lagu: I'm with u... avril lavrigne
Assalamualaikum?
Hari ni adalah hari yang agak pelik. Kenapa? Sebabnya, aku rasa aku mula buat sesuatu yang unik hari ni. Hari ni dah masuk hari ketiga cuti tanpa study. Aku bangun tadi kul 6.30 pg, solat subuh, tido balik, 11.00 bangun, mandi, sarapan nasi goreng dan telor goreng, berborak dengan sorang mamat Penang, dan yang pelik adalah aku bawak kamera untuk ambil gambar aku ngan member member aku. Yang kedua, gi ke library. Actually, aku memang jarang gi library kecuali ada homework group @ assignment.
Aku teringat kata kata Albert Einstein, satu masalah tidak boleh diselesaikan dengan tahap pemikiran yang menghasilkannya. Ini bermakna bila timbul satu masalah, kita harus berfikir dengan tingkatan @ level pemikiran yang lebih tinggi dari tahap pemikiran yang menghasilkan masalah itu. Inilah yang dikatakan sebagai manipulasi kebijaksanaan otak bawah sedar. Ini adalah kerana otak bawah sedar berfungsi sebagai penyimpan data secara holistik, dan otak sedar akan mengorek segala data daripada otak bawah sedar untuk menghasilkan jawapan bagi masalah tersebut. Gunakan suara hati (iman), imaginasi kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau imam imam terdahulu, bila mereka nak menghasilkan fatwa, mereka akan solat hajat, puasa isnin khamis, untuk mengembalikan gelombang otak mereka kepada alpha (bukan alpa) untuk merenung dalam makrifat dan menantikan ilham ilham yang masuk dalam hati dan akal mereka.
Dalam teori keibubapaan DMFK (Datuk Mohd. Fadzlah Kamsah) dan Stephen Covey, ibu bapa menarik potensi, bakat dan ketrampilan yang ada pada anak dengan semaksima mungkin, dan dengan sifat sifat kesabaran. Tapi tak ramai yang tahu macam mana nak menarik potensi itu. Ada ibu bapa yang menggunakan langkah atau pendekatan yang sama untuk mendidik dan melatih setiap anak, sedangkan setiap anak mempunyai potensi yang berbeza beza. Cara mendidik anak sulung sudah semestinya tidak sama dengan anak bongsu, kerana anak sulung mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, berbanding anak bongsu. Begitu juga dengan anak kedua dan ketiga. Biasanya anak ketiga lebih cepat matang dalam perspektif emotional inteligence dan memiliki kelebihan intra personal yang tinggi kerana dia mempunyai abang, kakak dan adik.
Dan dalam Islam juga, ada diterangkan konsep atau ciri ciri anak yang menyerupai alam. contohnya air, api, tanah angin. Anak pertama mempunyai unsur air, anak kedua unsur api, anak ketiga unsur tanah dan anak keempat unsur angin. Keempat empat unsur ini jika digabungkan akan menjadi kekuatan yang sangat hebat.
Termenung jap. Tak tahu nak cakap apa. Tetiba teringatkan lagu Rabiatul Adawiyah yang telah fana dalam mengingati Allah tuhannya. Seronokkan jika kita boleh menghubungkan segala rasa kita dengan Allah. Bila nak marah, marah kerana Allah, bila nak senyum, senyum kerana Allah, bila cintakan seseorang, cintakannya kerana Allah. Memang lah ini semua kelihatan terlalu ideal, tapi seorang yang sentiasa berfikiran ideal, sekurang kurangnya dia telah berada di dalamnya. Kehidupan yang unggul hanya akan dapatdicapai apabila kita berjaya mengamalkan sunnah Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan.
Yang penting, bekerjalah seperti kita akan idup seribu tahun dan beribadah lah sepertimana kita akan mati esok harinya. Ini bermakna hiduplah dengan bersungguh dan manfaatkan segala apa yang ada disekeliling kita untuk Islam.
Razlan datang. Aku mintak dia ambil gambar aku depan computer dalam library nih.