3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

17 February 2006

sampai padamu...

cintailah insan kau kasihi
dengan sekadarnya
kerana kelak engkau mungkin akan
membencinya pula..

bencilah manusia kau musuhi
dengan sekadarnya
kerana kelak engkau mungkin akan
mencintainya pula...



[saujana]


bergelumang dan terhuyung hayang,
dalam keriuhan jiwa,
mencari erti kasih dan cinta,
sedang rindu tak pasti lagi untuk siapa,
kerana semuanya tak lagi seperti biasa...

bila sunyi bergemerincing,
tak terdengar suara hati yang membisik,
"jangan.. jangan.."
sedang di sini, (tunjuk dan usap2 kepala)
tekad dan semangat menyesak,
bergumpal-gumpal,
menyaksi prinsip pegun yang akhirnya teralih arah,
kerana hadirnya rasa itu,
tersaksi pada lenyapnya rasa benci,
silap dan bersalah..
sejak kau kembali ke situ,
bersemayam di singgahsana hati..

buatkan aku tersadung,
lelah, keputusan nafas,
dalam larian mencari kemaafan dan ruang,
untuk kuberikan hadiah pengharapan
pada kau yang sering kumimpikan...

tapi kau begitu gharib, asing,
dengan pendirianmu yang tersendiri,
teguh,
namun kadangkala mengundang pening,
kerana bolak balikmu
antara menyepaikan rasa kasihan,
dan membina ketegasan sekeras batu..

pintaku,
semoga diri ini
tak akan buat kau keliru, benci, atau tertipu...
semoga masih ada lagi ruang buatku,
agar bayu kasih berpuput
dan sampai padamu..

14 February 2006

mencari semangat yang hilang..



ni adalah portal yang penulis cuba libatkan diri, cuba nak aktifkan diri dalam alam maya, bukan sekadar tulis blog je. nak cuba sedaya yang mampu. tak harap jadi gemilang sangat atau jadi founder mana-mana forum, cuma nak memeriahkan je, dan mencari semangat yang hilang.http://alif.com.my

02 February 2006

Ikut kreatif sendiri. :)

Penulis berbual bual dengan insan tersayang malam kelmarin (selasa mlm rabu) masa tonton Natasya bersama famili. Kami berbual tentang satu adegan di awal cerita, di mana Rahimi ditikam ketika cuba selamatkan Natasya dari dirogol oleh perompak. Juga tentang Natasya yang 5 hari tak makan kerana sedih dan rasa bersalah sangat atas apa yang telah terjadi kepada Rahimi dan keluarganya. Bukan nak fokus kepada 2 babak ni, (walaupun perbincangannya agak menarik dan menyentuh jiwa), tapi nak fokus pada rancangan selepas Natasya, iaitu Mr Bean.

Insan tersayang ni cakap (via sms), "kenapa rancangan Mr Bean ni masih orang nak tengok walaupun dah boleh hafal lawak2 nya.. siap promo lagi tu."

Penulis berfikir seketika sebelum menjawab, "sebab sikap manusia sendiri yang suka mencari orang yang kurang akalnya dari dia untuk dijadikan bahan ketawa."

Alasan: memang susah nak jumpa orang yang tak suka gelakkan atau kutuk orang lain yang buat bende tak betul pada mata dia. (bukan nak menafikan memang ada sesetengah orang yang tak buat macam tu, malah tolong betulkan pun ada. penulis pernah jumpa orang macam ni.)

Dia reply semula: " mm.. mencari orang untuk diperbodohkan? menarik. tapi boleh tak kalau kita kata MrBean cipta lawak yang orang tak pernah nak fikir?"

penulis diam, untuk 3 minit, sebelum menjawab semula, "Itu bergantung sebenarnya. :)" (tak nak kalah, haha..)

Bagi penulis, lawak memang Mr Bean dicipta untuk buat orang ketawa, tapi kalau penulis nak kata lawak tu tak pernah difikir, ada betul dan ada salahnya.

Mr Bean dalam mewujudkan "Mr Bean" palsu pada kerusi (dgn ideanya bahawa TV mengesan kedudukan Mr Bean supaya Mr Bean tak dapat tengok TV), itu kreatif. Tapi dalam masa yang sama, kalau ikut logik, TV takde keupayaan mengesan haba, jadi dia tak boleh detect Mr Bean di mana. Mungkin logiknya pada sistem penerimaan signal TV yang memang boleh diganggu oleh aura (medan magnetik) pada badan manusia. Itu memang boleh dihujahkan.

Tapi kalau aksi berlawan pedang dengan seekor lebah yang nakkan kuih yang dipegang oleh Mr Bean, logik penulis tak dapat menerimanya sebagai kreatif. Orang tak pandai je buat camtu. (dalam babak ni, penulis terimanya sebagai lawak yang tah hape2.. kelakar2 saja je lah, takde yang merangsang pemikiran.).

Babak yang paling tak praktikal tapi buat penulis kagum dengan penyelesaian yang Mr Bean ambik ialah ketika dia cabut stering keretanya dan simpan dalam beg. Bila pencuri tu buka mangga pintu keretanya (ada pulak pakai mangga dan engsel kat kete.. :P) dan dah dapat hidupkan enjin, pencuri tu terpinga2 pasal tak dapat pegang stering untuk bawak lari keta hijau dia tu. :D

Point di sini ialah, sifat lawak menceriakan keadaan, tak kira masa dan tempat. tapi kita boleh kelihatan sangat bodoh, atau kelihatan sangat pandai (boleh kata opportunis lah) dengan lawak yang kita buat. Ikut kreatif sendiri. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header