3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 February 2009

Blue Blink : suatu kupasan



Disclaimer:Saya tau tajuk ni tak contemporary, tapi saya akan menyusulkan edisi Fahmi mengenai sekolah vernacular. Sebab saya sedang siapkan assignment tu untuk subjek History of Malaysia saya :P


Ada sesiapa masih ingat kartun ini? Huhu :P Ia adalah satu-satunya, (mungkin yang pertama buat saya,) menonton kartun bercorak pengembaraan.

Kartun ini, secara tak sedar, telah membawa personaliti saya menjadi seseorang bermindakan pengembaraan. Suka bermain game RPG. Suka explore jalan baru. Suka berkenalan dengan orang baru .Setiap hari.

Dari satu aspek lain, ia mengingatkan saya kepada sejarah lampau saya, dan juga sejarah Malaysia (eh? macamana tu?) Pada ketika ini (sekitar tahun 1990-1995), ulama Malaysia dan jabatan2 agama di kebanyakan negeri dalam Malaysia, mengingatkan kementerian penerangan untuk mengurangkan kartun-kartun bercorak tahyul. Yup, doraemon masa ni la dia keluar, haha~

Pada tahun ini juga, cerita Fantasia (antara barisan filem pertama arahan Shuhaimi Baba) telah dilarang tayangannya oleh LPF atau lembaga penayangan filem. kenapa? Kerana ia ada unsur tahyul. (plus khurafat sekali, katanya. Malangnya, pada zaman skrg, LPF lepaskan pula cerita seram-seram badak Melayu yang tah hape2. makinlah sesat orang Melayu dan labu-labunya ).

Yang anda sebut-sebut tahyul tu, anda tahu apakah tahyul sebenarnya? Tahyul literally datang dari perkataan arab, takhayyul yang membawa maksud berimaginasi. Ia bermakna, ia adalah sesuatu yang boleh dibayangkan.

Kaitannya dengan minda kanak-kanak dan eksplorasi mereka. Kanak-kanak berfikir menggunakan daya imaginasi. Daya imaginasi memacu naluri kanak-kanak untuk mencuba dan mengenali dunia dari kaca mata mereka sendiri. Otak kanak-kanak adalah imagination driven by nature.

Kenapakah manusia berkhayal? Manusia berkhayal atau berimaginasi untuk keluar dari dunia sebenar. Hakikatnya, dunia sebenar yang kita duduki sekarang penuh dengan kebencian, bahaya dan realiti yang belum tentu mampu didepani oleh semua.

Jika anda ingat, inferiority kompleks yang dihidapi oleh watak yang dipegang AFdlin Shauki dalam Buli, menyebabkannya lari ke alam fantasi untuk mencari kekuatan. Intipati idea saya: berani imaginasi bagus, tapi lebih baik bila kita berani mengekpresikannya ke dalam alam sebenar. Hakikatnya, "what the mind can perceive, it can actually achieve."


Apabila Blue Blink ditayangkan, cerita ini tidak disambung untuk musim keduanya, selepas jalan ceritanya didapati pada masa itu, semakin mengarut (ya, ia melibatkan dewa maut, sesuatu yang tidak boleh diterima oleh agama kita, saya tak nafikan).

Dan kartun kegemaran kanak-kanak kami masa itu telah digantikan dengan kartun yang lebih bercorak kesukanan pada tahun berikutnya, contohnya Kickers, Captain Tsubasa, Dash Yankuro, dan lain-lain lagi.


Seronoknya mengenang, haha.


akhirnya, saya kembali memiliki sesuatu yang mahu dikongsi : kegembiraan zaman bernama kanak-kanak.

p/s:setiap kamu dewasa memiliki kanak-kanak dalam diri kamu. jangan kamu bunuh mereka disebabkan kamu ingin berlagak serius tah hapa2 :P

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header