3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 April 2012

Android X8

X8 adalah tapak terbaru untuk DIY selepas kura-kura.


(Kenapa pilih x8, fahmi? kenapa tak pilih model lain?)

Sebab saya pilih X8 Sony Ericsson adalah:

1) Phone Android pilihan

saya jatuh hati pada x8 sejak saya pertama kali nampak X8, dalam iklan Celcom Bonus. Ya, walaupun saya pernah post entry tentang chaCha, saya masih sukakan x8.

2) Phone mid-end yang berbaloi untuk diDIYkan

Harganya yang agak murah untuk sebuah phone android dan kebolehannya untuk menahan overclocking pada CPUnya.

3) Rekabentuk plastik yang berbaloi utk dijatuh dan dicalarkan

Saya cari phone plastik ala2 nokia 3310 yang tahan, sebab saya dah pernah rosakkan banyak kali phone 'besi' 6500s saya.
Sebab X8 tahan calar, dan plastiknya susah nak sompek.

(Apa yang awak dah buat dgn X8 awak, fahmi???)

Haha, jangan tanya. Sebab, kalau anda tak tanya pun, saya tetap akan cerita. :D

1) Masuk forum X8

Saya belajar masuk semula forum untuk tahu banyak perkara yang saya minat mengenai X8. Dah macam waktu mula-mula belajar Flash, dan Kelisa pula, rasanya.

2) belajar tentang ROM X8

ROM , apa yang menariknya, setiap ROM ada ciri yang tersendiri. Juga, bug2 yang membezakan pada tiap upgrade. 

3) Belajar Root, Upgrade OS

Dari ROM, saya juga belajar Root. Baru saya tahu tentang FlashTool (yang bukan lagi tentang Adobe Flash #troll, ClockWorkMod, XRecovery. Saya juga belajar sedikit sebanyak tentang Kernel. Seronok, ok!

4) Belajar Unbrick

Ini haruslah, sebab, ini perkara wajib untuk tahu, jika mahu belajar upgrade Android.

Android, kelebihannya, memang pada OS yang open-system. Saya teringin untuk study ADL (Android Database Library.. kut?) dan modify coding untuk reka kelebihan Android tu sendiri.

Untung-untung, boleh guna Voice Dialer untuk hidupkan banyak function dalam kereta.

Kalau nak guna fungsi 3315 memang boleh, tapi PLC takde. Kalau Android ni, cuma perlu buka coding di program text-editing. :D






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

21 April 2012

Merenungi hati

Kadang kadang saya memikirkan,  mengapa begitu sukar menjadi orang yang tetap hati.


Teguh bila disua pilihan.

Tega bila disapa ujian.


Akhirnya saya kembali pada kebenaran, yang menetapkan hati itu bukan semata-mata saya. Tapi Dia.


Allahumma tsabbit qalbi 'a la d iiinika wa 'alaa too'atika.


Published with Blogger-droid v2.0.4

16 April 2012

Sesak Dada

Terkadang diri berfikir.
Dalam banyak yang ketahuan,
tak semestinya yang sesak difikir itu,
akan sama menyesakkan dada.

Juga,
Tak semestinya yang buat nafas rasa tersekat itu,
datangkan rasa yang sama dalam fikirnya corpus calosom.

Kerana,
semua tu tergantung pada jiwa yang disentuh.

Hakikatnya,
Sedalam mana pun 'mahu',
Setinggi mana petala pun 'tahu',
Andai hati tu tak tersentuhkan,
yang ada tinggallah jasad yang lompong,
ditopengkan.

Syukur itu indah.
Bila kau sadari, untuk apa syukur itu dilafaz,
bukan hanya lafaz alhamdulillah yang di ulang-luah.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header