3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 June 2010

Mencari Diri Bahagian III: Pemimpin yang Adil

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
penyelamat umat dunia dan akhirat
tiada keadilan umat kan huru hara
pemimpin menanggung dosa rakyatnya

pemimpin yang adil orangnya tawadhu
boleh duduk sama dengan rakyat rakyatnya
kehidupan tidak jauh beza dengan rakyat
kepentingan rakyat lebih utama

dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
kasih sayang terserlah dimukanya
dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
kasih sayang terserlah dimukanya

sombong dan takabbur tidak ada pada dirinya
rakyat taat dan sayang padanya

kepentingan rakyat sangat dijaga
wang rakyat dan negara tidak disalah guna
rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
rakyat diajak mentaati Allah

pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
mengingatkan rakyat tipu dunia
akhlak yang mulia, pakaian dirinya
rakyat hormat, bukan takut padanya

pemimpin yang adil sangat dikehendaki
penyelamat ummah dunia dan akhirat
tiada keadilan umat kan huru hara
pemimpin menanggung dosa rakyatnya

pemimpin pempimpin di akhir zaman
kebanyakan pencetus huru hara
pemimpin pempimpin di akhir zaman
kebanyakan pencetus huru hara

untuk melindungi kesalahan dirinya
dia tuduh orang melakukannya

pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
mengingatkan rakyat tipu dunia
akhlak yang mulia pakaian dirinya
rakayat hormat bukan takut padanya

mana nak dicari pemimpin yang begini
di mana nak dicari pemimpin yang begini
mana nak dicari pemimpin yang begini
di mana nak dicari pemimpin yang begini

Nada Murni, "Pemimpin yang Adil". Renung2kanlah =)

22 June 2010

Mencari Diri Bhg II:Suatu yang Pernah Ada

Ku mencarimu dari makna kalam suci.
Ku mencarimu dalam tiap mata insani
yang merenung
suka, kagum dan benci.

Ku mencarimu dari wajah-wajah mereka
terlukiskan dalam kanvas biru maya
Apakan terlihatkah kesyukuran
Tiadakan terasakah pengharapan?

Dan engkau hilang
dalam cahaya terang
dan engkau jauh
walau langkahku beribu

masakan lagi bisa ku fahami
kini kau jauh, dan kini kau pergi
dan semua walau ada
padaku takkan sama

dan engkau hilang
tinggalkanku, terbang
dan engkau pergi
cari yang lebih pasti

singgahsana mencari
mahkota yang pergi
abid memanjat ratib
menyentuh kalbu
mana lagi harus aku
menyusurkan kaki
barat timur
di kaki mentari?

11 May 2010

Mencari Diri Bhg 1: Yip Man 2


Yip Man 2

Bukan sekadar kungfu, Yip Man 2 adalah satu cerita yang sarat dengan nilai. Benar2 sarat, hingga terkadang membawa saya berkrisis dengan diri sendiri buat seketika.

Nilai kekeluargaan, nilai belajar mempertahankan diri, nilai kesaksamaan dan hak individu, nilai menghormati yang lebih berusia, meskipun yang muda mungkin lebih baik kualitinya dari yang masih ada. Dan ini cuma yang masih tersebutkan.

"Sifu, agak2nya sifu boleh kalahkan sepuluh orang dalam satu masa?"
soalan ini tidak dijawab dengan show-off, sebaliknya ia membuktikan satu lagi nilai: perbuatan lebih besar kesannya dari kata-kata. Yip Man datang mengambil Leung dari kawasan pasar Hung, dan melawan lebih dari 10 orang dalam satu masa.

"Sifu, kalau semua bersenjata dan sifu tidak, agak2nya boleh juga ya sifu kalahkan mereka?"
Soalan ini dijawab dengan sinikal, juga tanpa show-off: "kalau boleh lari, lari je la.." Satu pawagam tergelak termasuk saya, haha.

Babak paling mendebarkan adalah ketika Yip Man melawan Twister. Saya berfikir, dah takde nama lain ke? nama jus oren feveret juga yang jadi nama antagonis. Kelakar.

Trivia pertama yang saya perasan, Yip Man, dalam pertandingan pemilihan untuk membangunkan pusat latihan Kungfu Wing Chun, telah mengalahkan kungfu elemen 5 binatang lagenda, iaitu Mantis (mentadak mentadu), dan Helang. Sejurus selepas itu, Yip Man dicabar oleh pengerusi persatuan pusat2 latihan Kungfu, iaitu sifu Hung, yang menggunakan gabungan elemen Harimau.

Trivia lain, akhirnya saya faham, kelemahan martial art bagi mereka yang bulked up dengan muscle adalah pada titik2 yang menyambungkan curve otot ke otot yang lain. Contohnya, Yip Man telah menyerang beberapa kali pada titik yang menyambungkan tricep ke otot selangka, dan otot bicep ke otot lengan, pada finishing moves.

Dan paling penting, kata2 yang diucapkan Yip Man, "dengan kemenangan ini, saya tak mahu kalian mengganggap kungfu Cina kita lebih baik dari tinju tangan Barat. Yang penting, saya mahu, kita semua faham, meskipun kita boleh menjadi lebih baik dari sesiapa pun, tak siapa punya sebab untuk merendahkan maruah orang lain, kerana setiap orang punya ketinggian maruah yang sama."

Bagi yang belum menonton, hadirkanlah diri anda ke pawagam atau carilah di mana2 ada sumber yang boleh didownload.

Yip Man 2 bukan sekadar kungfu. Pasti anda puas hati. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header