3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

17 February 2006

sampai padamu...

cintailah insan kau kasihi
dengan sekadarnya
kerana kelak engkau mungkin akan
membencinya pula..

bencilah manusia kau musuhi
dengan sekadarnya
kerana kelak engkau mungkin akan
mencintainya pula...



[saujana]


bergelumang dan terhuyung hayang,
dalam keriuhan jiwa,
mencari erti kasih dan cinta,
sedang rindu tak pasti lagi untuk siapa,
kerana semuanya tak lagi seperti biasa...

bila sunyi bergemerincing,
tak terdengar suara hati yang membisik,
"jangan.. jangan.."
sedang di sini, (tunjuk dan usap2 kepala)
tekad dan semangat menyesak,
bergumpal-gumpal,
menyaksi prinsip pegun yang akhirnya teralih arah,
kerana hadirnya rasa itu,
tersaksi pada lenyapnya rasa benci,
silap dan bersalah..
sejak kau kembali ke situ,
bersemayam di singgahsana hati..

buatkan aku tersadung,
lelah, keputusan nafas,
dalam larian mencari kemaafan dan ruang,
untuk kuberikan hadiah pengharapan
pada kau yang sering kumimpikan...

tapi kau begitu gharib, asing,
dengan pendirianmu yang tersendiri,
teguh,
namun kadangkala mengundang pening,
kerana bolak balikmu
antara menyepaikan rasa kasihan,
dan membina ketegasan sekeras batu..

pintaku,
semoga diri ini
tak akan buat kau keliru, benci, atau tertipu...
semoga masih ada lagi ruang buatku,
agar bayu kasih berpuput
dan sampai padamu..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails