sebab saya menonton Tower Heist dengan someone yang best, dan faham lawak movie English. :D

OK. sila prebook sekarang~!





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails