05 May 2012

Demam Avenger : Trivia Lagi



Trivia Avenger kali ini, melibatkan makanan pula. Makanan tu, pula, bukannya makanan sembarangan, tapi makanan Arab.

(Makanan Arab?Biar betik, Fahmi??~!!!)

Yup, memang makanan Arab. Haha~

Dalam scene akhir sewaktu Iron Man disergah Hulk, dia ada sebut tentang shawerma. Dia ada ajak Captain America join sekali, makan dengan Hulk.

Kemudian dia tanya, 'eh, shawerma, shawerma tu apa sebenarnya?"

Ini masanya, untuk saya tolong bagitahu Iron Man (macam lah boleh, Fahmi. Haha) inilah Shawerma.

Nak tahu apa tu Shawerma?

Menggunakan konsep panggang, Shawarma disiapkan dari daging bakar di satu tiang , yang kemudian dihiris-hiris untuk dijadikan intinya.

Jenis inti daging nya ni, boleh lah dipilih dari kambing ke, lembu ke, ayam turkey ke, kambing biri-biri ke..

Sewaktu shawerma disiapkan, daging tadi akan dicampurkan dengan sayur yang dimasak segar, dan disulamkan dengan sos buatan sendiri, agar ia meresap , dan rasanya sebati dengan shawerma tadi.


Shawerma yang lazat.~ credit to www.foodhealthinfo.com
Shawerma dimakan dalam bentuk roti kebab, roti pita. Jenis roti ini akan menentukan kualiti, dan juga harganya.

Boleh lah kita kata, Shawerma ni, makanan yang hampir lengkap juga. Lagi-lagi bila dimakan dengan yougurt, susu masam atau tairu.


Kandungan tenaga dan zat dalam shawerma , bagus diambil untuk mereka yang mahu gantian nasi.  Agak bagus untuk mereka yang suka bersenam dan sedang dalam pengurusan badan.


Jika anda sempat, carilah shawerma ni di lokasi di mana-mana ramai orang Arab dan Afrika Utara (Algeria, ) datang berkumpul. Star Hill , contohnya.

:)







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails