3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 April 2012

Demam Avengers

Credit kepada EMoviesDownload.com


Amerika dan Medianya memang bijak mengkomoditikan sensasi patriotisme mereka.

Mereka asalnya mencipta kartun untuk membentuk sentimen patriotisme yang berselindung di bawah imej manusia berkuasa luar biasa.

Pada waktu itu, Perang Dunia Kedua baru sahaja usai. Demi memulihkan imej, dan semangat penduduk US, melalui satu perancangan 100 ratus tahun yang tersusun, mereka pun menghasilkan komik, bagi mencapai generasi yang memiliki sentimen yang mereka mahukan.


Dengan itu, DC Comics dan Marvel Comics pun dicipta. Satu demi satu watak dibentuk, dan dijadikan majalah komik.

Jika DC dengan Superman, Batman, dan lain-lain adiwira nya, termasuk lah juga Justice League, Marvel pula dengan siri X Men, Wolverine, Hulk, Iron Man, Thor, Black Panther, Captain America, Black Widow, dan lain-lain lagi.


Begitulah akhirnya, hinggalah 27 April, di Malaysia, apa yang pernah ada di US 70 tahun dahulu, tiba di sini.

Berdasarkan storyline Marvel Cinematic Universe , satu bentuk alam semesta yang dicipta demi menghubungkan watak-watak dalam Marvel, The Avengers bakal ditayangkan di Malaysia.

Dikeluarkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney, cross-over Avengers melibatkan, hero-hero yang telah diperkenalkan sebelum ini lagi , dalam siri Marvel.

Mereka adalah Iron Man, Hulk, Thor, dan Captain America. Dalam cinematic Avengers kali ini, dunia digambarkan berdepan dengan serangan alien (lagi... hmmm).

(Kenapa saya harus tonton Avenger kali ini, Fahmi?)

Jika anda sukakan aksi, anda akan rasa ia berbaloi.

Jika anda suka berfikir tentang sejarah (biar pun nampak mengarut, dan suka mengaitkan apa yang anda pernah tahu, dengan apa yang anda bakal ketahui, anda akan sukakan Avenger.

Jika anda memang follower tegar Marvel Series, well.... apa lagi yang harus saya katakan.

Pergilah book sekarang! :D


Pada yang belum lagi sempat tonton kisah-kisah prekuel yang membawa (atau melibatkan) campur tangan Avenger, anda boleh download cerita-cerita tersebut terlebih dahulu.

Barulah feel, nak tengok Avenger Jumaat malam ni, nanti :P


p/s: story line cerita ini akan sedikit sebanyak sama dengan Ultimate Avengers (animated edition, boleh search dan dowload di youtube atau mediafire.com, kalau hebat )siapa yang dah tengok, jangan kecoh-kecoh okay.. nanti jiran seat sebelah merajuk. #troll







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

22 April 2012

Android X8: Modifikasi

Ya, saya memang agak terlewat untuk teknologi android dan updatenya. Tapi, saya masih rasa nak berkongsi juga.

Yalah, kita mulakan dari yang kecil2, boleh lah jadi yang besar2 kemudiannya, kan? =)

Modifikasi yang saya telah lakukan pada X8 Setakat ini adalah:

1) Upgrade OS 

Dari Eclair, saya tak jump ke Froyo, tapi terus ke GingerBread.

Sekarang saya gunakan GingerXperia. Minggu depan , selepas backup, saya nak cuba jadikan X8 kepada W8 dengan fungsi supersave battery. Kekurangan X8 yang saya rasakan selepas tu, saya expect, akan berpunca dari perbezaan ram yang sekali ganda kecil, dari W8, walaupun kuasa CPUnya sama. Tapi tak mengapa, kita lihat apa jadi selepas overclock. #gelakNakal

2) Gunakan Dual Launcher.

Ada sesetengah Application yang cuma boleh digunakan dengan launcher yang tertentu. GO Launcher widget, tak semua nya boleh match dgn GingerXperia. (Peh, bajet lappy dualboot ke apa, Fahmi)

Yang penting, GingerXperia ada satu effect saya suka , dari Iron Man 2. ;)


3)  ke Arah Workout-based Phone

Install beberapa widget yang membantu , memang buat workout rasa lebih seronok. Saya memang terfikir sejak seminggu lepas, alangkah bagus jika waktu kita push up , kita cuma perlu sentuhkan hidung pada screen untuk counting-up.  Baru pagi tadi, alhamdulillah, saya jumpa APKnya di Play.

4) ke Arah Server-Editing-Enabled Phone


Dengan Terminal Emulator dalam GingerXperia (yang bakal diexplore secara all-out tak lama lagi) dan AndExplorer, saya nak cuba masuk ke server file Flash dan lihat sama ada saya boleh kawal banyak perkara dari situ.

Hehe.. =) Saya tukar ke Android OS bukan semata-mata sebab cantik effectnya saja. Mudah2an lebih semangat untuk buat kerja dan teruskan hidup macam biasa.

Kehilangan , biarpun masih terasa, saya tetap perlu cari motivasi dan sebab untuk teruskan langkah. Yang pergi, belum tentu mahu datang singgah lagi. Yang tertinggal ni, perlu lah kejar hidup ke perhentian sterusnya.

Betul, kan? =)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Android X8: Modifikasi II

Page "Carian" MadaniGX.
 Kelebihan GingerBread antaranya adalah kelajuannya, kemampuannya overclock CPU dengan governor yang baik, (dengan risiko error yang kurang), dan built-in features yang menarik.

GingerXperia di MadaniGX saya, yang saya perasan:

1) menggunakan CM7 (CyanogenMod)
2) lebih laju dan stabil dari Eclair asal saya
3) Memiliki Internal Memory yang lebih tinggi dari Eclair Asal , iaitu 300 MB.
4) Option install application ke SD Card, bermakna, kurang memory digunakan untuk Application, dan bermakna, lebih Virtual Memory untuk operasi telefon.
5) built in software yang menarik , antaranya Voice Dialer, Direct Dialer, Interface Call yang supermenarik, Terminal Emulator (command prompt style Linux), Live-Ware, Xperia Events/
HomePage. Tekan Butang Home sekali, dan saya boleh nampak semua yang penting untuk hari ni.
 Jika anda perasan, Widget Music untuk gingerXperia ini sedikit berbeza dari Eclair asal. Dan sebetulnya, bukan itu sahaja. Ada gesture mode untuk kawalan Music di sini. Diilham dari W8 dan Live, kita boleh:
a) gunakan Gesture - hanya perlu swipe dan lukis bentuk tertentu untuk Shuffle Playlist, Pause, Play, Next Song, Prev Song, buka Playlist Menu,
b) Tekan lama butang Volume (atas dan bawah) untuk ke lagu sebelum atau selepasnya, tekan lama butang Camera untuk Pause. Mode ini applicable apabila screen lock. Tekan sebentar butang2 ini , dan ia berfungsi dengan fungsi asal.

Jam analog. Saya lebih suka yang ini dari digital Clock. Widget, dari GO.

Toggle Button, untuk penjimatan dan view yang lebih menarik dan visible, pada waktu malam. Cahaya amber, lebih lembut untuk mata, kurang silau, dan lebih battery-saving.

Media - Self explanatory. Set dalam bentuk folder, ada FM radio, Music Player, dan video.

Oh ya, have I told you that gingerXperia has XLoud feature? Xloud membolehkan, pada volume level separuh sahaja, bunyi yang dihasilkan menyamai kekuatan bunyi full-fledged Eclair yang asal.

Selain itu, fungsi asal Music player dari Eclair juga dipertingkat menyamai W8. Ada fungsi equalizer dengan 12 presets termasuk Accoustic, Vocal Enchancer, Treble Enhancer, Treble Reducer, Bass Boost dan Bass Reducer.


Page "Talaan Kuasa". Semua hanya tentang performance dan Saving.
Page Talaan Kuasa,  saya penuhkan dengan Widget GO Power Meter, Power Control Xperia, Performance dan Widget Option button dari CyanogenMod.

Untuk penjimatan kuasa, saya hanya perlu pilih SuperSave. Untuk on kan bluetooth, WiFi, data transfer, brightness, sync, GPSMode dan Taskkill, tekan je butang yang ada di bahagian atas tu. Seronok, simple sangat =)

Dengan GingerXperia cyanogenMod ni juga, saya hanya perlu tekan butang power, untuk screenshot. Macam PrintScreen button di Keyboard kita .

Selain tu, kalau di Eclair ada Power Off, di Ginger, bukan saja ada Power Off, tapi ada Reboot. ~ =)
Cool , kan!

Kepada pembaca yang juga gunakan X8 , anda boleh jawab soalan ini, dan di entry seterusnya, kita boleh kongsikan bersama. Anda hanya perlu tinggalkan komen di IntenseDebate di bawah, dan saya akan add komen2 anda yang lengkap dengan jawapannya, di entry berikutnya. =)

Apakah widget, dan apps yang anda sukai dalam X8 anda? Kenapa?



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header