3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 March 2004

AKU, DIA dan SESUATU

Mood: agak ceria lah.
lagu: As I lay my love on u.. westlife.
Dalam kemandirian haiwan, takde siapa pun yang akan terlepas dari HUKUMAN TUHAN=HUKUM ALAM. Semua haiwan akan dimasukkan ke dalam neraka (kalau tak silap la), kecuali beberapa jenis haiwan, contohnya gagak yang menjadi ibarat/tamsil kepada qabil untuk menanam habil, Qitmir (anjing ashabul kahfi), merpati yang menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w, dan (satu lagi apa ek? Aku tak ingat lah.)
Begitu juga manusia.
manusia ni pun satu. Degil. Alhamdulillah, Allah tu Maha Berkuasa dan DIA marah bila malaikat mempersoalkan wujudnya manusia di muka bumi, kerana Allah tahu apa yang malaikat taktahu. Agaknya malaikat dah pernah nampak manusia ni buat kerosakan kat galaksi yang lain kut. Siapa tahu wujudnya UFO tu sebenarnya adalah manusia spesis dari bintang, planet, atau galaksi lain, cam CLARK KENT AKA SUPERMAN? SIAPA YANG TAHU? Tell me why? Why... neo... why?
dalam surah al-baqarah diceritakan adanya manusia yang boleh mengaku dia adalah seorang yang terbaik dalam segala hal, walhal yang sebenarnya, dia tulah penentang yang paling kuat kat atas muka bumi yang berbentuk hampir-kepada-sfera @ telur nih... pelik kan?

Sedangkan gunung pun pecah dan hancur luluh bila nak diberikan amanah memagang kitab alQuran,. tapi manusiadengan sikap selamba yayanya mengaku yang dia boleh terima amanah tu dengan baik. akhirnya, manusia jadi orang yang menzalimi dirinya sendiri, dan jugak alam sekitar. Tak ke melampau namanya?
Heiyy.....asfelempus akustikus asferempes opticblast terkelempes tul.

sebenarnya hidup ni senang je bila kita idup dengan islam yang sempurna, dengan ruh al intiqad yang asli.. dengan mengikut sunnatullah yang tersusun cantik. Masalah timbul bila kita melihat Islam sebagai agama yang terpecah pecah dan terbahagi bahagi. hidup adalah satu bahagian yang tak terbahagi. er.. faham tak? InsyaAllah faham kan?

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails