Sebaik saja sampai ke Makmal Komputer ITD IIUM Lelaki, dan menghidupkan komputer, pandangan saya melekat pada tazkirah software Waktu Solat :
Hadis 40 Imam Nawawi rahimahullah.
Hadis Keduabelas :Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah meninggalkan tentang apa yang tiada kena mengena dengannya."
Bila saya renungkan maksudnya, saya sampai kepada beberapa kemungkinan ulasan hadith ini.
1) sebagai seorang muslim yang benar2 muslim, kita diseru untuk meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengan kita. Tidak ada kaitan secara langsung, atau tidak langsung.
Contohnya, kita tahu kita tidak akan boleh melakukan apa-apa kepada artis X sekiranya dia bercerai dan berkawan dengan sesiapa pun. Jadi, tidak perlulah kita terlalu emosional atau reaktif apabila kita bercerita mengenainya, seolah-olah mengambil tahu terlalu tentang perceraiannya membolehkan gaji kita dinaikkan, atau kita dihormati orang lain.
Make sense, kan?
2) Islam itu lengkap, syumul, tetapi ia menggariskan apa yang dilengkapkannya. Maka apa yang tidak tergaris dalam panduan tersebut, maka ia bukanlah Islam.
Ia digariskan dalam sumber rujukan utama, seperti Quran, Hadith, dan ia juga digariskan dalam sumber rujukan kedua / sokongan, seperti kitab ulasan ulama2 terkini dan terdahulu.
Apa-apa yang kita perolehi pada zaman ini yang tidak dapat dihubungkan kepada perkara-perkara ini, maka ia bukanlah dari Islam yang sepatutnya.
Jadi, tak perlu juga kita untuk keterlaluan mencari apa yang tidak perlu dicari.
3) di dalam satu lagi hadith, sabda Nabi: Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan Muslim, maka dia bukanlah Muslim.
Di sini, kita melihat maksud hadith ini seolah-olah bertentangan dengan hadith sebelumnya.
Artis X juga Muslim bukan?Namun di sini, ingin saya bawakan anda kepada aspek kesan langsung dan tidak langsung terhadap contoh yang saya bawakan sebentar lagi, untuk kita renungkan bersama.
A) Gaza, lokasi dalam peta Palestine yang bersebelahan dengan Tel Aviv Israel, diserang
B) Artis X bercerai dengan Artis Y
Mana satu yang anda akan rasa lebih memberi kesan kepada anda dan pengamalan agama Islam anda?
Fikirkan bersama.
Later.