Hakikatnya, apa yang berlaku pada penulis adalah satu fenomena yang muncul akibat kemungkinan.
Bagi penulis, dengan kemungkinan, seseorang akan mempunyai beberapa perasaan dalam satu masa. Kemungkinan adalah seperti log atau jalur2 yang membolehkan perasaan yang dialami lebih dari satu dalam satu masa. Kemungkinan adalah ketidakpastian, dan ketidakpastian melahirkan perasaan. Lebih banyak kemungkinan bermaksud lebih banyak perasaan yang dapat dialami. Perasaan-perasaan ini tidak semestinya sequential atau berturutan. Ia boleh berlaku serentak.
Jika anda perasan, penulis mengalami 3 perasaan. Rasa marah pada diri sendiri kerana meninggalkan teman sejatinya, rasa bengang kerana teman sejatinya tidak mahu menjawab soalan tersebut, dan rasa sedihi kerana telah menambahkan masalah teman sejatinya.
Perasaan ini semuanya sama penting, tetapi mungkin akan ada perasaan yang lebih dominant yang mengenepikan perasaan lain. Dalam peristiwa ni, perasaan yang paling dominant ialah perasaan marah. Perasaan yang tersembunyi ialah perasaan ingin bertanggungjawab atas perkara yang telah terjadi.
Penulis cuba mengakademikkan perasaan supaya perasaan ini tidak lagi terlalu berkuasa ke atas diri penulis, dan penulis mampu merespon kepada perasaan ini dengan baik. Dalam erti kata lain, penulis cuba me”meta kognitif”kan perasaan. Dengan ini, perasaan yang wujud dapat dipeta untuk reaksi yang lebih baik dalam situasi yang lain.
Anda juga dapat berbuat demikian. Caranya tidak terlalu susah. Yang penting, walaupun orang mengatakan perasaan itu tidak logik dan tidak patut dilogikkan, anda perlu menjadikan minda anda keluar dari perasaan tersebut dan seolah-olah melihatnya dari atas. Ini akan membolehkan anda melihat pengaturcaraan perasaan dan melakukan perkara-perkara tertentu untuk membolehkan perasaan anda dikawal. Ia juga akan membolehkan diri anda mereka respon yang lebih baik untuk peristiwa2 akan datang.