3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

18 July 2010

Profile Spamming Terbaru di FB: Adakah anda seorang mangsanya??

Profile Spamming Terbaru di FB: Adakah anda seorang mangsanya??

Gombak - Sebuah SCAM terbaru FB menipu pengguna melanggan perkhidmatan penyedia kandungan mudah alih premium, dan melakukan spamming ke seluruh friend list pengguna, dengan janji palsu bagi memaparkan senarai pengunjung ke profile pengguna tersebut. Lebih teruk lagi, ia mengarahkan pengguna mematikan program anti-iklan (ad-blocking programs).

Semuanya bermula apabila seorang mangsa menerima satu mesej spam dari mangsa yang lain, bertajuk "OMG OMG OMG..I can't believe this actually works! Now you really can see who views your profile!!! WOAH ? --> [URL]” Melalui link yang dipautkan, pengguna dibawa ke site external, keluar dari FB, ke domain luar bertajuk "ilikefacebook.in."

Web ini kemudiannya memaparkan "notification ala2 Facebook", dan di sini, ia memuatkan contoh "alerts" yang bakal diterima seandainya ada pengguna lain menyaksikan profil mereka. Logo sebuah app Facebook bernama Profile Spy juga dapat disaksikan di page ini.

Pengguna juga diberitahu, bagi membolehkan apps ini berfungsi sepenuhnya, pengguna perlu like" dan menyebarkan/share apps ini kepada kawan2 lain. Dalam masa kurang 2 jam dari artikel asal ditulis, 29000 pengguna telah menekan "like" dan 27000 pengguna pula telah
menekan "share".

Sesudah pengguna terperangkap dengan arahan "spamming" kawan2 pengguna lain, mereka akan dibawa ke suatu page lain, bagi menyiapkan survey, yang boleh dipilih dari 6 buah pilihan, secara berterusan. "Proses verifikasi untuk survey2 ini, hanya bertujuan mendapatkan no telefon bimbit anda, dan akan menyebabkan anda dibil sebanyak $10USD setiap bulan", tegas Tom Kelchner, seorang penganalisa sekuriti di Sunbelt Software.

Pengguna seharusnya sedar, Facebook melalui polisi terma dan syarat web nya, tidak pernah mendedahkan dan tidak akan mendedahkan pengunjung profil, kerana ini secara asasnya mencabuli privasi pengguna lain. Ia mungkin dapat dijamin tidak akan dilakukan pada bila-bila waktu baik dalam masa terdekat atau pun masa akan datang.

Oleh itu, sebarang mesej yang mendakwa maksud sebaliknya, sudah pasti merupakan scam.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails