31 October 2011

Domain DotCom

Mengikuti trend Nuffnang di web mereka, penghasilan blog yang berkualiti (untuk mereka kongsikan advertisement mereka ) meningkat dari tahun ke tahun, sehinggakan mereka mampu mengadakan acara tahunan blog paling hebat dan awards yang lain. Faktor ini turut dimainkan oleh penggunaan dotcom.

Sedarkah penggunaan dotcom memungkinkan banyak perkara?

Rank yang lebih baik (ketepikan sementara isu Google Panda), trafik yang lebih stabil, dan imej yang lebih professional (bergantung kepada niche), adalah antara sebab kenapa kita perlu ada dotcom sendiri.

Namun, apa yang biasanya merisaukan pengguna adalah, bila dah selesa dengan domain blog provider, contohnya, dotwordpress , dotblogger, atau dottumblr, kerenyahan atau kelecehan re-configuration (konfigurasi semula) untuk widget iklan (Nuffnang, Advertlet), dan page rank , serta follower, menyebabkan tidak ramai yang bersungguh-sungguh mahu bertukar 'nametag' dengan dotcom.

Itu belum kita ceritakan lagi tentang domain provider yang mengalami masalah IP server down, yang bakal mengakibatkan kita dan para pembaca tidak dapat mengakses blog dotcom kegemaran mereka.

Juga, kita belum ceritakan tentang jangkamasa yang diambil untuk propagasi domain baru kepada link blog tadi.

Juga belum kita cerita tentang skeptikal tentang dotcom dan attitude blogger.

Itu semua memang ada betulnya (walau banyak yang tidak betulnya juga).

28 October 2011

Movie Video Game : Ra-One

Agama sebagai motif plot cerita, bukanlah sesuatu yang asing lagi, dalam industri filem mana-mana produksi.


Namun, menggabungkan video game dengan unsur agama, adalah suatu yang agak baru , nyatanya.


Teknologi yang cuba dimanifestasikan dari Artifical Intelligence dan Interactive Imaging System, yang digabungkan dengan manipulasi gelombang berbit (bermaklumat), dikatakan bakal menghubungkan dunia digital @ (digital frontier) dengan dunia realiti kita.

Ra-One, as the name suggests, mempunyai double meaning, dalam kaitan antara dua-dua unsur. Dalam Video game yang dihasilkan oleh Barron Industries ini, RA-One juga (kalau tidak silap saya,) direfer sebagai Random Access Version One. Menarik, kan?  Apa lagi, jom...

27 October 2011

Mencari Dalam Gelap: Dont Be Afraid of The Dark

Bila gelap malam menyelubungi, keberanian saja belum cukup untuk mendepankan kita dengan apa yang kita belum nampak : Pakcik Din (bukan nama sebenar)
25/10/2011:Premier Screening Dont Be Afraid of the Dark. Inilah kali pertama  kedua saya berjaya mendapat hadiah contest berbentuk public, dan rasa sangat teruja nak berkongsi. Secara peribadi saya sangat berterima kasih buat Nisa Kay atas kesudian berusaha sama ^^

Tiba di Midvalley sekitar jam tujuh malam, setelah saya dan kawan istimewa blogger berjaya menemui lokasi solat, kami terus kan perjalanan ke tingkat atas untuk minum dan makan, sebelum mengambil ticket di Kaunter Nuffnang , GSC.

Jam 9.10, kami masuk ke cinema hall. Jom kita tengok cerita Don't Be Afraid of The Dark!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header