3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

12 March 2004

hadith hari ini.

daripada abdullah bin abbas radhiallahuanhuma berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada 2 macam nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa." Hadith riwayat bukhari.

Keterangan: kesihatan badan dan kelapangan, adalah nikmat yang besasr setelah nikmat Islam dan Iman, namun ramai orang yang tidak menyedari kebesaran kedua - dua nikmat ini kecuali setelah terlambat dan terluput waktunya. Apabila badan sihat dan masa pun lapang, ramai orang yang akan membuang masa, duduk bersenda-senda dan menghabiskan masa dengan perkara pekara yang tidak berfaedah bahkan terkadang sampai kepada perkara perkara yang membawa kepada kemaksiatan. Mereka merasa malas untk berbuat ibadah yang sebenarnya bukanlah telalu payah dan tidak pula memerlukan kepada banyak tenaga. Sembahyang bukanlah terlalu payah, apatah lagi membadca Al Quran dan berzikir. Seseorang boleh membaca Al Quran dan berzikir sambil berjalan, sambi memandu kereta bahkan sambil bekerja, namun rasa segan dan malas itu sangat susah hendak dibuang. Walaupun demikian namun ramai orang yang berjalan, memandu kerta dan bekerja sambil merokok, sekalipun mereka menghadapi kepayahan untuk mengendalikan rokok tersebut, dan ramai pula yang memandu kereta sambil mendengarkan lagu lagu dan alunan muzik yang melalaikan daripada mengingati Allah s.w.t, padahal orang yang berada di dalam kenderaan itu adalah sangatdekat dengan kematian. Hanya terlalai sedikit, kereta sudah boleh terjun keadalam parit, atau terjadi nahas di jalan raya yang meragut nyawa, maka ia berhajat kepada pemeliharaan dan perlindungan daripada Allah s.w.t. agar ia dapt sampai ke tujuannya dengan selamat.

Beginilah keadaan orang orang yang tidak menghargai masa dan kesihtan badan yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t sehingga apabila mereka jatuh sakit dan usah terlantar di hospital dan badan pun sudah tidak bermaya lagi, maka ketika itu barulah mereka mengerti besarnya nikmat yang mereka telah sia siakan.Oleh itu, rebutlah peluang kesihatan dan masa yang terluang yang dianugerahkan Allah kpd kita, dan berusahalah untuk mengisinya dengan kebaikan dan ketaatan..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails