3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

07 July 2004

al maunah... satu persoalan untuk difikirkan

lagu: alangkah indah hidup bersama Ilahi
mood: hah.. penatnya.

tadi baru keluar gi 14 keluarkan duit. mula mula gi jumpa fellow dulu amik surat. Pehtu, baru gi 14, setelah tunjukkan surat pada pak guard. keluarkan RM120. pehtu jalan jalan gi MPH bookstore kat 14.
Baca buku pasal Almaunah dari tulisan zabidi mohamed- penulis novel tersungkur di pintu syurga... alamak memang gempak habis!
Zabidi berjaya mewujudkan 'video' dalam kepala aku yang berserabut dengan neuron dan akson akson yang sentiasa berlawan antara satu samalain dalam usaha menguasai sistem pemikiran zig zag aku. Ceh, macam power je.
Aku memang betul betul terkejut bila baca buku tu. Selamanih, aku fikirkan mende tu mende yang macam lakonan je. Rupanya betul. Aku boleh bayangkan macam mana zahit muslim tu begitu tensen apabila melihat amin yang selamba yaya mengeluarkan ayat "sekarang ni kawasan ni medan jihad. Siapa keluar darahnya halal!".
Macam mana ustaz suhaimi yang dalam rasa bersalah yang amat sangat kerana meninggalkan ibunya yang sedang uzur untuk mengikuti "latihan peperangan" di bukit jenalek hanya kerana menggantikan rakannya yang tidak dapat pergi bersama ahli lain.
Macam mana 'leftenan' memberi arahan kepada pengawal agar turun buat jalan itek sejauh 15 meter, buat star, ketuk ketampi, sambil 'mejar' (ahli al maunah) yang lain memunggah senjata senjata ke dalam pajero.
memang gila!
dan yang paling tragis bila isteri kepada amin menyebut... sudah la bang . hari ni hari jadi abang.... balik la bang... dalam mikrofon , dalam usaha untuk memujuk amin menyerah diri.

Tapi ada sedikit huraian taksub yang aku agak kurangsetuju.. (ala biasa la kan? mana ada mende yang kita setuju semuanya? kalau tak buat apa Allah cipta Akal?).

Akhirnya zabidi merumuskan keadaan taksub yang melingkari pengikut al maunah sebagai ketaksuban yang melampau, sama seperti ketaksuban yang melingkari penuntut al-arqam dahulu dengan abuya... tapi dalam al maunah ni, dia pakai istilah rahsia dalam rahsia. Maknanya, apa yang guru cakap mesti ikut, walaupun nampak tak logik dan pelik tapi mesti sentiasa bersangka baik dengan tokguru, kalau tak ilmu tak berkat, jurus tak menjadi (Nasrul Haq).

Amin juga didakwa mendengar suara dalam mesyuarat ghaib para wali.. sedangkan yang berlaku sebenarnya angkara jin.

persatuan almaunah indonesia juga mengkritik amin, dan guru kepada al maunah indonesia juga tidak mengaku amin sebagai anak muridnya, kerana cara pengijazahan ilmu yang tidak sama langsung dengan pengijazahan ilmu silat yang dilakukan oleh al maunah yang 'original', di mana pengijazahan amin dilengkapi dengan minyak dan air panas, ditetak tak putus..... sedangkan dalam pengijazahan yang sebenar takde langsung pun camtuh.

tadi rasa macam nak beli buku tu, tapi kalau beli, alamat tak cukup duitlah nak balik kampung. So, terpaksa resist the urge la. tapi okeh what... speed reading 1 jam setengah boleh habis buku tebal dekat seinci.

pesan aku, baik korang gi baca buku nih. lebih baik dari taktau apa apa pasal al maunah.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails